HIKMAH DISEBALIK LARANGAN HUBUNGN SEKS KETIKA HAID
Kesan Buruk Melakukan Seks Ketika Wanita Datang Haid
Pengharaman Seks Semasa Haid
Islam mengharamkan
melakukan hubungan seks antara suami dan isteri ketika waktu haid. Hukum ini
telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala didalam firman Nya yang bermaksud:
“Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid.
Katakanlah: “Darah haid itu adalah kotoran dan mendatangkan mudarat”. Oleh
sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh
dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu
hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka
sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh
Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak
bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah
Al-Baqarah 2:222)
Didalam Hadis Nabi
Muhammad s.a.w banyak memperkatakan hal ini, diantaranya sabda Rasulullah s.a.w
yang bermaksud:
“Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun
menyetubuhi wanita di saluran duburnya ataupun mendatangi tukang tenung nasib
dan mempercayainya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke
atas Muhammad.”
(Riwayat Ahmad dan Tarmuzi)
Imam Al Ghazali
merumuskan hukum ini di dalam Ihya Ulumuddin dengan berkata,
“Janganlah suami
menyetubuhi isteri yang sedang haid dan juga jangan sesudah haid sebelum si
isteri menyempurnakan mandi wajib terlebih dahulu, kerana yang demikian itu
diharamkan dengan dalil Al-Quran.“
Kajian
Mengenai Bahaya Seks Ketika Haid
Melakukan hubungan seks ketika haid mempunyai banyak risiko, menurut kajian yang dijalankan oleh Dr. Diana Antoniskis (MD)dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan (The Research And Education Group) yang beribu pejabat di Oregon, dalam artikel yang bertajuk Women With HIV Infection, risiko jangkitan kuman HIV meningkat di kalangan wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak berkhatan.
Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control And Prevention) di Amerika, pada Perhimpunan kesebelas Pertubuhan Antarabangsa Berhubung Penyakit-Penyakit Jangkitan Seksual di New Orleans yang diadakan pada 27 hingga 30 Ogos pada tahun 1995 melaporkan,menjauhi hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian farajadalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita.
Laporan itu juga menjelaskan, wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haidmeningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda. Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi
Kesihatan Wanita di Chester Springs menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa.
Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk membuang rahim atau hysterectomy dan ovari atau ovariectomy. Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996. Bagi golongan wanita, tiub fallopian dan ovari mereka boleh diserang kuman bakteria sehingga menyebabkan keputihan, sakit dan demam yang kuat.
Risiko untuk menghidap penyakit ini adalah tinggi di kalangan mereka yang melakukan hubungan seks ketika haid. Hal ini disebabkan, kebiasaannya tiub fallopian dan ovaridilindungi daripada serangan bakteria oleh bahan asid yang terdapat di kawasan faraj atau vagina.
Ketika wanita itu didalam keadaan haid, kawasan faraj menjadi alkali justeru memudahkan kuman untuk membiak dan mendatangkan penyakit terutamanya apabila berlaku persetubuhan pada waktu itu.
Oleh yang demikian, hukum pengharaman persetubuhan ketika haid oleh agama Islam adalah amat baik kerana ia mendatangkan banyak manfaat dari sudut kesihatan. Walaubagaimanapun Islam tidak melarang diantara suami isteri bergurau senda dan bergaul mesra semasa haid, asalkan perbuatan itu tidak membawa kepada persetubuhan.
Menurut Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya oleh Masruq bin Ajdak,
“Apakah yang boleh dilakukan oleh suami semasa isterinya sedang dalam keadaan haid?”
Lalu Aisyah menjawab,
“Apa-apa sahaja kecuali bersetubuh.” (Hadith Sahih Bukhari)
Wallahu’alam….

Sumber : Rosa Calla
0 comments:
Post a Comment