RENUNGAN
BUAT MEREKA YANG DITIMPA UJIAN ATAU MUSIBAH
Dalam
kehidupan di dunia ini telah menjadi kelaziman kita akan mengalami peristiwa
yang mengembirakan dan juga yang mendukacitakan. Bisanya apabila kita perolehi
kegembiraan kita rasa bahawa diri kita adalah seorang yang bertuah, berjaya
dalam hidup dan mendapat kurniaan Allah.
Sebaliknya
apabila kita di uji denga musibah atau kesusahan memberi satu tekanan dalam
kehidupan, perasaan sedih dan berdukacita serta memikirkan yang bukan-bukan
kadangkala sehingga merasakan dirinya tidak berguna, menyusahkan orang, hidup
ini sial dan sebagainya. Malah ada yang mula lupa akan ujian itu adalah tanda
Allah akan membersihkan diri kita dari dosa-dosa silam. Bagi sesetengah
daripada kita yang tidak sabar dalam menepuh ujian derita itu akan mengambil
tindakan yang di luar kebiasaan tabie manusia seperti tindakan nekad untuk
mengakhiri kehidupan (auzubillahiminzalik).
Raliti kehidupan ujian, musibah, dugaan dan
cabaran akan mendatangi diri setiap manusia tidak kira waktu dan tempat. Ia
akan datang pada sesiapa sahaja. Tidak kiralah samada dia raja, sultan,
menteri, orang kaya, orang miskin, orang dewasa, remaja ataupun kanak-kanak.
Semuanya akan diuji.
Kesusahan itu ujian. Kesenangan pun
ujian. Pandai itu ujian. Kurang pandai pun ujian. Cantik itu ujian. Hodoh pun
ujian. Ada sesiapa yang nak kata bahawa dia tidak pernah di uji?.
ALLAH SWT berfirman;
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati.
Kami akan menguji kita dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya).
Dan hanya kepada Kamilah kita dikembalikan." (QS Al-Anbiyaa': 35)
Memang dunia ini adalah medan ujian…kehidupan ini adalah medan perjuangan…ALLAH SWT berfirman;
“Maha suci Allah yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan
Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menjadikan mati dan hidup,supaya Dia
menguji kita, siapa di antara kita yang lebih baik amalnya. dan Dia Maha
Perkasa lagi Maha Pengampun"
(QS Al-Mulk : 1-2)
Namun begitu, ada yang tidak mampu
menghadapi ujian yang diberikan malahan mempertikai serta tidak redha akan
ketentuan-NYA.
Jadi, apakah perkara yang perlu dilakukan jika musibah atau ujian tersebut menimpa diri kita??
Di sini ingin dikongsikan beberapa renungan khas untuk mereka yang sedang ditimpa musibah, sudah ditimpa musibah atau mereka yang akan ditimpa musibah. Semua itu datangnya dari ALLAH SWT.
Ingatlah bahawa ALLAH SWT sayang dan kasih akan kita bila diberi ujian atau musibah. Kerana kebiasannya apabila di timpa musibah kita akan mengadap-Nya dengan berdoa supaya di hilangkan segala musibah dan kesusahan yang di alami.
Berikut
adalah 10 perkara yang perlu direnungkan oleh anda jika anda ditimpa musibah
atau ujian :
Pertama: Yakinlah
bahawa ada insan lain juga yang turut diuji. Ada yang diuji dengan kemiskinan. Ada
yang diuji dengan harta, jawatan, dan kekuasaan. Ada yang diuji dengan isteri
yang berakhlak buruk. Ada wanita yang diuji dengan suami jahat. Ada wanita yang
diuji dengan mertua jahat. Ada yang diuji dengan ibunya sendiri dan terlalu
banyak jenis ujian yang menimpa diri manusia. Maka sebagaimana manusia-manusia
yang lain ditimpa musibah/ujian yang beraneka ragam. Begitu jugalah ujian/musibah
yang akan menimpa diri kita. Oleh itu perlulah kita bersabar apabila ditimpa
musibah dan banyak bertaubat kepada Allah jika sebelumnya kita lalai dan banyak
melakukan maksiat dan melangari segala perintah Allah.
Kedua: Sabarlah dengan ujian yang sedang kita hadapi. Alhamdulillah kita masih mampu memikulnya. Boleh jadi jika kita diuji dengan ujian yang lain maka kita tidak akan mampu menghadapinya. Yakinlah bahawa tidaklah ALLAH menguji akan hambanya kecuali dengan ujian yang mampu dihadapi olehnya.
Ketiga: Terkadang syaitan membisikkan kepada kita bahawa ujian yang kita hadapi sangatlah berat dan tidak mungkin untuk kita pikul. Maka ingatlah bahawa saat ini masih terlalu banyak orang yang diuji dengan ujian yang jauh lebih berat dengan ujian yang sedang kita hadapi.
Keempat: Bukankah ujian jika dihadapi dengan kesabaran maka akan menghapus dosa-dosa dan meninggikan darjat??
Kelima: Bahkan boleh jadi ALLAH mengkehendaki kita untuk meraih sebuah tempat yang tinggi di syurga yang tidak mungkin kita perolehi dengan hanya sekadar amalan-amalan soleh kita.
Keenam: Ingatlah… dengan ujian terkadang kita baru sadar bahwasanya kita ini sangatlah lemah dan selalu memerlukan kepada pertolongan Allah Yang Maha Kuasa. Terkadang kita baru mengenal yang namanya khusyu' dalam sholat…kita baru dapat merasakan kerendahan yang disertai deraian air mata…kita baru dapat merasakan nikmatnya ibadah…tatkala ujian datang…tatkala musibah menerpa.
Ketujuh: Ingatlah, dengan ujian atau musibah yang menimpa kita terkadang menghilangkan sifat ujub pada diri kita. Kerana tatkala kita rajin beribadah dan selalu mendapatkan kenikmatan terkadang timbul ujub dalam diri kita dengan merasa bahawa diri kita hebat dan selalu beruntung. Jangan sampai kita tersalah persepsi dengan menganggap tanda kecintaan ALLAH kepada seorang hamba adalah tidak ditimpanya hamba tersebut dengan musibah.
Kelapan: Bersangka baiklah kepada ALLAH, yakinlah bahawa disebalik ujian dan musibah yang menimpa kita ada kebaikan dan hikmah. Justeru itu, jika ujian tersebut tidak datang dan jika musibah tersebut tidak menimpa kita maka akan lebih buruk keadaan kita,

ALLAH SWT berfirman :
"Dan
boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kamu." (QS Al-Baqarah : 216)
Kesembilan: Bahkan boleh jadi musibah atau ujian yang kita benci tersebut akan mendatangkan banyak kebaikan. ALLAH SWT berfirman:
"Maka mungkin
kamu membenci sesuatu padahal ALLAH menjadikan padanya kebaikan yang
banyak." (QS An-Nisaa : 19)
Kesepuluh: Ingatlah bahawasanya tidak ada istilah istirehat sepenuhnya dan kegembiraan sepenuhnya kecuali di akhirat kelak. Selama kita masih hidup di dunia ini maka persiapkanlah diri kita dengan ujian yang akan mendatang. Bersabarlah demi meraih ketenteraman dan kebahagiaan abadi di syurga nanti.
Kesimpulan dapat dirumuskan bahawa ujian dan misibah adalah
perkara lumrah dalam kehidupan di dunia ini, setiap manusia yang hidup akan
menghadapi ujian dari masa ke semasa. Oleh itu kita berlulah menerima hakikat
ini. Apa yang perlu di lakukan oleh kita apabila di beri ujian oleh Allah ialah
dengan mendekati-Nya. Beribadahlah kepadanya dan berdoa saban masa dengan
meharapakan bahawa Allah akan memberi jalan penyelesaian yang terbaik untuk
kita mengatasi ujian itu. Bila kita telah pasrah dengan ujian Allah dengan sabar dan mengambil
tindakan memperbaiki ibadat kita kepada Allah supaya lebih baik lagi,
InsyaAllah akan tiba masayanya kita akan diberi kebahagian dan kenikmatan iman
yang tidak ternilai oleh kita.
Wallahualam.
Sumber: blogger
0 comments:
Post a Comment