KENAPA KITA DI UJI ADAKAH ALLAH BENCI
KEPADA KITA ?
Memang
menjadi tabiat manusia apabila di beri kenikmatan dan kesenangan mudah lupa dan
lalai. Tidak ramai yang bersyukur dengan nikmat anugrah itu, manakan tidak bila
memperolehi wang yang banyak majority menggunakan untuk memuaskan nafsu seperti
membeli kediaman yang mewah, kenderaan yang mewah dan juga berbelanja besar
untuk makan dan minum di hotel bertaraf lima bintang. Walahal jika di beli di restaurant
biasa harganya lebih separuh murah dan menjimatkan.
Tetapi
apabila Allah menguji manusia dengan kesusahan,kesakitan, kita merasakan bahawaAllah
itu kejam dan tidak sayangkan kita. Cuma bagi mereka yang tinggi tingkat
kimanan dan ketaqwaan akan sentiasa bersyukur dengan pemberian Allah. Jika
mendapat nikmat ianya bersyukur dengan memberi sedekah dan membelanjakan kepada
jihad fisabilillah. Sebaliknya jika di uji dengan kesakitan dan kesusahan ianya
akan beristighfar dan menghisbah diri apakah dosa yang telah dilakukan
menyebabkan Allah berikan musibah dan kesakitan. Dia akan cepat bertaubat
meminta keampunan Allah.
Sesungguhnya
Allah memberi kekayaan dan kesukaan atau sebaliknya memberi kesakitan dan
penderitaan adalah semata-mata untuk menguji hamba-Nya.
Dalam
surah Al-Anam ayat 32 bermaksud :
Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang
sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya akhirat itu lebih
baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
Jadi
disebabkan dunia ini hanya sementara, ia merupakan tempat ujian untuk
menyiapkan kita menuju ke tempat abadi kita. Dunia ini ibarat dewan peperiksaan
untuk manusia dan Allah itu merupakan pengawas peperiksaan. Jadi ingin
dikongsikan sedikit sebanyak sebab mengapa manusia ini diuji.
1.
Tahap Keimanan
Contohnya
apabila kita belajar di sekolah, setiap akhir semester sudah pasti akan
diadakan peperiksaan untuk menguji sejauh mana pemahaman kita di dalam subjek
yang kita pelajari. Jadi mekanisme nya sama dengan tahap keimanan kita. Jika Allah
tidak berikan ujian kepada kita, adakah kita tahu sejauh mana tingginya
tahap keimanan kita? Adakah kita tahu jika Allah berikan kita ujian kesenangan
kita tidak akan lalai dalam melakukan segala suruhannya? Atau jika diberikan
ujian dalam bentuk kesusahan, adakah kita akan membelakangi Allah?
2.
Kedudukan di sisi Allah
Kadang-kadang
bagi seorang Islam yang sentiasa beramal dan meninggalkan laranganNya, dia akan
cuba untuk meninggikan kedudukannya lebih tinggi di sisi Allah. Semakin banyak
ujian yang diberikan oleh Allah swt, semakin tinggi kedudukan kita disisi Nya. Allah
tidak pernah melihat rupa paras dan harta kita kerana itu semua milikNya,
tetapi Dia melihat amal dan akhlak kita sebagai hambaNya di dunia.
3.
Ajaran dari Allah
Ujian
yang diberikan oleh Allah boleh dijadikan pedoman dan iktibar buat diri kita
dan juga orang disekeliling kita. Memang susah sebenarnya untuk menghadapi
sesetengah ujian yang diberikan oleh Allah. Tetapi sentiasa berfikiran positif,
misalnya, cuba kita fikir, “Kalaulah Allah tak beri ujian seperti ini
pada aku, nescaya aku akan lupa diri dan mungkin benda lebih buruk bakal terjadi
kepadaku atau keluargaku.” atau “Ujian Allah ini menunjukkan yang
Allah swt sayangkan aku dan ingin aku segera bertaubat padanya dan ingat
padaNya.”
Surah Al-Ankabut [ 2-3 ]
Patutkah manusia
menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”,
sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Dan demi sesungguhnya!
Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan
ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang
sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang
orang-orang yang berdusta.
4.
Pedoman buat manusia
Seperti
yang disebut di dalam ayat sebelum ini, Allah memberikan ujian pada kita supaya
kita lebih beriman dan bersedia untuk menghadapi hari akhirat yang abadi.
Selain itu juga, seperti kata Rasulullah saw, dunia itu bagaikan penjara bagi
orang yang beriman tetapi syurga bagi orang yang kafir. Jadi diberikan ujian
untuk membuatkan orang yang beriman itu tidak sabar menanti alam syurga yang
kekal abadi.
Tetapi
anda harus ingat, Allah itu tidak kejam malah Allah swt itu maha adil dan maha
penyayang. Dia tidak akan menurunkan ujian jika hambanya tidak mampu memikul
beban ujian itu.
Surah Al-Baqarah [ 286 ]
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya
olehnya. a mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga
menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.
Kesimpulanay ujian Allah kepada seseorang insan itu adalah
menandakan Allah sedang mengawasi kita samada untuk memberi kelebihan keimanan
dan ketaqwaan bila di uji dengan kesakitan dan kesusahan hidup. Sebalinya jika
di uji dengan kekayaan dan kesengan hidup bukannya semata-mata menandakan Allah
sayang kita, tatapi awaslah jika kita tidak bersyukur dan menyalah gunakan
segala kenikmataan itu mungkin akan menjurus kita kepada perbuatan mungkar dan
mendapat kemurkaan Allah.
Wallahualam.
0 comments:
Post a Comment