Ikhwan Muslimin,
Di akhir-akhir ini kita dapati usaha-usaha terancang yang
semakin giat oleh pihak-pihak tertentu untuk mengugat dan mencabar kedaulat
Islam sebagai agama Negara ini (Malaysia). Ia bukan sahaja digerakkan oleh
kumpulan-kumpulan tertentu dalam Negara dengan kemudahan dan sokongan media
baru, malah gerakan ini juga mendapat sokongan dari kumpulan liberal
antarabangsa.
Dalam kita bergelut dalam menangani pelbagai masalah yang
melanda umat Islam samada dari sudut kesatuan dan perpaduan, keruntuhan akhlak
dan kelunturan nilai, keruntuhan iman
dan kegoyahan keperibadian sert berbagai bentuk gejala social yang mengerunkan.
Umat Islam juga berhadapan dengan suatu bentuk pemikiran baru yang memuja
segala bentuk kebebasan secara melampau hatta dalam budaya seks pun mereka
tidak mahu terikat dengan cara tabii manusia.
Dalam Islam setiap manusia tidak mempunyai kebebasan yang
mutlak, bahkan setiap tindak tanduknya dibimbing oleh perinsip dan peraturan
yang telah ditetapkan oleh syarak yang bersumberkan wahyu Allah SWT. Hak yang
digariskan dan dijamin oleh agama Islam sudah pastinya tidak sama selagi bertentangan dengan hak-hak Allah yang
menjamin kepentingan dan kemaslihahan umum.
Meneliti maksud yang terkanung dalam ajaran Islam, jelas
menunjukkan bahawa sesuatu yang di perjuangkan sebagai “Hak” mestilah sesuatu
yang tidak sama sekali bertentangan dengan kebenaran, keadilan, kewajaran, dan
kesesuaian dengan fitrah insan. Dengan kata lain sebarang perjuangan menuntut
hak bagi golongan yang mengamalkan sesuatu tingkah laku yang bertentangan
dengan Islam dan tabie samada yang berkaitan perilakul, perhubungan jantina,
cara berpakaian, dan lai-lain adalah terbatal kerana ia mengandungi unsur-unsur
yang bertentangan dengan naluri murni
manusia. Malah ia akan mendatangkan kemudaratan, maksiat, mala petaka dan
kehancuran terhadap segenap aspek dalam masyarakat.
Budaya dan cara hidup yang bertentangan dengan tabie yang
diamalkan oleh golongan ini bukan sahaja dilarang dan dikencam oleh agama Islam
tetapi juga oleh agama-agama lain.
Ikhwan Muslimin.
Umat islam mestilah mempunyai jati diri sebagai seorang
muslim yang akan digambarkan melalui cara hidup secara keseluruhan. Kita tidak
buleh bertolak ansur terhadap sebarang usaha yang cuba menyelewengkan ajaran
Islam dengan melonggarkan jati diri dan pegangan umat Islam terhadap agama dan
fitrah hidup yang suci.
Ditangan kitalah terltaknya tanggungjawab menghentikan kekacauwan
dan kehancuran yang akan di akibat oleh gerakan yang memperjuangkan amalan hidup
yang menjijikan itu. Dalam hal ini salah satu
prinsip penting yang mesti dimainkan oleh umat Islam bagi memastikan
agama Islam terpelihara ialah dengan menyeru kepada kebaikan dan menghalang
kemungkaran. Allah SWT berfirman maksudnya: “Iaitu mereka yang jika kami
berikan merek kekuasaan memerintah bumi nescaya mereka mendirikan sembahayang
serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebajikan serta melarang dari
melakukan perkara yang mungkar. Dan ingatlah bagi Allah jualah kesudahan segala
urusan” – Al-Haj:41.
Marilah kita sama-sama mempertahankan kebenaran, rapatkan
barisan, meneguhkan kekuatan dan persediaan, mengerakkan segala usaha dengan
penuh keberanian, dan menghancur leburkan cita-cita serta perancangan kelumpuk
perjuangan hak asasi sonsang itu.
Dalam menghadapi situasi agama Islam yang sentiasa di
cabar oleh musuh-musuhnya, umat Islam
hendaklah mengambil langkah-langkah berikut:-
1.
Umat Islam mestilah mempelajarai agama dengan
merujuk kepada sumber yang muktabar dan orang yang mempunyai kefahaman yang
jelas mengenai ajaran Islam yang sebenar.
2.
Umat Islam mestilah mencintai agama Islam dan
sanggup mempertahankannya.
3.
Umat Islam hendaklah merasa bangga dengan agama Islam
dan mestilah mempertahankan jati diri sebagai seorang muslim.
4.
Umat Islam mestilah menyiapkan jenerasi masa
depan dengan menyediakan kepada mereka ilmu agama yang sempurna supaya mereka
mempunyai jati diri sebagai seorang muslim serta merasa bangga dna sanggup
mempertahankan agama Islam yang suci ini.
Wahai orang-orang yang beriman, sesiapa diantara kamu yang
berpaling tadah dari agamanya (menjadi murtad) maka Allah akan mendatangkan
suatu kaum yang ia kasihkan mereka dan mereka jua kasihkan Dia. Mereka pula bersifat lemah lembut terhadap
orang-orang yang beriman dan berlaku tegas serta gagah terhadap orang=orang
yang kafir.mereka berjuang dengan berusungguh-sungguh pada jalan Allah dan
mereka tida takut kepada celaan. Yang demikian itu adalah limpah kurniaan Allah
yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendakai-Nya, kerana Allah Maha luas
limpah kurnia-Nya lagi meliputi pengetahuan-Nya.
0 comments:
Post a Comment