Tuesday, December 16, 2014

ADAKAH WAJAR ANAK , MENANTU TINGGAL SEBUMBUNG DENGAN IBU BAPA.



Adakah Wajar Anak, Menantu, Mertua Tinggal Sebumbung:

Baru-baru ini ada laporan di  akhbar tentang  seorang mertua telah dibelasah oleh  menantu keranan cuba menyelematkan anaknya yang dibelasah teruk oleh menantu.berdasarkan keadaan itu, bolehlah kita beranggapan menantu itu yang hantu kerana membelasah si isteri.

Namun, dalam pada itu, kita juga perlu merujuk kepada nasihat dan pandangan oleh bekas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz (seperi di laporankan Harian Metro). Beliau antara lain menyatakan:

“Dalam Islam, apabila anak sudah berkahwin, ibu bapa tidak boleh mencampuri urusan rumah tangga anak-anak kerana dikhuatiri mendatangkan keburukan,”
“Perlu diingat mentua tidak boleh masuk campur urusan anak mereka melainkan untuk mendamaikan rumah tangga dan ke arah kebaikan,”

Saya pasti ramai ibubapa dan mertua yang masuk campur tangan dengan niat untuk mendamaikan rumah tangga dan ke arah kebaikan mengikut pandangan masing-masing (iaitu pandangan ibubapa atau mertua itu sendiri). Benar, ramai ibubapa dan mertua yang tidak mahu rumahtangga anaknya diakhiri dengan penceraian. Akan tetapi, betulkah cara, pendekatan dan perkara yang ingin dicampuri itu?

Disinilah persoalan yang amat subjektif dan tidak tetap jawapannya. Disinilah setiap ibubapa, mertua dan anak menantu perlu bertenang dan menilai keadaan bagaimana yang dibolehkan untuk ibubapa dan mertua campur tangan atau sekadar memberi pandangan dan nasihat (yang kemudiannya terpulang kepada pasangan anak menantu itu untuk mengikutnya atau tidak).

Pastinya rumahtangga sianak menantu (malah ibubapa dan mertua itu sendiri) ada kisah-kisah turun dan naik, menggembirakan dan menyedihkan serta menggusarkan hati. Perkara-perkara itu boleh meliputi urusan penjagaan anak, pengurusan kewangan, pengurusan harta, dan urusan hidup seharian serta akhirat.

Secara dasarnya, ibubapa, mertua dan anak menantu perlu mengingat kembali akan detik-detik manis ketika upacara akad nikah. Semua pihak perlu merenung kembali apa yang terkandung dalam khutbah nikah yang dibacakan oleh imam atau tok kadi. Secara amnya, dalam khutbah itu disentuh tanggungjawab suami kepada isteri, isteri kepada suami, tanggungjawab suami isteri itu kepada anak yang bakal dilahirkan. Dan buat ibubapa dan mertua, pastinya tahu, tika akad dan nikah itu sah dilafazkan oleh silelaki, terpindahlah tanggungjawab dunia akhirat dan “hak” siibubapa si perempuan kepada menantu lelaki, dan bermulalah anak menantu melayari kehidupan berdasarkan pengurusan mereka sendiri.

Namun, bukan bermakna sisuami boleh dan sentiasa mengikut kata ibubapanya. Ditangannya kini tanggungjawab menguruskan rumahtangga sendiri. Salah silap dalam pengurusan keluarga, si suami bertanggungjawab. Oleh itu sisuami juga perlu bijak menguruskan rumahtangganya. Jika siibu bapa mahu memberikan pandangan dan nasihat, nilaikanlah dan berbincanglah bersama si isteri untuk kebaikan bersama.

Ini juga bermaksud, ibubapa si suami juga perlu memberi kebebasan dan peluang kepada anak lelakinya menguruskan rumahtangganya sendiri, kerana kelak, yang disoal di Padang Masyar adalah si anak lelaki itu atas apa yang berlaku dalam rumahtangganya, dan bukannya ibubapa si anak lelaki.

Janganlah mudah menjatuhkan hukum “derhaka” kepada sianak menantu kerana tidak menurut kehendak ibubapa atau mertua sendiri. Kenapa? Biar saya berikan satu contoh (yang kebiasaannya menyesakkan pemikiran pasangan anak menantu yang boleh membawa kepada perselisihan).

Ibu bapa perempuan mahu cucunya dijaga oleh mereka, dan begitu juga ibubapa si lelaki. Jika pasangan itu tidak diberikan kebebasan membuat keputusan, pastinya begitu mudah jatuhnya hukum “derhaka” kerana tidak mahu mengikut kata ibubapa masing-masing.

Contoh lain yang boleh diberikan adalah saat dan ketika pulang beraya dikampung. Saban tahun pastinya ada pasangan bergaduh mahu balik beraya kerana terdapat desakan daripada ibubapa masing-masing yang mahu anak cucunya pulang beraya bersama mereka. Adilkah jika menggunakan hujah si isteri perlu mengikut kata suami semata? Adilkah sisuami memutuskan perhubungan isteri dan anaknya dengan mertuanya?

Nah, ini antara dilema pasangan anak menantu jika didesak oleh ibubapa mereka dan tidak memberi ruang dan peluang untuk anak menantu menguruskan rumahtangga mereka sendiri.

Ini belum termasuk campurtangan pengurusan harta si anak menantu. Contoh situasi yang mungkin tertimbul dalam hal ini adalah ibubapa si isteri mahukan anak perempuannya membeli harta yang diinginkan oleh mereka kerana menurut hujah, si suami tidak berhak ke atas harta si isteri. Padahal, si suami mengizinkan si isteri bekerja untuk membantunya menguruskan keluarga. Bagaimana?

Benar, dari satu sudut, si suami itu tidak berhak ke atas pendapatan isterinya, tetapi dari satu sudut yang lain, jika si suami tidak mengizinkan si isteri keluar rumah, apa akan jadi pada pendapatan tersebut? Apa jatuh hukumnya jika si isteri tetap keluar rumah tanpa keizinan suami?

Oleh itu, biarkanlah anak menantu menguruskan keluarga mereka mengikut cara dan kemampuan mereka. Sebagai ibubapa dan mertua, biarkanlah, pantaulah dari jauh. Jika apa yang dilakukan oleh mereka melanggar hukum agama dan alam, barulah masuk campur tangan secara berhikmah. Selain daripada itu, cukuplah sekadar memberi nasihat dan pandangan  serta biarkanlah mereka menentukan jalan yang mereka pilih.

Renung-renungkanlah rencana ini. Buat tambahan bacaan untuk memperluaskan pengetahun kita dan membolehkan sebarang tindakan yang akan dilakukan pada masa-masa hadapan adalah berdasarkan tuntun agaman dan selaras dengan amalan naluri manusia.

Semoga kita dapat mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku.

Wallahualam…


Sumbar : On Da Street.

0 comments:

Powered by Blogger.