Saturday, December 6, 2014

SEMARAKAN HUBUNGAN CINTA APABILA BERJAUHAN



BEBERAPA  CARA UNTUK SEMARAKKAN CINTA JARAK JAUH:

Mencaari rezeki yang halal untuk memberi makan minum dan keperluan asas kehidupan yang lain kepada keluarga adalah satu ibadah yang di tuntut oleh Islam. Kadang kala suami isteri terpaksa berpisah untuk beberapa waktu kerana berlainan kerjaya dan tempat kerja. Pepatah Melayu ada mengukirkan “Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan”.  Perumpamaan ini  mungkin ada benarnya terutama bagi pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan. Demi kerjaya dan mencari rezeki, semuanya terpaksa dijalani dengan penuh tabah. Namun, jangan sesekali membiarkan cinta jarak jauh ini menjejaskan perhubungan suami isteri.

Disini dikemukakan beberapa tip yang di harap dapat membantu pasangan suami isteri menghangatkan hubungan meski pun mereka berjauhan.

Tip 1: Elak Cemburu Buta Dalam situasi berjauhan:

Kepercayaan adalah elemen paling penting hubungan suami isteri. Pastikan hubungan bersifat terbuka dan tiada perkara diselindungkan. Cipta beberapa peraturan asas yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Agar hubungan tidak menjadi dingin, nyatakan kekerapan untuk saling berhubungan. Selain itu, dapatkan cuti lebih awal untuk menyambut hari-hari istimewa bersama.

Tip 2: Belajar Menerima Hakikat:

Tiada pasangan yang mahu hidup berasingan namun jika sudah itu ditakdirkan, maka  terimalah hakikat dengan terbuka. Jangan tertekan bahkan cuba mengeratkan hubungan dengan apa cara sekali pun. Usah berfikiran negatif dengan menganggap situasi sebegini hanya menjadi batu penghalang. Sebaliknya anggaplah ia dapat membantu memantapkan hubungan memandangkan anda dapat merasai betapa pentingnya si dia dalam hidup anda.

Tip 3: Aplikasikan Teknologi Terkini

Terdapat pelbagai teknologi baru yang dapat menghubungkan pasangan yang berjauhan. Ia buka saja mudah malah tidak perlu mengeluarkan kos. Jika berkelapangan, hantarkan emel kepada si dia. Selain mudah, ia juga boleh disimpan dan dibaca semula apabila rasa rindu mula menguasai diri. Hantarkan juga gambar terbaru kepada pasangan agar ingatannya terhadap wajah cantik atau kacak anda tidak pudar begitu saja. Menggunakan teknologi terkini ipad phone seperti televedio adalah salah satu keadah berkkomunikasi diantara suami isteri yang berjauhan. Dengan itu keakrabang dan kejituan jalinan kasih sayang suami dapat di eratkan

Tip 4: Bercerita & Berkongsi Masalah:

Sentiasa amalkan sikap berkongsi masalah diantara suami isteri adalah  di antara cara terbaik untuk mengeratkan hubungan kasih sayang. Sebaliknya sikap suka menyembunyikan sesuaitu hanya akan mendatangkan bala. Cara sebaik-baiknya ialah bercerita dan berkongsi masalah. Dalam masa yang sama tanyakan pendapatnya. Usah memendam rasa kerana pasangan pasti akan dapat menghidunya. Lebih baik berterus-terang sebelum pasangan berasa curiga dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan perhubungan anda.

Tip 5: Tolak Isu Remeh-Temeh:

Sudahlah tinggal berjauhan, bergaduh pula. Situasi ini boleh menjadi parah jika tindakan tidak diambil. Memandangkan anda sukar untuk bersua, elakkan daripada bertekak tentang perkara yang remeh-temeh. Kebanyakannya akan naik angin jika pasangan tidak menelefon pada waktu yang dijanjikan. Usah ikutkan hati kerana mungkin si dia sedang sibuk dan perlu menyelesaikan beberapa perkara terlebih dulu. Anda seharusnya bertenang dan tanya dengan nada yang lembut.


Tip 6: Rancang Kejutan:

Dalam mencintai seseorang, anda perlu berfikiran kreatif agar cintanya terhadap anda akan menjadi lebih mendalam. Untuk itu, apa kata anda rancang satu kejutan romantis untuk si dia. Kejutan tidak bermaksud anda perlu mengeluarkan kos, sebaliknya lakukan kejutan ringkas sudah cukup bermakna. Lebih menarik jika anda dapat merancang percutian mengejut bersama. Jika perlu, minta pertolongan daripada ahli keluarga atau teman rapat bagi memastikan ia benar-benar satu kejutan.


Tip 7: Sentiasa Berdoa Kepada Allah:

Realiti kehidupan kita hanya mempu meracang sesuatu yang terbaik untuk segala aktiviti kehidupan, Sesungguhnya natijah baik buru sesuatu tindakan itu adalah bergantung kepada restu-Nya. Iaitu semuanya berlaku dengan takdir kada dan kadar Allah. Oleh itu untuk mempastikan semua perkara yang kita rancang akan berlaku dengan sebaiknya maka kita hendaklah sentiasa mendekati Allah dengan melakukan segala amal ibadat yang di fardukan dan juga melakukan amalan sunat serta juga sentiasa berbuat baik sesama insan.

Jika kita sentiasa mengiganti-Nya, mudah-mudahan segala keperluan kita tentang kehidupan di dunia ini akah dijaga oleh-Nya. Insya Allah.


Sember:  pelbagai artikel internet.



0 comments:

Powered by Blogger.