Thursday, December 18, 2014

PENGALAMAN PERIBADI MERAWAT SIHIR ATAU SANTAU



Assalamualaikum Warahmatullah Hirwabarokatuh…. Dan Salam Sejahtera,

Pembaca yang di hormati sekelian.

Melalui artikel ini saya ingin kongsi bersama anda berkenaan pengalaman saya merawat ‘sihir’ atau ‘santau’ yang saya alami pada tahun 1991 semasa saya sedang berkhidmat dengan sebuah Jabatan kerajaan.

Pada masa itu saya telah di tukarkan ke jabatan berkenaan sebgai seorang Pegawai Tabir pada Jan 1991. Setelah saya bertugas lebih kurang tiga bulan di jabatan berkenaan. Pada suatu malam iaitu hari ke 25 Puasa Ramadan, saya sedang berada di Masjid untuk tunaikan solat berjemaah Isyak dan Solat Terawih.

Semasa sedang solat Isyak pada rakaat pertama saya dihantui dengan perasaan was-was samada saya terkentut atau tidak, saya bertekad bahawa saya tidak terkentut dan terus menunaikan solat sehingga ke rakaat ke dua. Semasa Imam sedang membaca Al-Fatihah, tiba-tiba saya terasa sakit di tumit kaki dan terasa macam di cucuk dengan jarum yang tajam, walaubagaimanapun saya teruskan solat, dan seterusnya di dada sebelah kiri saya ada terasa macam di cucuk dengan jarum dan pendih yang amat sangat, kemudian di ikuti dengan perasaan berdebar-debar dan degutan jantung saya semakin kuat.  seterusnya   saya rasakan diri saya seperti melayang-layang di udara, walaubagaimana pun saya kuat kan semangat dan teruskan solat sehingga selasai

Setelah selesai solat saya mulai rasa gelisah dan difikiran perasan seperti saya akan mati pada bila-bila masa dan perasaan takut menghantui fikiran, saya terus keluar masjid dan memandu pulang ke rumah yang jaraknya lebih kurang 700 meter. Kemudian isteri membaya saya ke hospital untuk mendapat pemeriksaan doktor. Setelah diperiksa doktor mengsahkan fizikal saya adalah dalam keadaan normal dan sihat.

Itulah detik-detik saya mula dikawal oleh sihir. Apabila tiba waktu solat, saya menjadi takut dan jantung berdebar-debar, perasaan tidak yakin diri dan takut mati. Keadaan saya menjadi lebih takut lagi apabila mendengar ada orang meninggal dunia, menjadikan saya takut dan di minda terfikir yang saya juga akan mati, dan kadangkala badan jadi berpluh dan sejuk , di minda fikiran ketakutan dan tidak yakin, rasa akan mati bila-bila masa sahaja.

Begitulah keadaan saya untuk tempoh beberapa tahun, bagi mengatisinya saya pergi jumpa doktor perubatan dan juga doktor pakar psikitrik. Saya mejalani rawatan dengan doktor psikitrik lebih 5 tahun dan keadaan sakit saya hanya boleh di kawal dengan memakan ubat penenag alprazolam (zannet 5mg). Setiap kali saya di serang oleh perasaan takut saya akan mengambil .25mg zanet dan untuk tempuh beberapa minit sahaja perawsaan takut itu akan beransur-ansur hilang,

Disamping rawatan kedoktoran saya juga pergi merawat melalui perawat tradisional (bomoh), telah banyak tempat yang saya pergi dan bermacam-macam ubat herba, air tawar yang di beri untuk saya makan, minum dan mandi.  Entah berapa puluh rebut wang yang saya habiskan untuk tujuan berubat untuk mengatasi masalah perasaan takut yang saya alami itu, tatapi semuanya hanya dapat reda untuk beberapa hari sahaja kemudian perasaan takut itu akan datang kembali.

Untuk menghadapi masalah gangguan fikiran itu, saya kuatkan semangat dengan mengamalkan membaca beberapa surah Al-Quran setiap hari sebagai perisai menguatkan ketahanan diri daripada di ganggu oleh syaitan (sihir atau santau). Setelah saya amalkan ayat-ayat surah Al-Baqarah, Al – Rahman, Al-Mulk dan Surah Jin keadaan perasaan takut dapat di kurangkan dari masa ke semasa. Di samping itu juga saya amalkan mebaca ayat-ayat syifa’.  

Jika  di hitung masa yang saya alami gangguan sihir ini lebih kurang hampir 19 tahun. (1991 – 2010).  
Alhamdulillah gangguna sihir didalam badan saya dapat saya pulihkan sepenuhnya setalah saya dinasihatkan oleh beberap orang kawan untuk memgamalkan bacaan berikut:

1.       Bertahlil -  “Laillah haillallah” – 10,000 kali. ( saya lakukan ini pada waktu tengah malam 2 pagi hingga 4.30 pagi). Khasiatnya dikatakan badan kita akan menjadi lebih kuat ketahanan dari di masuki oleh syaitan yang ingin menggangu, kerana dia akan kepanasan apbila di dalam tubuh kita dipenuhi dengan nur zikir dn tahlil.

2.       Apabila ingin keluar rumah baca ayat kursi dan doa “Bismillah hirtawakal tul allallah walahawlawalai kuwatuilla billah hil azim”.

3.       Sememandu kenderanan saya akan pasang CD bacaan Al-Quran di sepanjang perjalanan hingga samapai ke distinasi.

4.       Saya amalkan solat duha pada setiap hari terutama apabila samapai di pejabat.

5.       Perbanyakkan bersedekah pada setiap hari (utamakan anak yatim).

6.       Solat lima waktu di lakukan secara berjemaah di masjid, surau  sekali sekali di ruamah bersama isteri.
i
7.       Jika gangguan perasaan takut begitu kuat saya akan membuat pemeriksaan tekanan darah (guna alat sendiri di rumah) apabila didapati tekanan darah normal, saya akan melawan perasaan takut atau sakit kepala itu dengan membaca ayat-ayat Al-Quran.

8.       Minum air zam-zam dijadikan minuman rutin setiap hari.

9.       Makan ubat yang di beri oleh doktor mengikut perskripsi doktor.

10.   Membuang sikap ego pada diri sendiri dan lebih bertawakal kepada Allah setelah kita berusaha sesuatu perkara.

11.   Setelah saya dapat mengawal perasan takut secara kendiri, saya cuba elakkan pergi jumpa bomoh untuk dapat rawatan,( kerana kebanyakan mereka bersahabat denga jin atau menggunakan khadam perkara ini mungkin akan berlaku perbuatan khurafat). 

12.   Kadang kala bila keadaan gangguan terlampau kuat saya akan pasing CD ‘Azan’ untuk beberapa jam sehingga perasaan takut itu telah hilang.

Alahmdulilllah, setelah saya amalkan perkara-perkara yang di sebutkan di atas, penyakit sihir yang menggangu fikiran saya telah dapat dihalang sepenuhnya. Dengan izin Allah, 

Iktibar daripada apa pengalaman saya di atas dapat di rumuskan bagi megelak kita di ganggu oleh sihir atau santau. Diri kita hendaklah mendekati kepada Allah, solat secara berjemaah, sering membaca Al-Quran, bersedekah, dan juga perlu diikuti dengan rawatan perubatan secara moden.

Wallahualam.

0 comments:

Powered by Blogger.