BUAT
RENUNGAN KEPADA SUAMI YANG MENGABAIKAN ISTERI
v
Hargai
isterimu sebagaimana engkau menghargai ibumu. Berlaku adillah kerana isterimu
juga seorang ibu dari anak-anakmu. Isterimu adalah ratu bagi mu semasa malam
pertama dahulu dan sebab itulah kamu memilihnya untuk dijadikan isterimu.
v
Jika
engkau marah boleh tidak menegur isterimu, boleh tidak berbicara dengan
isterimu, boleh tidak menemani tidur isterimu, tapi berusahalah untuk tidak
memukulnya.Marah bilarlah berpada kerana
setiap insan pasti ada silapnya bahkan diri kita sendiri pun pernah buat silap
sekali sekala.
v
Ingatlah
jantung rumah tangga adalah seorang isteri. Jika hati isterimu tidak bahagia maka
seisi rumah akan tampak seperti murah dan tidak bermaya. Sepi kerana tiada
canda tawa, manja, perhatian. Sayangi isterimu agar dia bahagia. Maka engkau
akan merasa seperti di taman surga. Isteri yang bahagia akan membuatkan
anak-anakmu terjaga dengan sempurna dan membesar hingga menjadi insan yang soleh
dan solehah, ingatlah anak-anak soleh akan menjadi pembela kita semasa di alam
kubur dimana doanya dapat meringankan seksa azab kubur.InsyaAllah.
v
Besar
kecilnya penghasilanmu, jangan pula membuat besar kecilnya kasih sayangmu
kepada isterimu. Seorang isteri tetap ingin diperhatikan seperti ketika
isterimu selalu menyambutmu kepulanganmu dengan penuh kasih sayang.Isterimu
adalah insan yang sering berdoa untuk kejayaan mu, sebab itulah Islam menetapkan
dalam harta suami ada bahagia sepencarian isteri.
v
Hidup
dalam satu atap yang telah diikat dengan akad, tidak perlu merasa lebih tinggi,
suka bertingkah ketika kaya, bukan juga siapa yang menang dan siapa yang kalah.
Kerana hidup bersama bukan bertujuan untuk bertanding melainkan sebagai teman
hidup yang selalu mesra bersanding. Kebahagian rumah tangga dalah terletak
kepada saling kasih sayang suami isteri dan saling cintai mencintai. Contohilah
Rasulullah SAW bagaimana untuk melayan isteri saban masa.
v
Diluar
sana mungkin masih ada wanita yang mencintaimu atas dasar apa yang sudah engkau
punya sekarang. Bukan seperti isterimu yang selalu setia menemanimu dikala masa
sulit. Jika kamu temukan wanita seperti itu maka abaikanlah. Lebih baik
rawatlah apa yang sudah engkau miliki yaitu isterimu. Dan insaflah semasa
dijabkabulkan dahulu isterimulah yang telah bertekad untuk bersama mu pada
setiap masa walapun pada masa itu kamu belum ada apa-apa kekayaan seperti hari
ini. Insaflah .
v
Mungkin
diluar sana masih banyak lelaki yang ingin mempunyai isteri yang baik dan
mereka tidak mendapatkannya. Mungkin mereka akan menawarkan perlindungan
terhadap isterimu. Maka jangan biarkan isterimu meninggalkan rumah kerana
kesedihan. Kerana jika itu terjadi maka akan sulit sekali untuk kembali.
Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.
v
Jagalah
isterimu dengan sebaik-baiknya. Kerana dia adalah tulang rusukmu yang selalu
setia mendampingimu. Menjaga yang dikandung adalah lebih mudah daripada menjaga
yang belum pasti dan masih dalam ilusi.
Wallahu’alam.
0 comments:
Post a Comment