PRINSIP ISLAM - HUBUNGAN MENANTU DAN MERTUA
Lelaki bertangungjawab sepenuhnya
terhadap isteri yang dikahwininya. Ini kerana lelaki tersebut telah ‘mengambil’
anak perempuan tersebut daripada ibu bapanya. Bermakna, perempuan tersebut
telah menjadi ‘hak mutlak’ si suami. Justeru, menjadi tanggungjawab suami sepenuhnya
untuk menyempurnakan segala keperluan isterinya zahir dan batin.
Tanggungjawab suami tidak terhenti
setakat isterinya, malahan terhadap kepada kedua ibu bapa kepada isteri atau
mentua. Suami (menantu) tidak boleh membiarkan ibu bapa mentua setelah anaknya
telah diambil. Sikap tidak bertanggungjawab atau lepas tangan seolah-olah kita
melakukan perkara yang sama terhadap ibu bapa sendiri.
Pendek kata, kedudukan ibu bapa
sendiri dan mentua adalah sama tidak kira sama ada mentuanya beragama Islam
atau tidak. Sama seperti tanggungjawab anak yang telah memeluk Islam terhadap
ibu bapanya yang belum memeluk Islam.
Seperti mana Islam menetapkan bahawa
setiap anak yang memeluk agama Islam wajib menghormati ibu bapanya yang tidak
memeluk Islam. Begitulah juga apabila anaknya ini telah berkahwin.
Hubungan dan
penghormatan tetap sama, kecuali jika dipaksa melakukan perkara yang
bertentangan dengan ajaran Islam.
Dalam Islam tanggungjawab menantu
terhadap ibubapanya sendiri dan ibubapa mentuanya adalah sama.
Hubungan Istimewa Menantu dan Mentua
Hubungan istimewa menantu dan mertua
adalah sama seperti hubungan istimewa ibu bapa sendiri yakni tidak batal wuduk
bila bersentuhan dan tidak boleh dikahwini. Ini bermakna, martabat mentua
adalah sama seperti ibu bapa.\
Tanggungjawab Menantu Lelaki dan
Perempuan Mengikut Keutamaan
Menantu Lelaki
- Allah Subhannahu Wata'ala
- Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasalam
- Ibu/Ibu Mertua
- Bapa/Bapa Mertua
- Isteri
- Anak-anak
- Lain-lain
- Allah Subhannahu Wata'ala
- Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasalam
- Ibu/Ibu Mertua
- Bapa/Bapa Mertua
- Isteri
- Anak-anak
- Lain-lain
Menantu Perempuan
- Allah Subhannahu Wata'ala
- Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasalam
- Suami
- Anak-anak
- Ibu/Ibu mertua
- Bapa/bapa mertua
- Lain-lain
- Allah Subhannahu Wata'ala
- Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasalam
- Suami
- Anak-anak
- Ibu/Ibu mertua
- Bapa/bapa mertua
- Lain-lain
Ibu bapa mentua mesti dimuliakan
seperti kita menghormati ibu bapa kita sendiri. Kalau mereka kecil hati, sama
seperti kita menyinggung perasaan ibu bapa sendiri. Jika kita sayang anaknya,
kenapa kita tidak sayang orang yang melahirkannya juga? ada ramai menantu kecil
hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang
anaknya sehingga mengabaikan anak menantunya. Perbuatan sebegini sudah pasti
bercanggah dengan tuntutan agama Islam.
Kewajipan anak lelaki, pertama
kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa
mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan
melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. Sebaliknya anak perempuan, yang pertama
Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Perasaan mentua perlu dijunjung kerana
mereka berhak ke atas menantu.
Peristiwa Nabi Ibrahim dan anak menantunya perlu dijadikan teladan. Nabi Ibrahim pergi menziarahi menantunya ketika puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah. Isteri Nabi Ismail belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim. Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.
Nabi Ibrahim: Siapakah kamu?
Menantu: Aku isteri Ismail.
Nabi Ibrahim: Di manakah suamimu,
Ismail?
Menantu: Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim: Bagaimanakah keadaan
hidupmu sekeluarga?
Menantu: Oh, kami semua dalam
kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan lapang.
Nabi Ibrahim: Baiklah! Jika suamimu
balik, sampaikan salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya
(sebagai kiasan supaya menceraikan isterinya).
Menantu: Ya, baiklah.
Setelah Nabi Ismail pulang daripada
berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di
rumah mereka.
Nabi Ismail: Adakah apa-apa yang
ditanya oleh orang tua itu?
Isteri: Dia bertanya tentang keadaan
hidup kita.
Nabi Ismail: Apa jawapanmu?
Isteri: Aku ceritakan kita ini orang
yang susah. Hidup kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.
Nabi Ismail: Adakah dia berpesan
apa-apa?
Isteri: Ya ada. Dia berpesan supaya
aku menyampaikan salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu
rumahmu.
Nabi Ismail: Sebenarnya dia itu
ayahku. Dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.
Ismail pun menceraikan isterinya
yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir
Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar.
Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi
Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya.
Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak
mengenali.
Nabi Ibrahim: Di mana suamimu?
Menantu: Dia tiada dirumah. Dia
sedang memburu.
Nabi Ibrahim: Bagaimana keadaan
hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?
Menantu: Syukurlah kepada tuhan,
kami semua dalam keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang.
Nabi Ibrahim: Baguslah kalau begitu.
Menantu: Silalah duduk sebentar.
Boleh saya hidangkan sedikit makanan.
Nabi Ibrahim: Apa pula yang ingin
kamu hidangkan?
Menantu: Ada sedikit daging,
tunggulah saya sediakan minuman dahulu.
Nabi Ibrahim: (Berdoa) Ya Allah! Ya
Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa
ini, Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah berkat doa Nabi
Ibrahim).
Nabi Ibrahim: Baiklah, nanti apabila
suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang
pintu rumahnya (sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).
Apabila Nabi Ismail pulang daripada
berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang mencarinya.
Nabi Ismail: Ada sesiapa datang
semasa aku tiada di rumah?
Isteri: Ya, ada. Seorang tua yang
baik rupanya dan perwatakannya sepertimu.
Nabi Ismail: Apa katanya?
Isteri: Dia bertanya tentang keadaan
hidup kita.
Nabi Ismail: Apa jawapanmu?
Isteri: Aku nyatakan kepadanya hidup
kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan
minum.
Nabi Ismail: Adakah dia berpesan
apa-apa?
Isteri: Ada, dia berkirim salam
buatmu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail: Oh, begitu. Sebenarnya
dialah ayahku. Tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya
untuk aku kekalkan.
Isteri: Alhamdulillah, syukur.
Pengajaran daripada kisah ini adalah
mentua mempunyai hak untuk memberikan pandangan terhadap menantunya. Menantu
sepatutnya memberikan contoh yang terbaik kepada mentua demi menjaga
keharmonian rumahtangga. Suami akan lebih mengasihi isterinya, jika isterinya
menyayangi ibu bapa suaminya.
Dalam usaha memenuhi tuntutan tersebut, ada beberapa perkara berikut untuk diteliti dan dilakukan oleh menantu terhadap mentua sebagai tanda penghormatan dan membalas budi mereka.
1. mentaati mentua pada segala yang
diperintahnya kepada anak, kecuali perkara maksiat
2. berbicara kepada keduanya dengan
adab dan lemah lembut
3. memberikan bantuan kewangan
(bulanan) sebagai tanda mengambil berat
4. bangun menghormati keduanya
apabila mereka datang
5. mencium tangan kedua dan
memeluknya, setiap pagi dan petang dan pada setiap upacara
6. memelihara nama, kehormatan,
serta harta benda mereka
7. memuliakan mereka, dan memberikan
mereka yang diminta
8. bermesyuarat dengan mereka dalam
urusan berkaitan
9. memperbanyakkan doa dan
permohonan ampun bagi mereka
10. cuba membuat sesuatu untuk
menggembirakan mereka tanpa perlu diingatkan atau ditunjukkan kepada si anak
11. tidak mengangkat suara di
hadapan mereka
12. tidak cuba memotong percakapan
mereka ketika mereka sedang mengatakan sesuatu
13. sentiasa meminta izin mereka
jika mahu keluar rumah
14. tidak memeranjatkan mereka,
ketika sedang tidur
15. tidak melebihkan isteri dan anak
dari kedua mereka
16. tidak mencela mereka, jika
mereka melakukan sesuatu yang tidak memuaskan
17. tidak ketawa dalam majlis
mereka, jika tidak ada sebab yang menarik untuk ketawa
18. tidak memanjangkan tangan kepada
makanan, sebelum mereka terlebih dahulu memulakannya
19. tidak tidur atau baring, padahal
mereka masih lagi duduk kecuali jika mereka telah mengizinkan
20. tidak melunjurkan kaki di
hadapan mereka
21. tidak masuk dahulu sebelum
mereka atau berjalan di hadapan mereka
22. menyahut panggilan mereka serta
merta, apabila mereka memanggil
23. memuliakan teman-teman mereka di
waktu hayat mereka dan sesudah mereka meninggal
24. tidak berkawan dengan seorang
yang tidak mematuhi kedua ibubapanya
25. memberi dan bertukar tukar
hadiah ketika hari lahir mereka
26. membawa dan menemani mereka ke
masjid jika diperlukan
27. mendoakan keduanya, khususnya
sesudah meninggal, sebab adalah sangat berguna kepada mereka
Islam meletakkan martabat yang
tinggi terhadap ibu/ibu mertua dan bapa/bapa mertua. Justeru, tanggungjawab ini
tidak boleh diabaikan oleh menantu lelaki terutamanya. Mengabaikan salah
seorang daripada mertua seolah-olah mengabaikan ibu bapa sendiri. Kesejahteraan
rumahtangga amat bergantung kepada sejauh mana tanggungjawab menantu terhadap
ibu bapa mertua. Jika tanggungjawab ini diabaikan sudah tentu si isteri akan
menjadi kurang selesa disebabkan oleh ibu bapanya sendiri diabaikan oleh
suaminya.
wallahualam.
Sumber : unitceramah.blogspot
0 comments:
Post a Comment