Kata-kata
Hikmah - untuk motivasi diri:
1. “Seseorang yang bijak melahirkan
kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong.”
2. “Harta akan habis digunakan tanpa
ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.”
3. “Kekayaan bukanlah satu dosa dan
kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya
janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.”
4. “Sahabat yang tidak jujur ibarat
dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti
akan terkena asapnya.”
5. “Mengapa manusia gemar mencetuskan
pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.”
6. “Kita sentiasa muda untuk melakukan
dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.”
7.
“Gantungkan
azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah
mutiara di lautan.”
8. “Setiap mata yang tertutup belum
bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.”
9. “Jadikan dirimu bagai pohon yang
rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang
pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.”
10. “Menulis sepuluh jilid buku mengenai
falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.”
11. “Jangan menghina barang yang kecil
kerana jarum yang kecil itu kadang-'kadang menumpahkan darah.”
12. “Esok pasti ada tetapi esok belum
pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan
mendatang.”
waLLAHU' ALAM
0 comments:
Post a Comment