InsyaAllah,
semua orang Islam yang mukmin akan memerlukan taubat bagi dirinya. ALLAH
SWT sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya
sebagaimana di dalam Al-Quraanulkarim:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا
إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَن
يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ
وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ
يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ
وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ ۖ نُورُهُمْ يَسْعَىٰ
بَيْنَ
أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ
يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ
كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ﴿٨﴾
(Surah
At-Tahrim: Ayat 8)
Maksudnya:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah
dengan 'Taubat Nasuha' (taubat yang sebenar), mudah-mudahan Tuhan kamu akan
menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang
mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan
Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal
soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka
(semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik
meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi
kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau
Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya dengan firmanNya:
Mafhumnya:
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka
sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari
rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya
Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah
Az-Zumar: Ayat 53)
Selanjutnya
Allah Ta'ala berfirman:
|
Mafhumnya:
"Dan kembalilah kamu kepada
Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu
didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan".
(Surah Az-Zumar: Ayat 54)
|
Syarat-syarat taubat :
1.
Ikhlas ingin bertaubat;
2.
Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi;
3.
Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan;
4.
Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa
itu untuk selama-lamanya; dan
5.
Dikerjakan sebelum ajal tiba.
Walau bagaimanapun kita
adalah hamba yang lemah tetap lemah sampai bila-bila, sekalipun berazam dan
sentiasa penuh dengan keazaman cuba dengan sedaya-upaya untuk "tidak akan
mengulangi perbuatan yang serupa" tetapi merasakan diri telah berdosa,
maka sentiasalah setiap kali selepas solat fardhu atau pada bila-bila
masa sahaja, bertaubat dengan mengucapkan kata-kata permintaan keampunan kepada
Allah SWT dengan hati yang tulus ikhlas iaitu:
أسْتَغْفِرُ اللّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لا إلَهَ إلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ وَأتُوبُ إلَيْه
أسْتَغْفِرُ اللّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لا إلَهَ إلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ وَأتُوبُ إلَيْه
Ertinya:
Aku mohon keampunan Ya Allah, yang tiada Tuhan
melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus, Aku bertaubat kepada-Nya.
Jika
dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu
harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal
itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus
menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka
ia harus memohon keredhaannya.
Masa (waktu) Melaksanakan
Taubat :
Taubat tidak boleh
diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati
manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh
dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga
tertutup dari cahaya kebenaran. Oleh itu adalah menjadi kewajipan kepada setiap
mukmin untuk segera bertaubat pada bila-bila masa sahaja.
Ini kerana kita tidak tahu bila kita akan kembali (mati)
ke hadrat Allah SWT, mungkin seminit lagi, 2 minit lagi .... Mudah-mudahan
Allah SWT akan menerima taubat yang dilakukan.
Mengambil satu contoh kepada kes anak-anak yang susah hendak belajar. Sebab-musabab anak susah untuk menerima pelajaran itu berkemungkinan bukan sahaja kesilapan telah dilakukan oleh anak itu sendiri bahkan mungkin ada kesalahan yang dilakukan oleh kita sebagai ibu atau ayah. Ibu ayah bertanggungjawab dan pemikul amanah Allah SWT terhadap anak-anaknya. Suami pula bertanggungjawab terhadap isterinya. Oleh sebab itu marilah kita segera bertaubat supaya kesilapan yang tidak disangka-sangka atau tidak diketahui yang menjadi penyebab kepada susahnya ilmu yang ingin difahami oleh anak-anak. Selepas bersolat taubat marilah kita bermunajat ke hadrat Allah SWT agar kesilapan kita (sebagai ibu atau ayah) tidak menjadi punca atau berterusan kepada kesusahan dan kepayahan untuk anak menimba ilmu dan mohonlah kepada Allah SWT banyak-banyak mudah-mudahan segala kesalahan diampunkan. Semoga anak-anak diberi hidayah dan mudah memahami atau menghafal perkara-perkara yang dipelajari. Begitulah hal-hal dengan perkara-perkara yang lain di dalam kehidupan berkeluarga.
Mengambil satu contoh kepada kes anak-anak yang susah hendak belajar. Sebab-musabab anak susah untuk menerima pelajaran itu berkemungkinan bukan sahaja kesilapan telah dilakukan oleh anak itu sendiri bahkan mungkin ada kesalahan yang dilakukan oleh kita sebagai ibu atau ayah. Ibu ayah bertanggungjawab dan pemikul amanah Allah SWT terhadap anak-anaknya. Suami pula bertanggungjawab terhadap isterinya. Oleh sebab itu marilah kita segera bertaubat supaya kesilapan yang tidak disangka-sangka atau tidak diketahui yang menjadi penyebab kepada susahnya ilmu yang ingin difahami oleh anak-anak. Selepas bersolat taubat marilah kita bermunajat ke hadrat Allah SWT agar kesilapan kita (sebagai ibu atau ayah) tidak menjadi punca atau berterusan kepada kesusahan dan kepayahan untuk anak menimba ilmu dan mohonlah kepada Allah SWT banyak-banyak mudah-mudahan segala kesalahan diampunkan. Semoga anak-anak diberi hidayah dan mudah memahami atau menghafal perkara-perkara yang dipelajari. Begitulah hal-hal dengan perkara-perkara yang lain di dalam kehidupan berkeluarga.
Amat paling penting ialah kita perlu membangkitkan jiwa
untuk segera bertaubat tanpa berlengah-lengah lagi dengan sentiasa
mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur yang merupakan
perkara yang amat pasti tanpa mengira umur, sama ada muda atau sudah tua. Bila?
Tak usahlah dibicarakan, yang pastinya kita perlu berusaha bersungguh-sungguh
mengerjakan amalan yang disuruh dan meninggalkan segala perkara yang
dilarang-Nya. Mungkin kita telah banyak kali melakukan pelbagai perkara yang
salah seperti tidak menutup Aurat dan
sebagai-sabagainya. Persoalan dan perkataan mengenai "mati" adalah
sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati bererti berpisah dengan
segala yang disayangi atau dicintai bermula terputusnya segala nikmat dunia.
Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak-anak atau isteri atau suami,
sempat juga kita mengalirkan air mata kesedihan, apatah lagi berpisah untuk
selamanya. Tetapi perkataan 'mati' itulah nasihat yang terbaik bagi kita ummat
muslimin (ummat Rasulullah SAW). Begitu juga apabila diberikan sakit oleh Allah
SWT, maka ianya berkait rapat dengan kematian. Walau bagaimana keadaan pun
sakitnya sama ada kritikal atau tidak, marilah bertaubat kepada Allah SWT, jika
tidak mampu berdiri maka boleh dikerjakan dengan duduk, atau baring atau dengan
isyarat selagi kita masih sempurna akal. Mudah-mudahan segala kesalahan yang
telah dilakukan (sama ada secara sedar atau tidak) diterima oleh Allah
SWT. Itulah harapan hamba yang beriman.
Begitu
jugalah kepada muslimin dan muslimat serta sahabat-sahabat yang akan
mengerjakan ibadah Haji atau Umrah yang amat Mengharapkan Haji Yang Mabrur, maka selalu-selalulah
bersolat taubat tanpa mengira waktu untuk menyesali kesalahan atau kesilapan
yang telah dilakukan mudah-mudahan akan dipermudahkan pekerjaan Haji dan Umrah
yang akan dilakukan, Insyaallah.
Lihatlah
dan bacalah Firman Allah SWT:
Mafhumnya:
"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan mati,
dan sesungguhnya mereka juga akan mati".
(Surah
Az-Zumar: Ayat 30)
Ingatlah dan ketahuilah
mengenai azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa
akibat daripada kufur dan ingkar akan amaran Allah SWT sebagaimana Firman-Nya:
Mafhumnya:
"Bagi mereka (yang kufur dan
ingkar - kafir, disediakan lapisan-lapisan dari api menyerkup di atas mereka,
dan lapisan-lapisan (dari api) di bawah mereka; dengan (azab) yang demikian,
Allah menakutkan hamba-hambaNya: "Oleh itu, bertaqwalah kepadaKu wahai
hamba-hambaKu!"
(Surah Az-Zumar:
Ayat 16)
|
Dengan
mengingati syurga yang akan menjadi tempat tinggal yang kekal bagi
orang-orang yang soleh, maka marilah kita membangkitkan keinginan jiwa kita
untuk melakukan taubat dengan segera. Firman Allah SWT:
|
|
Mafhumnya:
Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:" Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya" (mereka pun masuk) .
Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:" Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya" (mereka pun masuk) .
(Surah Az-Zumar:
Ayat 73)
|
|
Oleh itu bersegeralah
kita melakukan Solat Taubat tanpa melengah-lengahkan masa.
Cara melaksanakan Solat Sunat Taubat :
Cara melaksanakan Solat Sunat Taubat :
Cara melaksanakan Solat
Sunat Taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna,
lalu berdiri di tempat yang suci dengan menghadap kiblat;
§ Waktu
melakukan Solat Sunat Taubat – Pada bila-bila masa sahaja (sama
ada malam atau pun di siang hari) sebaik-baik sahaja merasakan
diri telah mengengkari suruhan Allah SWT atau telah membuat
kesalahan kepada Allah SWT (sebagai contoh ialah tidak
menutup aurat, melakukan dosa-dosa
kecil lain mahu pun dosa besar), kecuali
pada waktu makruh tahrim untuk melakukan solat *. Sebaik-baiknya
ialah pada 2/3 malam (kira-kira jam 2.00 pagi ke atas), semasa Qiyamullail.
§ Lafaz NIAT
أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Ertinya "Sahaja Aku Solat Sunat
Taubat 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
§ Rakaat
PERTAMA - Dengan membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian
Surah Al-Fatihah. Selepas itu bacalah Surah Al-Kafirun: .
: atau
mana2 ayat atau surah dalam Al-Quran.
§ Rakaat
KEDUA- Membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu bacalah Surah
Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Kedua-dua Surah (Surah Al-Kafirun dan
Surah Al-Ikhlas) adalah bacaan sunnah Rasulullah SAW. Pahalanya seolah-olah
seperti membaca 'Khatam Al-Qur'an 30 juzuk:
: atau mana2 ayat
atau surah dalam Al-Quran.
(Terdapat juga para guru dan orang-orang 'alim
mengajarkan di Rakaat Pertama selepas membaca Surah Al-Fatihah
maka baca ayat Al-Kursi sebanyak 11 kali, manakala
di Rakaat Kedua selepas membaca Surah Al-Fatihah maka bacalah
ayat Surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali).
§ Semasa
sujud akhir rakaat kedua, jika mampu, ucapkanlah Doa Nabi Yunus
sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah
Ta’ala):
لَّا
إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Ertinya:
Tiada
Tuhan (yang dapat menolong)
melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau
(daripada
melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari
orang-orang yang menzalimi
diri
sendiri
§ Selepas
salam, perbanyakkan Istighfar sebanyak 100 kali, atau yang
semampunya,
أسْتَغْفِرُ اللّهَ الْعَظِيمَ
الَّذِي لا إلَهَ إلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ
وَأتُوبُ إلَيْه
Ertinya:
Aku mohon keampunan ya Allah, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus, Aku bertaubat kepada-Nya.
Aku mohon keampunan ya Allah, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus, Aku bertaubat kepada-Nya.
§ Selepas
itu, jika mampu lagi bacalah tasbih memuji Allah SWT 100
kali, atau yang semampunya,
الْعَظِيمَ سبحان الله
Ertinya:
Maha Suci Allah Yang Maha Agong.
§ Selepas
itu, jika mampu lagi ucapkanlah (seberapa
yang mampu):
لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ
وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ،
لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ
الْحَمْدُ يُحيـي وَيُمـيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ
Ertinya:
Tiada
Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah Yang Maha Esa,
tiada
sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya segala puja.
Dialah
yang menghidupkan
(orang
yang sudah mati atau memberi roh janin yang akan dilahirkan)
dan yang
mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.
- Atau Istighfar sebagaimana berikut (Tiada had);
الْعَظِيمِ بِاللَّهِ إِلَّا قُوَّةَ وَلَا حَوْلَ لَا
Ertinya:
"Tiada
keupayaan (untuk mentaati perintahMu) dan tiada kekuatan (untuk menjauhi
laranganMu) melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Agong".
- Ataupun dengan istighfar dan
taubat yang ringkas ini (mengikut kemampuan):
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ
عَلَيَّ
Ertinya:
"Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku"
"Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku"
§ Akhir
sekali berdoalah dengan cara yang mudah mengikut kemampuan
dengan bahasa yang paling mudah atau dengan Penghulu Istighfar
sebagaimana berikut:
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لّا
إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ،
وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا
اسْتَطَعْتَ،
أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتَ،
أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ
عَلَيَّ،
وَأَبُوءُ بِذَنْبِي
فَاغْفِر لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
Ertinya:
“Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau,
Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam
genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu
sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan.
Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku
mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat
mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”
Dari Syaddad bin Aus r.a Rasulullah
SAW bersabda:
مَنْ
قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا ، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ ، قَبْلَ أَنْ
يُمْسِىَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ ،
وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا ، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ
الْجَنَّةِ )
(Riwayat
Al-Bukhari)
Mafhumnya:
"Sesiapa yang
mengucapkannya pada siang hari dengan penuh keyakinan dengannya, lalu dia
meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang, maka dia dari kalangan ahli
Syurga, dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam dengan penuh keyakinan
dengannya, lalu dia meninggal dunia, maka dia dari kalangan ahli Syurga".
|
|
Wahai saudara muslimin dan muslimat yang mengunjungi web (blog) ini, marilah beritahu kepada semua saudara-saudara kita, suami, isteri, anak-anak, ibu bapa, adik beradik, sahabat handai, rakan taulan dan sesiapa sahaja agar menyegerakan diri bertaubat kepada Allah SWT sebelum "kematian" yang tidak diketahui masanya menjemput kita.
Bagi kenalan dan rakan yang masih
belum Islam (dengan selemah-lemah iman),
marilah menyeru dan mengajak mereka kepada Islam (diIslamkan) atau berdoa kepada
Allah SWT agar 'dibukakan' pintu hati mereka untuk memelok Islam dengan
segera sebelum "kematian" menjemputnya.
Cara mengerjakan Solat Sunat Taubat di atas adalah sekadar
panduan dan maklumat kepada yang memerlukan. Namun rujuklah kepada para ustaz
mahu pun ustazah yang berdekatan agar dapat mengerjakan Solat Sunat Taubat
dengan sesempurnanya. Ilmu yang perlu dipelajari hendaklah diperolehi secara
berguru. Bukan berguru dengan ustaz-ustazah Google. Mudah-mudahan Solat Taubat yang dikerjakan akan diterima
oleh Allah SWT, Insyallah. Tidak ada
solat sunat taubat ringkas atau panjang sebagaimana yang didakwa oleh
sesetengah pihak.
Wallahua'lam.
Sumber : Jalan ke syurga
0 comments:
Post a Comment