Solat Tahajjud adalah
solat malam, atau biasa disebut sebagai Sholatul-lail. Waktunya tengah
malam atau lewat tengah malam atau pada sepertiga
malam terakhir (dalam lengkongan jam 3 hingga 4 pagi). Maka sebaiknya
dikerjakan setelah tidur terlebih dahulu. Solat sunat ini memiliki nilai yang sangat tinggi di sisi Allah SWT. Solat
ini telah dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W
dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.
Sebelum perintah solat
lima waktu diwajibkan, Rasulullah SAW pernah memerintahkan para pengikutnya
untuk melakukan solat tahajud. Hal ini tersirat dalam beberapa hadis:
Sahabat Abdullah bin Salam mengatakan, bahwa Nabi SAW telah bersabda yang maksudnya: “Hai sekalian manusia, sebar-luaskanlah salam dan berikanlah makanan serta solat malamlah di waktu manusia sedang tidur, supaya kamu masuk Syurga dengan selamat.”(HR Tirmidzi)
Bersabda Nabi Muhammad
SAW yang maksudnya: “Seutama-utama
solat sesudah solat fardhu ialah solat sunnat di waktu malam” ( HR. Muslim )
Allah SWT telah
berfirman:
Ertinya:
“Pada malam hari,
hendaklah engkau solat Tahajud sebagai tambahan bagi engkau.
Mudah-mudahan Allah
mengangkat engkau ke tempat yang terpuji.”
(Surah
Al-Isro’ : Ayat 79)
Dal`am hadis lain juga
diterangkan mengenai jumlah rakaat pada solat tahajud. Pada dasarnya, jumlah
rakaat solat tahajud tidak dibatasi jumlahnya, dengan jumlah minimum 2 rakaat.
Sedangkan dalam keterangan Said ibnu Yazib ra, Rasulullah SAW melakukan solat
tahajud dengan jumlah 13 rakaat, dengan perincian 2 rakaat solat iftitah, 8
rakaat solat tahajud, dan ditutup dengan 3 rakaat solat witir.
Oleh itu jumlah rakaat
Solat Tahajjud tidak terbatas. Namun kita bolehlah melakukannya sebagaimana
berikut:
· Sekurang-kurangnya dua rakaat dengan satu salam dan 3 rakaat
Solat Sunat Witir 1 salam; atau
· 8
rakaat 1 salam dan 3 rakaat Solat sunnat witir dengan 1 salam; atau
· 2
kali setiap 4 rakaat dengan 1 salam dengan witir 3 rakaat 1 salam; atau
· Dengan
cara 4 kali di mana setiap kali sebanyak 2 rakaat dengan 1 salam dengan 3
rakaat witir 1 kali salam.
Lafaz niat:
أصَلِّي سُنَّةَ التَهَجُّدِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Ertinya: ” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah
Ta’ala"
Ayat-ayat yang dibaca sesudah Al Fatihah boleh dipilih sendiri. Biasanya
ayat-ayat yang difahami maknanya akan lebih berkesan dan mudah dihafal. Bagi
yang belum hafal, pada rakaat pertama bacalah Surah Al-Kafirun, manakala rakaat kedua bacalah Surah Al-Ikhlas
(bacaan sunnah Nabi SAW); atau ayat-ayat pendek lainnya.
Selepas memberi salam ucaplah doa sebagaimana berikut :
” Ya Allah bagimu
segala puji. Engkaulah penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala
isinya. Bagimulah segala puji,Engkaulah raja penguasa langit dan bumi. Bagi
Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi., Engkaulah yang hak dan
janjimu adalah benar ,dan perjumpaanmu itu adalah hak dan firmanmu adalah benar
dan syurga adalah hak dan neraka adalah hak dan nabi-nabi itu hak benar , dan
Nabi Muhammad SAW adalah benar ,dan saat hari kiamat itu benar .
Ya Allah kepadamulah
kami berserah diri(bertawakal), kepada Engkau jualah kami kembali, dan
kepadamulah kami rindu, dan kepada engkaulah kami berhukum .
Ampunilah kami atas
kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami
sembunyikan maupun yang kami nyatakan”. Engkaulah tuhan yang terdahulu dan
tuhan yang terakhir .Tiada Tuhan melainkan engkau Allah Rabbul’alamin. Tiada
daya dan kekuatan melainkan dengan Allah”
Dalam satu hadis, Allah merahmati
dan suka kepada orang yang solat tahajjud:
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya ;
“Allah merahmati orang
yang bangun pada waktu malam dan mengejutkan isterinya untuk sembahyang. Jika
isterinya payah sedar ia merenjiskan air di wajahnya. Dan Allah merahmati
isteri yang bangun waktu malam bersembahyang dan mengejutkan suaminya (agar beribadah).
Jika suaminya enggan (liat) untuk bangun maka ia merenjiskan air diwajahnya.” (Riwayat Abu Daud)
Kerjasama suami-isteri seperti ini ini mampu membentuk keluarga dan masyarakat yang baik.
Di dalam hadis yang lain, solat
tahajjud adalah budaya orang soleh:
Dari Ummah Al-Bahili dari Rasulullah
SAW: “Hendaklah kamu melazimkan (qiamulail)
sembahyang malam. Sebab itu adalah amalan orang-orang soleh sebelum kamu. Ia
menghampirkan kamu dengan tuhan, menebus keburukan (kamu) dan mencegah dari
melakukan dosa.” ( Riwayat At-Tarmizi )
Dalam riwayat Salman Farisi ditambah
lagi dengan faedah lain iaitu, “ia dapat
menghilang penyakit dari dalam tubuh.” – ( Riwayat At-Tabrani )
Imam Syafie mengharuskan solat
tahajjud secara berjemaah. Manakala Imam Hanafi mengatakan solat tahajjud itu
dilakukan secara individu.
Kelebihan (Keutamaan)
Sholat Tahajud
Berdasarkan hadis
Rasulullah SAW, solat tahajud memiliki 9 kelebihan, iaitu 5 kelebihan di dunia
dan 4 kelbihan di akhirat kelak. Hadis yang menjelaskan kelebihan solat tahajud
adalah: “Barang siapa
mengerjakan Solat Tahajud dengan sebaik-baiknya, dan dengan tata- tertib yang
rapi, maka Allah SWT akan memberikan 9 macam kemuliaan : 5 macam di dunia dan 4
macam di akhirat.”
Adapun 5 kelebihan
solat tahajud di dunia adalah:
- Akan dipelihara oleh Allah SWT dari segala macam bencana.
- Tanda ketaatannya akan kelihatan dimukanya.
- Akan dicintai para hamba Allah yang soleh dan dicintai oleh semua manusia.
- Lidahnya akan mampu mengucapkan kata-kata yang mengandung hikmah.
- Akan dijadikan orang bijaksana, yakni diberi pemahaman dalam agama.
Adapun 4 kelebihan di
akhirat kelak adalah:
- Wajahnya berseri ketika bangkit dari kubur di Hari Pembalasan nanti.
- Akan mendapat keringanan ketika dihisab.
- Ketika menyeberangi titian Shirotol-Mustaqim, boleh melakukannya dengan sangat cepat, seperti kilat memancar.
- Catatan amalnya diberikan melalui tangan kanan.
Setelah selesai
mengerjakan Solat Tahajjud, perbanyakanlah membaca istigfar dan zikir kepada
Allah kemudian berdoa sesuai dengan keinginan kita. Mudah-mudahan hidup kita
sentiasa beroleh keberkatan dan keredhoan selain dikabulkan cita-cita.
Ayuh... Marilah kita
melakukannya sebgai satu amalan rutin dalam kehidupan sebelum di jemput
mengadap-Nya. Insya Allah.
Wallahu a'lam
Sumber : Jalan ke syurga
0 comments:
Post a Comment