Tanggungjawab Suami dan Isteri
Dalam kehidupan manusia naluri untuk hidup bepasangan adalah
sunatullah. Islam mengharamkan sepasang insan hidupan bersama tanpa sebarang
ikatan perkahwinan. Oleh itu Islam telah memberi garis panduan bagaimana perkongsian
hidup di antara suami isteri perlu dilakukan untuk melahirkan keluarga bahagia.
Suami adal peneraju bagi sesebuah rumah tangga, mempunyai
tanggung jawab untuk memberi nafkah kepada isteri dan keluraga, menyediakan
tempat tinggal yang selesa dan juga menjadi pembimbing untuk membolehkan isteri
dan anak-anak menjadi insan yang soleh dan solehah.
Islam telah meletakkan landasan yang
jelas terhadap sesebuah ikatan perkahwinan,iaitu pembinaannya mestilah di atas
asas agama,buksnnya nafsu semata-mata.Oleh itu,rumahtangga yang harmoni dan
bahagia akan terbentuk melalui rasa tanggungjawab masing-masing dengan
sempurna,kerana perkahwinan yang diikat melalui akad perkahwinan bertujuan
membentuk peribadi dan mengajak pasangan tersebut supaya berkongsi
pendapat,masa,cara hidup untuk sama-sama menunaikan tanggungjawab masing-masing
kearah keluarga yang bahagia.
Keluarga yang baik dan harmoni akan
dapat melahirkan masyarakat yang baik juga,melalui proses pembentukan peribadi
dan jiwa anak-anak,yang mana semua itu bermula daripada sebuah keluarga.Masyarakat
dan negara tidak akan maju dan tidak sempurna jika ahli keluarga yang mendiami
sesebuah negara itu pincang.
Justeru itulah,rumahtangga yang aman
dan harmoni dapat dicapai melalui kerjasama dan tanggungjawab yang baik sesama
mereka,seperti berkasih sayang,sabar,tolak ansur dan wujudnya
persefahaman.Untuk mempastikan kerukunan sesebuah rumahtangga dan
keluarga,Islam menggariskan peraturan tertentu yang merupakan tanggungjawab suami
dan isteri,iaitu:
Tanggungjawab Suami:
Suami adalah ketua keluarga.Antara
tanggungjawab suami terhadap isteri dan keluarganya,ialah:
1. Wajib memberikan nafkah kepada
isterinya selagi ia memberi kesetiaan dan ketaatan.
2. Membayar mas kahwin kepada
isterinya.
3. Suami mestilah sentiasa melayan
isteri dengan penuh layanan mesra dan kasih sayang.
Sebagaimana sabda baginda yang bermaksud:
“Berwasiatlah
kamu supaya berlaku baik terhadap isteri-isteri.Sesungguhnya kamu mengambil
mereka dengan amanah Allah SWT dan kamu menghalalkan persetubuhan dengan mereka
dengan kalimah Allah SWT”-(riwayat At-Tirmidzi)
Sabda Nabi yang lain:
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang baik budi pekertinya dan lemah lembut terhadap isterinya”-(riwayat Abu Daud)
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang baik budi pekertinya dan lemah lembut terhadap isterinya”-(riwayat Abu Daud)
Dalam keadaan lain,Al-Quran juga sentiasa menyarankan suami supaya berbuat baik dengan isteri mereka.Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
“…dan
bergaullah kamu dengan mereka(isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang
baik.Kemudian jika kamu(merasa)benci kepada mereka(disebabkan
tingkahlakunya,janganlah kamu terburu-buru menceraikannya);kerana boleh jadi
kamu bencikan sesuatu,sedang Allah SWT hendak menjadikan pada apa yang kamu
benci itu kebaikan yang banyak(untuk kamu)-(Surah An-Nisa’ 4:19)
Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib yang bermaksud:
“Rasulullah SAW bersabda:Lelaki yang paling baik ialah yang amat baik terhadap isterinya,dan aku adalah yang paling baik terhadap isteriku.Tidak ada seseorang yang memuliakan wanita,kecuali dia seorang yang mulia.Tidak ada yang menghina wanita,kecuali oarang yang rendah pekertinya”-(riwayat Abu Daud)
4. Suami mestilah memberi bimbingan dan
tunjukajar yang baik terhadap isteri mereka dengan didikan agama dan pengajaran
yang baik dan bukan menyeksa mereka.
Sebagaimana firman Allah SWT yang
bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman!Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya:manusia dan batu (berhala)….-(Surah At-Tahrim 66:6)
“Wahai orang-orang yang beriman!Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya:manusia dan batu (berhala)….-(Surah At-Tahrim 66:6)
5. Memberi layanan yang baik,samada
dari segi tingkah laku,perbuatan,tutur kata dan contoh teladan yang baik.
6. Memenuhi nafkah zahir dan keperluan
asasi,seperti pendidikan,pakaian,tempat tinggal dan makanan mengikut kadar
kemampuan suami.
Sebagaimana firman Allah SWT yang
bermaksud:
“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya,maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah SWT kepadanya (sekadar yang mampu) ;Allah SWT tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya.(Orang-orang yang dalamkesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah SWT akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.- (Surah AT-Thalak 65:7)

7. Memenuhi keperluan nafkah batin
Sebagaimana firman Allah SWT yang
bermaksud:
“Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan(jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu,dan janganlah kamu hampiri mereka(untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.Kemudian apabil mereka telah suci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan Allah kepadakamu.Sesungguhnya Allah SWT mengasihi oarng-orang yang sentiasa menyucikan diri”-(Surah Al-Baqarah 2:222)

8. Menjaga dan memberi perlindungan
daripada sebarang ancaman dan bahaya.
9. Berlaku adil terhadap semua isteri
jika mereka mempunyai lebih dari seorang isteri.
Suami mestilah menunaikan
tanggungjawabnya dengan memberi nafkah kepada isterinya bergantung kepada
keadaan dan keperluannya.Oleh itu Islam tidak menentukan kadartertentu dan
tidak ada penentuan yang khusus,ia bergantung kepada pendapatan sert keadaan
taraf hidup,kemampuan suami serta menilai keadaan keperluan.
Dalam sesebuah rumahtangga, isteri juga
mempunyai tanggungjawab tertentu yang wajib dipenuhi, antaranya ialah:
1. Isteri mestilah sentiasa mentati
suami mereka dan menjaga maruah suami mereka selama mana suaminya itu tidak
menyuruh atau melakukan perkara yang bertentangan dengan agama.
\
2.
Isteri mestilah memberikan hak suami yang ingin menyetubuhinya pada bila-bila
masa sahaja selagi ia dibenarkan oleh syara’, contohnya ketika bersih daripada
haid dan nifas.
Sebagaimana firman Allah SWT yang
bermaksud:
“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu.Oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai,dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu;dan bertaqwalah kepada Allah SWT serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada Hari Akhirat kelak).Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang beriman”- (Surah Al-Baqarah 2:223)

3. Menjaga maruah dirinya baik sewaktu
di hadapan suami mahupun semasa ketiadaannya.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“…Maka perempuan-perempuan yang salih itu ialah yang taat (kepada Allah SWT dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama,dengan pemeliharaan Allah SWT dan pertolongan-Nya… -(Surah An-Nisa’ 4:34)

4. Menjaga serta membelanjakan segala
harta suami dengan jalan yang baik serta dengan keizinannya terlebih dahulu. Berbelanja
kepada perkara yang perlu secara berhemah dan tidak boros.
5. Tidak boleh keluar rumah tanpa
keizinan suaminya.
6. Tidak boleh menceritakan dan
mendedahkan kelemahan suaminya kepada orang lain. Jika di ceritakan kelemahan
dan keburukan suami kepada orang lain menyebabkan maruah suami akan tercemar
dan dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan suami merasa malu dan hina
diri kerana segala kelemahannya diketahui umum.
7. Mesti bertindak sebagai penghibur
hati dan sentiasa melakukan perkara yang mendatangkan kesenangan hati suami
mereka. Sudah semestinya isteri sebagai orang kedua penting dalam institusi
rumah tangga sepatutnya memberi sokongan padu kepada suami dalam melayari
bahtera rumah tangga mereka. Isteri yang bijak dan solehah akan menjadi
penghibur kepada suami apabila pulang dari tempat kerja setiap hari. Ini membolehkan
suami mengembalikan semula tenga yang telah hilang semasa seharian suntuk di
pejabat dengan pelbagai tanggung jawab dan malasah yang perlu uruskan.
8. Sentiasa memberikan layanan yang
baik kepada suaminya.
9. Sentiasa menghormati dan taat setia
pada suami sebagai ketua keluarga.
Sebagaiman firman Allah SWT yang bermaksud:
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan,oleh kerana Allah SWT telah melabihkan orang lelaki(dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan,dan juga kerana orng lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka…” -(Surah An-Nisa’ 4:34)
Biarpun nafkah adalah tanggungjawab suami,namun dalam sebuah rumahtangga yang sederhana dan suami yang berpendapatan kecil,tidak menjadi kesalahan untuk isteri bekerja dan membantu suaminya demi memantapkan kehidupan rumahtangga mereka.Selain itu juga,Islam menegah isteri menuntut nafkah serta keperluan yang tidak termampu oleh suaminya.
Seterusnya untuk menjamin keutuhan dan
keluarga yang bahagia,masing-masing mestilah merelakan dan sanggup menerima
hakikat keadaan rumahtangga masing-masing,terutamanya bagi suami yang tidak
mempunyai pendapatan yang lebih atau tidak mampu berusaha lebih dan disebabkan
taraf hidup yang tinggi,contohnya di kota dan hidup di bandar.Walaubagaimanapun,suami
mestilah berusaha dan mencari rezeki yang halal dengan bersungguh-sungguh dan
menunaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga.
sumber: Pegawai KGSK
0 comments:
Post a Comment