Friday, November 14, 2014

INTIPATI KHUTBAH JUMAAT - " MENGHAYATI ISLAM SEPENUHNYA DALAM KEHIDUPAN"



INTIPATI KHUTBAH JUMAAT – (Masjid Mukim Panji, Kota Bharu, Kelantan)

Saya berpesan kepada para Jemaah sekalian, khususnya kepad diri saya sendiri, marilah kita bertaqwa kepada Allah  swt dengan menyempurnakan perintah-Nya dan menjauhkan larangan-Nya. Kita yakin bahawa dengan iman, taqwa dan amal jualah kita akan memperolehi kebahagian di dunia dan di akhirat.

Firman Allah: 
” Sesiapa mencari agama selain dari agama Islam (untuk dianutinya) maka tiddak diterima (Allah) dan di akhirat dia akan termasuk gulungan orang-orang yang rugi”. – (Al –Imran : 85)

Ikhwan Muslimin,

Yakinlah bahawa Islam sahajalah agama yang benar dan diakui oleh Allah SWT. Sementara agama selain dari agama Islam semuanya tidak benar dan sesat belaka. Ketahulah bahawasanya iman dan Islam merupakan dua nikmat yang sangat mulia dan berharga. Dikurniakan Allah SWT kepada hamba-hamba pilihan-Nya. Tanpa iman dan Islam segala amal soleh yang dikerjakan oleh seseorang tidak diterima oleh Allah SWT. 

Islam agama rahmat untuk sekelian alam , ia dapat memberi keselamatan dan kesejahteraan kepada manusia di dunia dan di akhirat apabila dihayati ajaran-Nya dengan ikhlas dan sempurna.

Dalam kandungan umat Islam hari ini, terdapat mereka yang merasakan tidak penting hidup beragama Islam atau mengharati ajarannya.  Ini boleh dilihat pada kelakuan dan tindakan  mereka, kerena itu mereka tidak menghayati ajaran Islam dengan sepenuhnya,mereka lebih mengutamakan kerja—kerja keduniaan semata-mata atau memilih ajaran yang sesuai dengan kehendak nafsu dan tuntutan hidup keduniaan mereka. Mereka banyak mengabaikan amalan-amalan yang difardukan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW baik di segi ibadat, muamalat dan sebagainya. Dengan kata lain mereka banyak mengabaikan kebajikan dan tanggungjawab terhadap Allah, terhadap diri sendiri dan terhadap manusia khusus-Nya terhadap orang-orang yang terdekat dengan mereka. Apa lagi melakukan ibadat sunat yang dianjurkan di dalam Islam atau untuk di ajak berjuang pada jalan Allah SWT.

Allah SWT memerintahkan hamba-hamba-Nya yang beriman supaya mereka masuk ke dalam ISLAM  dengan sempurna dan keseluruhannya dan melarang mereka mengikut jejak langkah syitan.
Firman Allah SWT ertinya: “Wahai orang-orang yang berimn ! masukah ke dalam ISLAM secara keseluruhannya dan janganlah kamumenjejak langkah syaitan, sesungguhnya ia bagi kamu musuh yang nyata. “ ( Al – Baqarah : 208).

Awas dan jagalah diri masing-masing jangan sampai di perdaya oeh syaitan kerana kerja syaitan itu menyuruh  manusia berbuat jahat dan keji dan mengajak pengikutnya supaya menjadi peghuni neraka. Sebenarnya tipu daya syaitan itu sangat lemah dan tidak mampu menghadapi orang-orang yang sempurna imannya dan menghayati ajaran Islam dengan ikhlas dan sempurna.

Ajaran Islam sangat lengkap dan sempurna. Ia mencangkupi seluruh kehidupan manusia rohani dan jasmani serta memenuhi keperluan mereka.

Islam adalah agama ciptaan Allah SWT yang suci. Ia sangt serasi dan sesuai dengan sifat kemanusiaan yang bersih, ini kerana Allah telah menciptakan manusia di atas agma Islam yang suci. Firman Allah SWT 

Ertinya: “ Maka hadaplah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah, (tetaplah di atas agama) ciptaan syuci Allah yang telah menciptakan manusia menurut (agama) fitrah itu, tidak ada perubahan pada fitrah Allah(itulah). agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengerti. 

Siapa yang paling sempurna menghayati ajaran Islam maka menjadi petanda kepada kesempurnaan sifat fitrah kemanusiaan, sebaliknya jika ia tidak menghayati Islam bererti  terhapuslah sifat kemanusiaan, maka jatuhlah ia ke tempat yang  serendah-rendahnya.  

Tanpa Islam, nilai manusia dan pembangunan ciptaannya akan jatuh menjunam kelembah kehinaan dan kesengsaraan. Maka dikal itu tidak bermanafaat lagi harta dan pembangunan yang dimiliki.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “ sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya kemudian kami kembalikan dia ketempat yang serendah-rendahnya. Kecuali orangorang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, maka bagi mereka pahala yang tidak putus-putus (  At tiin : 2-4).

Ikhwan Muslimin,

Masuklah kedalam agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dengan ilmu, yakin, ikhlas, rela hati, serta tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT, yakinlah bahawa agama Islam didatangkan kepada manuisa membawa rahmat kepada sekalian alam. Firman  Allah :   “ Dan tidak Aku utuskan engkau (Muhammad) melainkan membawa rahmat bagi sekelian alam”. 

Oleh itu janganlah takut menghayati ajaran Islam dengan semurna pada diri, keluarga, masyarakat dan Negara. Kerana pada melaksanakan ajaran itulah terletak rahsia kejayaan di dunia dan di akhirat.

Sumber ; MAIK

0 comments:

Powered by Blogger.