APAKH
PUNCA ISTERI DINGIN SEKS ?
|
Ramai Suami Mengadu
Tentang Masalah Dingin Seks Yang Dialami Oleh Pasangan. Rungut Mereka Ketika
Ghairah Sedang Menyala-Nyala, Isteri Pula Seakan Langsung Tidak Bernafsu.
Baru Saja Hendak Mengusap Tubuh, Isteri Terus Memberi Alasan, Penat, Tangguh
Esok Dan Sebagainya.
Apa jua alasannya
si suami pasti kecewa. Lantas mulalah suami menyalahkan isteri tanpa
menyedari bahawa adakalanya sikap suami sendirilah yang mencetuskan
kedinginan dan kehambaran isteri terhadap aktiviti seksual.
Tingkahlaku, sifat,
mahupun layanan suami yang tidak kena dengan jiwa ketika hubungan intim boleh
membuatkan isteri merasakan seks bukan lagi memberi kenikmatan atau
membahagiakan dirinya. Sebaliknya cukup menjengkel dan menyeksakan.
Mengikut kajian
didapati isteri bersikap dingin tehadap hubungan intim denga suaminya adalah
berpunca tindak tanduk suami yang tidak romantis dan kurang berperanan
memberi kegairahan dan kepuasan kepada isteri. Kebiasaanya suami sebegini
lebih mementingkan diri sendiri dan terlalu sibuk dengan bisnes atau tugasan
luar, menyebabkan ianya kesuntukan masa untuk bersama isteri sehinggakan
mengadakan hubungan intimpun dalam tempoh yang terhad dan tergesa-gesa.
Berikut adalah
senarai kesilapan suami yang cukup tidak disenangi oleh isteri ketika di
ranjang. Inilah juga faktornya yang membuatkan isteri berasa dingin untuk
melakukan seks. Semoga ia dapat dijadikan panduan dalam memperbaiki kehidupan
seks anda suami isteri.
1.
Tidak bercumbu
terlebih dahulu
Meskipun nafsu sedang membara namun jangan terlalu rakus
menerkam isteri tanpa mencumbuinya terlebih dahulu. Terlalu banyak artikel
yang menerangkan bahawa wanita memerlukan masa untuk terangsang. Sentuh bahagian
sensitif isteri ataupun kucuplah bibirnya terlebih dahulu supaya isteri turut
merasakan ghairah untuk hubungan intim.
2. Hembusan nafas
Tidak dinafikan hembusan nafas suami di telinga mampu menaikkan nafsu isteri. Namun perlu juga diketahui bahawa itu juga menjadi faktor untuk membenamkan rasa berahi sekiranya hembusan nafas suami pekat berbau rokok ataupun bauan yang kurang menyenangkan.
3. Tidak bercukur
Sememangnya ini adalah perkara asas yang harus diingat oleh setiap lelaki sebelum melangkah ke ranjang untuk bersama isteri. Misai dan juga jambang yang tidak dicukur dan dibiarkan panjang bukan saja menyakitkan mata isteri yang memandang tapi juga menyakitkan. Ia seakan-akan mencucuk kulit isteri bila disentuh.
4. Gelojoh
Ada suami yang gelojoh dalam urusan seks. Belum sempat isteri buat apa-apa, suami sudah menerkam dahulu. Selain itu ada juga yang gopoh mahu membuka pakaian isteri namun tidak tahu bagaimana caranya. Maka jadilah suami seperti ”incredible hulk” merobek dengan cara yang ganas. Seharusnya membuka pakaian isteri dilakukan dengan hormat dan penuh lembut. Ibarat membuka satu hadiah yang berharga. Lagipun kenapalah hendak tergopoh-gapah, isteri tidak ke mana-mana, tetap ada di depan mata.
5. Sentuhan
Sentuhan, belaian dan usapan buat isteri di awal hubungan intim perlu ada caranya. Janganlah terus meraba-raba tanpa arah tujuan. Tak terbangkit nafsu isteri jika sentuhan suami sekejap di kaki, sekejap di belakang dan kemudian di kepala pula. Caranya pula kasar semacam seperti menepis semut yang merayap di badan. Seeloknya lakukan sentuhan dengan lembut dan berperingkat supaya isteri dapat menikmati sensasi sentuhan suami.
6. Jangan berehat
setengah jalan
Tiada istilah berehat ketika melakukan pemanasan meskipun anda penat dan isteri lambat terangsang. Tubuh isteri perlu sentiasa disentuh supaya berahinya tidak turun mendadak. Apa perasaan isteri bila ghairah baru hendak memuncak tiba-tiba si suami berhenti merangsang, sudah tentu perasaan terus merudum.
7. Jangan biar
isteri terkapai-kapai
Ada suami yang mementingkan diri sendiri. Setelah nafsu syahwatnya dipenuhi isteri yang masih belum menikmati kepuasan dibiarkan begitu saja. Sebenarnya ketidakpuasan ketika hubungan seks dengan suami juga antara sebab isteri mula memandang seks sebagai sesuatu yang hambar.
8. Jangan sepahkan
kondom
Sekiranya anda menggunakan kondom sebagai cara untuk mencegah kehamilan sebaiknya jangan sepahkan ia di bilik. Membuang kondom adalah tanggungjawab suami dan lagi ia adalah satu barangan yang sangat peribadi. Bayangkan perasaan isteri anda sekirnya suami meninggalkannya di tepi katil dan dia harus mengambil dan membuangnya.
9. Suami tidak
berterima kasih kepada isteri
Kadang kala suami
yang lebih pentinkan diri sendiri dan tidak bersikap romantis, setelah ianya
selesai samapi kekemuncak, ditinggalkan isteri keseorang dan di terus
berdengkur. Ini membuatkan isteri terasa bahawa dia tidak dibelai oleh suami, menyebabkan pengalaman sebegini
akan menjadi ingatan di mindanya untuk selamanya. Sepatutnya suami perlu
perihatin terhadap keperluan seks isteri, jika ianya lebi awal kandas perlu
berisik di telinga isteri bertanyakan keadaannya sudahkah puas atau
sebaliknya. Jika diberitahu bahawa dia masih belum sampai kemuncaknya sumai
perlu memainkan pernanannya untuk membolehkan isteri menikmati kemuncak
kepuasan hubungan intim. Suami yang pandai berperanan untuk mempastikan
dirinya tidak cepat kecundang dan juga mengambil tindakan bijak untuk
mempercepatkan kegairahan isteri dan seboleh-boleh untuk menikmati kepuasan
memuncak secara bersama dan serntak. Jika ini dapat dikawal oleh suami, sudah
pasti isteri akan memberi pujian dan sentiasa meghormati suaminya sebgai
seorang yang berkemampuan dan handalan semasa mengadakan hubungan intim. Oleh
itu suami perlu menimba ilmu bagi membolehkannya menjadi seorang suami yang
celek hubungan seks dengan isterinya.
|
|
Wallahualam.
Sumber :
Kedai e net
0 comments:
Post a Comment