KENAPA
JODOH LAMBAT DATANG ?
Bismillahhirohmanirahim.
“Dan diantara
tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari
jenismu sendiri , supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya , dan dijadikan-Nya
diantara kamu rasa kasih sayang .Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-
benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir
“. (QS. Ar-Rum : 21)
Berdasarkan firman Allah seperti ayat
yang dipaparkan di atas, sememangnya
manusia dianugrah naluri untuk saling kasih mengasihi diantara pasangan
suami isteri supaya kehidupan terasa tenteram. Situasi ini akan berlaku apabila
seseorang itu telah bertemu jodoh dan diijabkabulkan.
Sungguhpun begitu tidak semua orang
yang senang bertemu jodoh, kadangkala walaupun dianya telah berusaha sebegitu
rupa tetapi bila samapai dan saat untuk
di jodohkan ada saja yang tak kena atau yang membantah sehingga terhalang
segala perancang ketemukan jodoh yang di rancang. Kenapakan ini berlaku.
Megiikut kajian yang dijalankan oleh
para penyelidik social didapati beberapa sebab yang menyebabkan jodoh seseorang
itu lambat antara lain ialah:-
1) Jodoh itu rahsia
Allah . Serapi dan sedalam
manapun perancangan kita untuk ketemukan jodoh, tetapi hakikatnya kita belum pasti
ianya boleh dicapai atau sebaliknya, kerana sudah ketetapan Allah yang
menciptakan manusia dan mentukan bahawa jodoh seseorang adalah ditentukan
oleh-Nya. Manusia hanya mampu merancang tetapi terjadinya sesuatu jodoh
seseorang Allah tentutkan.
2) Hati tidak fokus dalam mencari
jodoh dan tidak bersungguh-sungguh . Hakikatnya macam mana nak dapat jodoh kalau tak bersungguh-sungguh
. Mulut je kata nak 'jodoh' , tapi hakikatnya tindakan anda tidak bersungguh-sungguh dan
banyak alasan yang diberikan . "aku bukannya tak nak berjodoh , tapi
banyak kerja . Tak sempat pun nak cari isteri " . Nah ini buktinya yang anda tidak serius,
macamana jodoh tu nak datang . Tak bersungguh-sungguh .
3) Diri Anda Belum Benar-Benar
Bersedia . Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh
itu belum benar-benar bersedia . Adakah anda betul-betul bersedia untuk menjadi
suami ataupun isteri ? Adakah sudah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal,
mental, kewangan dan kematangan . Tepuk dada , tanyalah diri sendiri.
4) Terlalu memilih kriteria pasangan
. Ini lagi satu hal jugak . Kalau dah ketat sangat ciri-ciri orang yang nak
dijadikan isteri ataupun suami tu , siapa lah yang layak agaknya?
‘den taknak melayu , nak bugis atau jawo jah. kalu mix tu kiro okeh jugak.
tinggi sajo nak yang 7 kaki. kulit puteh gobu. badan berisi. mato bulek. bulu
mato ea panjang sekaki. abah ea mesti takdo misai. selipar saiz 6.’ . Haih ,
tak salah memilih , tapi berpada-pada la . Jangan sampai nak yang sama macam
bidadari kayangan yang boleh terbang . Sampai bila nak berjumpa?
5) Hati kotor , masih banyak
perasaan benci dalam hati . Kalau banyak sangat perasaan benci tu
dalam hati , kesannya orang lain pun jadi benci jugak dengan kita. Apa salahnya kita berubah untuk jadi lebih mesra
dengan semua orang . Mana tahu dalam ramai-ramai orang dimesra tu ada jodoh
kita)
6) Fobia dan serik
bercinta . Yang ini juga
susah nak ubat . Satu sahaja ubatnya ,
kena redha dengan pengalaman cinta yang tak kesampaian itu dan berusaha untuk kehidupan
yang lebih bahagia di hari muka . Semangat kena ada, jangan pasrah dan terus
putus asa je. Orang yang putus asa takkan berjaya. Lagipun ketatapn Allah itu
adah hikmahnya untuk kebaikan kita, Cuma kita sahaja tidak mengetahuinya.
7) Doa Anda Tidak Makbul .
Berdoa untuk mendapatkan jodoh . Allah s.w.t. telah berfirman: “Mintalah
kepada-Ku nescaya Aku perkenankan.” Persoalannya , kenapa masih tidak
bertemu jodoh ? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor,
rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang
masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang. Juga , tetapkan
hati anda yang mana satu yang anda mahu.
Lakukan solat Istikharah untuk diberi petunjuk.
8) Restu Ibu Bapa Belum
Sempurna . Jodoh tidak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak
yang tidak sempurna. Emak bapak masih rasa tidak berapa sedap untuk lepaskan
anaknya. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’
Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu
yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tetapi
dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang
rumit. Wahai para ibu berilah kebebasan kepada anak untuk memilih jodoh, kita
hanya berusaha untuk yang tebaik , tetapi anak punyai citarasanya tersediri
yang akan ditanggong sehingga akhir hayat bersama jodoh yang direstui.
9) Terlampau selesa dengan hidup
bersendirian . Benda ni semacam dah jadi trend sesetengah orang yang
merasakan lebih selesa hidup sendiri sehingga tidak melihat keperluan untuk
berumahtangga . Nak bertemu jodoh tang mana ? Perlu diingat , berkahwin
merupakan satu ibadah yang mana jika dilakukan dengan niat kerana Allah SWT,
insyaAllah akan mendapat ganjaran pahala. Mereka yang telah berkahwin ganjaran
pahalanya lebih besar berbanding dengan orang bujang. Wallahualam.
10) Hidup tidak seimbang
. Kadang-kadang terlampau tenggelam dengan kerja sendiri sampai takde masa
nak bersosial . Paling parah tak bertemu manusia lain pun ! Entah kenal ke
tidak orang sebelah rumah. camano nih? ada pula yang kuat sangat enjoy atau
dengan kata lain sindrom ‘orang bujang’ yang melampau . adoih.. jodoh mana yang
nak melekat? kena berubah!
Hanya Allah yang tahu.
Bersabar dan bersolat kepada Allah kerana sesungguhnya hanya Allah yang tahu
apa yang terbaik untuk sekalian hambanya . Tidak ada apa yang lebih
membahagiakan selain mendapat rahmat dari Allah. Apabila tiba saat jodoh itu
datang kepadamu , sambutlah dia dengan hati terbuka dan jangan sesekali
melepaskan ia pergi. Sekali melepas sukar untuk cari ganati .
Sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui. Yakinilah bahawa Allah tidak akan menguji seseorang itu
melampaui kemampuan hambanya. Mungkin hari ini Allah telah menguji anda dengan
merasai kekecewaan namun siapa tahu pada esok hari kebahagiaan yang kekal
abadi.
Sumber:
Lyssa Faizureen
0 comments:
Post a Comment