Terdapat banyak isu yang boleh
disenaraikan apabila seseorang itu berpoligami. Walaubagaimanapun, poligami
pada hari ini telah ditutupi kebaikannya dengan dakyah atau tomahan daripada
fahaman songsang yang berpaksikan kepada pendidikan barat yang mengharamkan
poligami dalam kehidupan.
Kelebihan berpoligami adalah sangat
berasas dan memenuhi fitrah kejadian manusia. Cuba bayangkan jika Islam tidak
membenarkan poligami, kemungkinan putaran sosial dalam kehidupan manusia
boleh menjadi tunggang-langgang.
Antara kebaikan berpoligami
yang dituntut dalam Islam bagi mereka yang mampu adalah:-
- - Menyelamatkan suami daripada melakukan penzinaan disebabkan wujudnya halangan berbentuk syariat bagi wanita iaitu haid dan nifas.
- - Mendapatkan keturunan kerana isteri disahkan tidak dapat melahirkan anak atau isteri sudah terlalu tua dan sudah putus haid.
- - Memelihara lelaki yang mempunyai kemahuan dan nafsu seks yang tinggi daripada melakukan zina.
- - Poligami menghindar daripada berlaku perceraian kerana isteri mandul, sakit atau terlalu tua.
- - Menghindari daripada perempuan bergelar anak dara tua di mana zaman sekarang lebih ramai perempuan daripada lelaki dan mereka dapat merasai kehidupan berumahtangga.
- - Keperluan lelaki yang berhijrah jauh mencari rezeki, yang sentiasa kesunyian tiada teman bagi mengelakkan berlakunya hubungan haram.
- - Andainya poligami tidak dibolehkan, wanita hanya akan menjadi alat pemuas nafsu bagi mereka yang mempunyai harta dan kesenangan tetapi tidak mempunyai tanggujawab sepatutnya terhadap wanita tersebut.
- - Untuk menghindari kelahiran anak-anak yang tidak sah keturunan yang merosakkan kesejahteraan umat manusia. Anak luar nikah mempunyai hukum yang berbeza daripada anak yang sah, dan mengelakkan anak dan keluarga terasa malu dengan keturunannya.
- - Menambah hubungan antara keluarga melalui ikatan yang dijalinkan.
- - Kehormatan wanita akan terjaga apabila ia dilindungi oleh kaum Adam yang ingin mengambilnya sebagai isteri.
- - Memberi kesempatan yang lebih besar kepada para isteri beramal apabila tibanya giliran isteri yang kedua.
- - Menambah bilangan keturunan.
- - Mengeratkan lagi kasih sayang apabila perjumpaan isteri digilirkan.
Sudah terang lagi bersuluh dengan
keterangan di atas, dapatlah kita rungkaikan bahawa pologami yang diharuskan
Islam bukanlah untuk memenuhi tuntutan nafsu seks bagi kaum lelaki tetapi
mempunyai maksud serta tujuan untuk kemaslahatan ummah.
Islam juga tidak memandang mudah
tentang syarat-syarat yang dikenakan terhadap suami yang berpoligami. Sekiranya
syarat-syarat tersebut tidak dapat dipenuhi maka mereka ditegah untuk melakukan
poligami yang boleh membawa mereka kepada lembah dosa yang bertentangan dengan
ajaran Islam.
Oleh karena
itu ulama mengatakan, “Dimakruhkan bagi orang yang mempunyai satu isteri yang
mampu memelihara dan mencukupi kebutuhannya, lalu dia menikah lagi. Karena hal
itu membuka peluang bagi dirinya untuk melakukan sesuatu yang haram.
Allah
berfirman:
“Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara
isteri-isteri (mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu
janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu
biarkan yang lain terkatung-katung..” (An-Nisa’: 129)
Rasulullah SAW
bersabda:
“Barangsiapa yang mempunnyai dua isteri, kemudian lebih mencintai kepada
salah satu di antara keduanya maka ia datang pada hari kiamat sedangkan
tubuhnya miring sebelah. ” (HR. Al Khamsah)
Poligami itu tidak buruk tetapi menjadi
buruk apabila orang yang sesat mengamalkan poligami. Poligami adalah hukum yang
telah ditetapkan oleh Allah S.W.T kerana-NYA adalah Maha mengetahui segala
keperluan dan kehendak hambanya.
Allah tidak menghalalkan apa yang akan
memudaratkan hambanya. Dalam poligami tiada buruknya. Cuma tanggungjawab yang
perlu dipikul adalah berganda berbanding sebelumya. Tanggungjawab dalam
melaksanakannya merupakan cabaran paling penting dalam berpoligami.
Hal poligami ini menjadi lebih parah
dengan gembar gembur yang dimainkan oleh media dalam menyebarkan seolah-olah
poligami itu salah dan tidak dibenarkan.
Maka, poligami itu akan
bertukat menjadi pengalaman pahit apabila:
- - Pengamalnya tidak mendalami ilmu sebelum berpoligami.
- - Pengamalnya tidak mengikut Al-Quran dan As-Sunnah apabila berpoligami.
- - Pengamalnya bertujuan untuk mengkianati wanita.
- - Pengamalnya berpoligami berdasarkan nafsu semata-mata.
- - Pengamalnya tidak pandai untuk menguruskan rumahtangga.
Oleh itu, sekiranya anda, suami anda
atau sesiapa sahaja yang mempunyai niat untuk berpoligami, sila
dalami terlebih dahulu ilmunya.
Adapun orang
yang lemah (tidak mampu) untuk mencari nafkah kepada isterinya yang kedua atau
khawatir dirinya tidak bisa berlaku adil di antara kedua isterinya, maka haram
baginya untuk menikah lagi, Allah SWT berfirman,
“Jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang
saja…” (An-Nisa’: 3)
Sumber :
pakar cinta
0 comments:
Post a Comment