Menanam
Sikap Positif Dalam Diri
Jika
seseorang berada dalam suasana persikitaran kerja yang tidak menyenangkan,
bos yang tidak adil dan pilih kasih, Beban kerja semakin bertambah dan
fikiran sukar untuk fokus dan mendapat ketenangan, belum lagi ditambah dengan
permasalahan kehidupan berkeluarga dan hal-hal personal yang lain.
Kita
akan cenderung untuk memberi tanggapan terhadap masalah yang dihadapi.
Tanggapan yang mucul adalah berkait rapat dengan cara kita berfikir. Jika
seseorang memiliki pemikiran negatif, tentu akan melibatkan dirinya dalam
proses negatif yang akan mengarahkan
kepada hasil yang negatif. Jika keadaan sebegini di biarkan berpanjangan ia
akan menjadikan seseorang itu mempunyai penilaian negatif terhadap kemampuan
dirinya sendiri. Sentiasa melihat sesuatu dengan prasangka negetif baik
tentang kerjanya dan juga rakan sekerja. Perasaan khuatir, risau rendah diri,
kurang berkeyakinan kepada diri sendiri sentiasa wujud dalam mindanya dan
akan memberi kesan kepada semangat bekerja dan juga produktiviti.
Hindari
fikiran Negatif
Setelah
seseorang itu telah tamat pengajian di peringkat university dan mula memasuki
dunia pekerjaan atau pun mungkin anda baru pindah ke tempat kerja yang baru,
anda akan bertemu dengan persekitaran dan rakan-rakan sekerja yang baru.
Peristiwa yang serba baru sebegini akan memberi pengalaman baru.
Mungkin
anda pernah mendengar suatu ungkapan “yang menentukan diri anda bukanlah apa
yang anda makan, sebaliknya apa yang anda fikirkan”. Saya teringat Stephen
Covey dalam sebuah seminarnya mengatakan hati – hati dengan fikiran kita,
kerana jika kita memikirkannya terus menerus akan lahir dalam perkataan.
Lingkungan banyak memberikan kepada kita rangsang/stimulus mempengaruhi
bagaimana kita memandang dan bereaksi. Informasi yang tidak relevan atau
tidak terbukti dapat membangun suatu tanggapan yang dapat melahirkan
prasangka. Prasangka yang hanya menduga-duga, melakukan penilaian tanpa
melihat punca permasalahan sebenar. Jangan sampai anda bahagia kerana orang
lain menginginkannya. Anda bahagia, berjaya dan mampu mengambil keputusan
memang kerana anda ingin mengambil keputusan, meraih kejayaan dan kebahagian
yang anda inginkan.
Hindari Fkiran Negatif
Berfikiran
terbuka, jangan menjadi orang seperti pepatah Melayu “katak di bawah
tempurung”, kita perlu terus belajar
perluaskan skop pengetahuan dengan banyak menghadiri majlis-majlis ilmu,
banyak membaca buku baik buku
berkaitan fadu ain dan juga pengetahuan umum (fardu kifayah). Sentiasa terbuka
minda terhadap saranan dan kritikan dari orang disekeliling kita akan membuat
kita bersikap terbuka dalam memandang permasalahan dari pelbagai sudut.
-
Hindari membanding-bandingkan diri Anda dengan rakan disekeliling, kita dapat
memulai dengan melakukan perubahan diri sendiri dengan kembali langkah kita
mungkin ada sesuatu yang harus diperbaiki.Ukurlah baju pada diri sendiri.
Nilai keupayaan dan kemampuan diri sendiri. Jika kita sudah mempunyai keyakinan diri mulakan
melangkah kehadapan dengan memapastikan berlaku perubahan bagi setiap langkah
tersebut.
-
Hindari perasaan pesimis takut gagal atau rendah diri dan juga hindari
berfikir futuristik melampau seperti saya harus jadi pengarah atau Pengurus Besar , dan sebagainya
bukannya tidak boleh untuk bercita-cita menjadi Pengarah atau Pengurus Besar, tapi kita harus ukur
baju di badan sendiri, mengetahui kemampuan sebenar kita setakat mana.
Sepatutnya kita biasakan dengan sikap “saya akan mencuba” atau “saya akan
berusaha”.
Selain itu bersikaplah reaistik dan berpijak
di bumi nyata, kenali diri anda dan
kenali persekitaran di keliling and, ini akan membantu dalam membentuk
kemajuan karier anda di masa hadapan.
Belajar untuk tidak cemas
Lakukanlah
sesuatu, selalu berinisiatif melihat peluang atau pekerjaan. Mulailah dengan
sesuatu yang ingin anda capai dalam pekerjaan, interpersonal atau dalam keluarga
anda. Mulai dengan mengerjakan suatu
projek baru dan sederhana. Dengan demikian anda akan belajar perkara baru.
Lakukan sesuatu yang anda yakini. Stephen Covey menggambarkan orang kejayaan
iaitu orang yang selalu berusaha dengan giigih menciptakan suatu hal untuk
meraih tujuan yang diimpikan.(”the seven habits of highly effective people”).
Penampilan
Diri
Potensi
sikap positif dalam diri kita sebenarnya telah ada, hanya “apakah dari diri
kita mahu mengembangkan sikap positif tersebut atau tidak. Ada orang yang memberi
perhatian dan ada orang yang kurang memberi perhati terhadap penampilan diri. Salah satu pengembangan
sikap positif dapat di asah melalui sikap penampilan diri positif. Kita akan
mudah memperhatikan atau mengenali orang – orang di sekeliling kita melalui
percakapannya, pakaiannya, rambutnya, accessories yang dikenakan, dan
sebagainya.
Seperti
contoh kita di undang oleh seorang teman ke sebuah majlis perkahwinan anaknya
di sebuah hotel mewah bertaraf 5 bintang. Lalu kita datang ke majlis tersebut
dengan mengenakan baju lengan pendek berwarna lusuh dan bermotif casual/ santai
dan memakai sandal.
Sesampainya dihotel anda melihat ramai orang yang hadir
di majlis tersebut ada lelaki dan wanita, yang lelaki mengenakan kemeja batik
dan mengenakan jas begitu juga yang wanita mengenakan gaun malam yang anggun.
Bagaimana
perasaan anda ?. Anda akan merasa bersalah atau mungkin merasa rendah diri.
Begitu pula bagaimana perasaan orang ramai di majlis tersebut, teman-teman
anda ? Cuba anda banyangkan jika situasi tersebut sebaliknya, anda berpakaian
rapi dengan jas atau kemeja batik ? bagaimana perasaan anda dan bagaimana
para tetamu memandang anda. Anda pasti rasa penuh yakin dan positif. Begitulah
besarnya pengaruh penampilan diri dalam membentuk sikap positif dan emosi
anda. Begitu pula kuatnya hubungan dengan peningkatan kerjaya anda di
pejabat. Jika kita melakukan persembahan mengenai sesuatu projek bersama
ketua kita dengan rambut yang
berserabut atau mungkin dengan baju
yang “kusut” . bagaimana persepsi para peserta yang hadir melihat diri anda? Apakah mereka sangat
tertarik mendengar prembahan anda . Sudah pasti mereka akan beranggapan anda
seorang yang tidak mempunyai wibawa untuk melaksanakan projek yang di
cadangkan itu.
Ada
beberapa hal yang dapat anda lakukan untuk mengembangkan dan membentuk sikap
penampilan diri positif:
-
Dengan memperhatikan potongan rambut, dapat dilakukan dengan memotong yang sesaui
dengan diri anda.
- Bijak memilih warna baju dan seluar yang akan di pakai untuk sesuatu majlis - Penampilan yang kemas bukanya penampilan selekeh - Gunakan aksesori seperti - Jam tangan, gelang dan rantai (bagi wanita),pewangi dan lain-lain yang bersesuaian dengan sesuatu majlis. - Pastikan gaya anda seperti cara berjalan, bercakap, ketawa dan mimik muka serta perhatikan pula keceriaan wajah, kelihatan sihat, kuku, kulit dan sebagainya. - Sentiasa lemparkan senyum positif kepada semua tetamu yang berada di sesuatu majlis.
Pertahankan
sikap positif
Anda hedaklah secara bersungguh – sungguh berusaha untuk kekalkan sikap positif diri anda. Menurut Kermit W. Lueck dalam sebuah kajiannya, ia manemukan ada empat faktor yang menentukan seseorang itu berjaya dalam kerjayanya iaitu tingkat kecerdasan, ilmu pengetahuan, keterampilan dan sikap pribadi. Dalam hal ini ia menemukan 93 % kejayaan seseorang itu adalah berdasarkan sikap pribadi yang sentiasa positir, iaitu sikap yang sentiasa mahu berusaha, tidak mengeluh, tetap bertahan mengahdapi cubaan dan halangan, sentiasa sabar dalam perjuangannya.
Selalu
Bersyukur
Tanamkan rasa syukur dalam diri anda pada setiap masa, anda boleh mulai dengan menghargai setiap hasil yang telah anda lakukan. Selalu bersyukur akan apa yang telah anda peroleh sehingga saat ini, ia akan membuat hidup anda lebih ringan dan gembira.
Kesimpulannya
dapat dikatakan kita akan berjaya jika kita berfikiran positif dan yakin
dengan kemampuan diri kita untuk berjaya, sebaliknya jika kita berfikiran
negatif sudah pasti kejayaan tidak dapat diraih kerana tindak tanduk kita
akan menjurus kepada apa yang kita fikirkan. Oleh itu berfikiran positif lah
pada setiap masa untuk anda berjaya mencapai cita-cita yang diidam-idamkan.
|
0 comments:
Post a Comment