Tanda-Tanda Isteri Anda Sudah Mula Bersikap Curang ?
1.
Isteri
mula tidak mendapingi anda.
Jika dulu dia tidak suka pergi shopping, tengok wayang
atau menyeberang jalan sendirian, kini tiba-tiba dia tidak perlukan kehadiran
anda. Ini mungkin ada orang lain yang mengisi tempat anda. Ada kemungkinan juga
isteri anda hanya memerlukan masa untuk dirinya sendiri. Tetapi, jika dulu dia
amat memerlukan anda dan sekarang tiba-tiba pulak menjadi “independent”, itu
mungkin tandanya dia tidak lagi memerlukan anda di sisinya. Kenapah
ini berlaku anda perlu buat analisa dimana silapnya.
2.
Isteri
tidak lagi marah.
Kalau
dulu isteri anda naik angin jika anda tidak mahu makan tengahari bersama atau
keluar dengan dia dan kawan-kawannya. Tetapi sekarang semua yang anda buat, dia
tidak akan bising. Kalau dahulu setiap langkah anda harus terancang, tetapi
sekarang semua kesilapan kecil yang anda buat tidak lagi membuatnya marah.
3.
Dia mula
berahsia.
Dia
tidak lagi kongsikan kepada anda apa yang dia buat seharian. Kalau dulu,
sesiapa yang membuat panggilan padanya anda tidak perlu bertanya siapa yang
telefon, sebab dia akan beritahu anda. Sekarang, anda pula yang perlu bertanya
kepadanya siapa yang telefon. Sebab, dia tidak akan beritahu dan cuba berahsia
dengan anda.
4.
Sekarang
anda pula yang menjadi tumpuan.
Apabila
anda bertanya tentang sesuatu, dia akan menjawab soalan dengan soalan. Apabila
anda tanya bagaimana makan tengahari atau makan malam dengan kawan-kawannya,
dia akan diam sahaja. Atau dia akan beri jawapan yang tidak tepat.
5.
Dia menyirami anda dengan kasih sayang secara
tiba-tiba.
Isteri
anda selalu memuji anda, menyuruh atau menggalak anda pergi keluar dengan
kawan-kawan, memberikan anda kad 'I Love You" secara tiba-tiba, atau
lain-lain perkara yang anda tidak sangka dia akan berbuat begitu.
0 comments:
Post a Comment