Buah-buahan Yang Dapat Mengurangkan Risiko Penyakit Strok
Berdasarkan statistik berkaitan
penyakit stroke tahun 2012, lembaga American Stroke Association
menyatakan sejumlah 79,000 orang di
Amerika sahaja mengidap penyakit strok. Ini bermakna setiap 40 sat terdapat seorang yang terkena
stroke.
Penyakit pembuluh darah ini bisanya
disebabkan oleh tersumbatnya aliran darah—yang dipanggil sebagai stroke iskemik—atau pecahnya pembuluh darah
sehingga aliran darah tidak menglir ke otak—yang disebut stroke hemorrhagik.
Gejala stroke yang umum adalah
matinya sensor atau respon sebahagian tubuh karena rusaknya jaringan otak.
Ramai orang sudah mengetahui bahwa dengan memakan buah-buahan setiap hari dapat bermanfaat untuk kesihatan, tetapi
hanya sedikit yang tahu bahwa buah-buahan juga boleh mencegah penyakit strok.
Dintara buah-buahan yang dapat megurangi penyakit strok ialah:-
1.
Tomato
Kebanyakan kita memakan tomato hanya
untuk menjadikant makanan lebih enak. Tetapi hakikatnya isi tomato mempunyai
banyak khasiat. Hasil penyelidikan mendapati bahwa kandungan lycopene, zat
berwarna merah dalam tomato, dapat menurunkan resiko stroke untuk lelaki dewasa.
Hasil kajian yang disiarkan dalam
jurnal Neurology . menyatakan 1,031
lelaki dewasa yang dibahagikan dalam empat kumpulan. Pada kajian awal
didapati 25 kes penyakit strok dari 258
orang lelaki yang kadar lycopene dalam darahnya adalah kecil.
Sementara, hanya ada 11 kes penyakit
stroke dari 258 orang lelaki dengan kadar lycopene darah yang tinggi. Dr.
Jouni Karppi, dari University of Eastern Finland di Kuopio,
menyatakan, ”Kajian ini menambah bukti bahwa menu buah dan sayuran dalam diet
sangat penting untuk menurunkan resiko penyakit strok.”
2.
Citrus
(Limau Nipis)
Memakan buah asam, atau sejenisnya,
sering dikaitkan dengan kehidupan yang sehat. Tetapi, rupanya tidak hanya itu
sahaja. Hasil kajian yang disiarkan
dalam jurnal Stroke menyatkan bahwa buah limau nipis dan sejenis dengannya,
dapat menurunkan hingga 19 peratus
resiko strok iskemik, yang disebabkan oleh tersumbatnya pembuluh darah ke otak.
Penemuan ini merupakan sebahagian
hasil kajian Nurses’ Health Study, yang melibatkan hampir 70,000 wanita. Para
penyelidik tersebut mendapati kadar zat flavonoid yang terdapat dalam
berbagai buah limau adalah tinggi dan mereka merumuskan bahwa setiap orang disarankan makan 2-4 hidangan buah seumpma itu setiap hari untuk menurunkan
resiko penyakit strok.
Para pnyelidik sebelumnya juga telah menemui bahwa vitamin C
dan kalium, yang boleh didapati dalam
kadar yang tinggi dalam buah-buahan ini, juga dapat membantu melindungi kita dari
diserang penyakit jantung dan strok.
3.
Kacang
Soya
Kacang soya, dalam bentuk susu atau
makanan lain, rasanya sangat enak sekali.
Namun, kacang soya juga bermanfaat dalam menurunkan resiko penyakit strok. Kacang
soya dapat menurunkan kolesterol, khususnya kolesterol jahat (LDL) hingga 28
peratus. Angka ini hampir menyamai angka yang dicapai dengan menggunakan ubat
–ubatan untuk kolesterol.
4.
Noni
(Mengkudu)
Buah Noni (Mengkudu) terkenal kerana
kemampuannya mengawal tekanan darah supaya tetap stabil. Oleh itu jus noni
sering digunakan untuk menurunkan tekanan darah oleh pesakit darah tinggi, dan dengan demikian mencegah
terjadinya penyakit strok.
Buah Noni mempunyai kandungan
xeronin, juga kaya dengan kandungan vitamin dan mineral lainnya, yang dapat
memperbaiki fungsi tubuh sehingga membolehkannya digunakan untuk terapi strok.
5.
Epal
‘Sebiji epal jika dimakan sehari,
kita tidak perlu berjumpa doktor,’
begitulah kata-kata pepatah barat.
banyak pakar gizi menyetujui hal itu. Sebutir epal sehari dapat menurunkan
resiko penyakit strok hingga 50 peratus.
Buah ini kaya dengann kandungan quercetin
yang terbukti mampu mengatasi inflamasi. Tentu hal ini berguna untuk meningkat
pengerasan pembuluh darah yang seringkali terjadi disebabkan oleh inflamasi.
6.
Pisang
Pisang kaya dengan kandungan kalium. Hasil kajian
mendapati bahwa diet rendah kalium (kurang dari 1.5 gram se hari) dapat meningkatkan
resiko penyakit strok hingga 28 peratus.
Kajian oleh Health Professionals
Follow-Up Study mendapati bahwa pengmbilan buah yang mengandung banyak kalium setiap hari ternyata dapat mengurankan rikos rendah mengalami
resiko peyakit stroke sebanyak 38
peratus.
7.
Kekacang
Kekacang juga baik untuk kesihatan pembuluh darah
kerana mengandung banyak asid folat. Menurut setu kajian selama 20 tahun
terhadap 1,000 orang dewasa, mengambil makanan yang
mengandungi asid folat yang tinggi dapat mengurangkan resiko penyakit strok hingga 20 peratus.
Buah-buahan yang dikemukan di atas adalah sebahagian daripada
rahmat Allah yang dikurniakan kepada manusia untuk mengambil manafaat darinya.
Oleh itu setelah di ketahui khasiatnya untuk kesihatan kita, adalah lebih baik
mulai sekarang kita cuba merancang pemakanan harian kita dengan menyediakan
menu yang juga dimasukkan hidangan buah-buahan utntuk dimakan setiap hari.
Sungguhpun begitu kita perlu ingat
bahawa sebgai insan hamba Allah kita hanya mampu berikhtiar sahaja untuk
menjaga kesihatan kita, yang menentukan sama ada kita sihat atau sebaliknya
adalah Allah. “ Manusia hanya mampu merancang, yang menentukan perancanga kita
menjadi adalah Allah”
Sehubungan itu selalulah ingati Allah dengan
mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Mudah-mudahan akan dikurniakan Rahmat-Nya yang membolehkan kita sihat sentiasa untuk
mengabdikan diri kepada-Nya setaip masa.
Wallahualam.
Sumber: Meily
Cintadwi
0 comments:
Post a Comment