Janji Allah Untuk Mereka Yang Ingin Berkahwin
Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin,
biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah,
risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping.
Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga
perasaan keraguan.
Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi
orang yang akan berkahwin.
Bergembiralah wahai
saudaraku…
1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang
keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji
(pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan
lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur :
26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri.
Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang
soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik
buat kita. Amin.
.2. “Dan
kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak
(berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika
mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha
Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk
berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan.
Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang
juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran
mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk
melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi.
Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah
kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi
keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila
tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada
isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih.
Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang
semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah
memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
.3. “Ada tiga
golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi
sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang
yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251,
Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian
dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan
Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
.4. “Dan
diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari
jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan
dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian
itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum :
21)
.5. “Dan
Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu.
Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk
neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah
nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon
diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa.
Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap
kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa.
Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah
‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah
makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram
serta melakukan apa yang diharamkan Allah,
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah,
mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan
mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka
pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas
dilarang oleh Islam.
Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras
dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang
mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak
diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37)
dan Ahmad).
Telah bersabda
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi
dukun-dukun itu.”
(Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi
SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah
(hukumnya) syirik.”
(Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan
Hakim).
.6. “Mintalah pertolongan (kepada
Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang
pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan
terbebas dari bid’ah-bid’ah.
.7. “Kerana sesungguhnya
sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada
kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti
tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik
sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.
.8. “Hai
orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah,
nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad :
7)
Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik
dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan
penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian,
dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.
.9. “Sesungguhnya Allah
pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar
Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)
.10. “Ingatlah,
sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya.
Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih
sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada
Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.
Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah? Kawinlah cepat-cepat
bila dah cukup syarat-syaratnya bagi mengelak kita di goda oleh syaitan untuk
melakukan maksiat.
SUMBER; BLOG AKU ISLAM:
Muhamad Naim
0 comments:
Post a Comment