BAGAIMANA MENGEKALKAN
HUBUNGAN BAIK KEJIRANAN
KEMAKMURAN sesebuah negara amat
bergantung kepada sejauh mana kemantapan dan keutuhan hubungan dalam setiap
lapisan masyarakatnya.
Hubungan yang erat antara sesama
anggota masyarakat merupakan antara ciri-ciri masyarakat yang berkualiti, iaitu
sebuah masyarakat yang bukan sahaja berjaya mewujudkan suasana harmoni dan aman
sesama mereka, bahkan menjadi aset paling penting kepada negara.
Menyedari hakikat inilah maka Islam
awal-awal lagi telah menekankan betapa pentingnya menjalinkan hubungan yang
erat di kalangan masyarakatnya.
Suruhan tersebut tidak hanya terhad
kepada sesama masyarakat Islam sahaja, malahan melepasi batas agama, bangsa,
keturunan, warna kulit, bahasa dan sebagainya.
Mengapa kita perlu berjiran? Islam
amat menitikberatkan hubungan kejiranan kerana ia adalah salah satu daripada
cara hidup Islam.
Dalam konteks kejiranan, umat Islam
berkewajipan mengekalkan hubungan baik dan mesra sesama mereka.
Ini kerana, ia memainkan peranan
yang amat penting dalam menjana satu kehidupan setempat yang aman dan harmoni
yang boleh memberi kemudahan, kelapangan dan jalan keluar bagi satu-satu
kesulitan atau masalah.
Tuntutan supaya menjalinkan hubungan
baik sesama jiran dijelaskan dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud: ``Dan
hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak
yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh,
orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki.'' (An-Nisa : 36)
Bagi memantapkan hubungan kejiranan
dalam masyarakat, maka semestinya terlebih dahulu kita menyedari keperluan dan
kelebihan hidup berjiran. Di antaranya:
1. Bantuan ketika kecemasan
Jiran adalah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita. Segala perkara yang berlaku ke atas diri kita, ahli keluarga, harta benda dan sebagainya terlebih dahulu diketahui oleh jiran.
Jiran adalah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita. Segala perkara yang berlaku ke atas diri kita, ahli keluarga, harta benda dan sebagainya terlebih dahulu diketahui oleh jiran.
Justeru, jiran adalah orang yang
paling dekat untuk memohon pertolongan pada saat kita ditimpa bencana atau
musibah seperti kebakaran, kecurian, kemalangan, kematian dan lain-lain.
Alangkah beruntungnya mereka yang
mempunyai jiran yang sedia menolong pada bila-bila masa.
Pertolongan seperti inilah yang amat
diperlukan pada masa kecemasan, sementara menunggu bantuan pihak-pihak berwajib
atau sanak saudara.
\
Hanya jalinan dan kemesraan yang
kuat antara jiran akan dapat melahirkan suasana seperti ini.
2. Menambah kenalan
Mempunyai jiran yang berbeza latar belakang seperti pekerjaan, pendidikan, agama, bangsa, keturunan, budaya, adat resam dan sebagainya akan menambahkan lagi pengetahuan dan kenalan kita. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: ``Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenali.'' (Al-Hujurat : 13)

Mempunyai kenalan yang ramai dan
rapat lebih-lebih lagi hidup berjiran banyak memberi manfaat kepada kita. Di
antaranya mendapat tunjuk ajar dan nasihat dalam sesuatu bidang ilmu atau
kepakaran lain yang dimiliki oleh jiran kita.
3. Menjamin keselamatan setempat
Jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan kawasan setempat daripada sebarang ancaman kecurian, pecah rumah, penyalahgunaan dadah, penculikan, samseng dan sebagainya.
Jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan kawasan setempat daripada sebarang ancaman kecurian, pecah rumah, penyalahgunaan dadah, penculikan, samseng dan sebagainya.
Ini dapat dilakukan sama ada melalui
Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan Kawasan atau kempen-kempen kesedaran.
Budaya bantu membantu seperti inilah yang sangat dikehendaki oleh Islam seperti
firman Allah s.w.t. yang bermaksud: ``Bertolong-tolonglah kamu dalam
(mengerjakan) kebajikan dan ketakwaan dan janganlah tolong-menolong dalam
berbuat dosa dan pelanggaran.'' (Al-Maidah : 2)
4. Menjaga keharmonian masyarakat
Segala perkara yang mencemar keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan semangat kerjasama, prihatin dan kesatuan sesama jiran.
Segala perkara yang mencemar keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan semangat kerjasama, prihatin dan kesatuan sesama jiran.
Gejala-gejala sosial seperti
khalwat, penderaan kanak-kanak, dan banyak lagi kes-kes jenayah dapat dibendung
jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak
berkuasa.
Adakah kita perlu menunggu sehingga
gejala tersebut menimpa ke atas ahli keluarga kita, barulah kita hendak
memperkukuhkan hubungan sesama jiran?
Bukankah elok dan bijak sekiranya
kita beringat sebelum terjadi, bak kata pepatah Melayu `sediakan payung sebelum
hujan'.
Oleh itu, membina ikatan yang kuat
sesama jiran adalah syarat utama bagi menjamin keharmonian masyarakat dan
kawasan yang kita diami.
5. Menjaga kebajikan penduduk
setempat
Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain, sudah semestinya dapat menjana satu program atau aktiviti yang menyumbang kepada kebajikan masyarakat setempat.
Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain, sudah semestinya dapat menjana satu program atau aktiviti yang menyumbang kepada kebajikan masyarakat setempat.
Pelbagai jawatankuasa boleh
diwujudkan seperti jawatankuasa kemajuan pembelajaran anak-anak, jawatankuasa
pembangunan insan dan lain-lain bagi tujuan menganjurkan aktiviti-aktiviti
berfaedah seperti kem motivasi, program jati diri dan sebagainya.
Kesemuanya ini menjadikan kebajikan
masyarakat setempat sama ada anak-anak, para remaja, ibu bapa dan sebagainya
sentiasa terjamin dan terpelihara.
Sudah semestinya, rahsia kejayaan
program ini terletak kepada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama
jiran sebagaimana yang dinyatakan di dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
``Dan urusan mereka dijalankan secara bermusyawarah sesama mereka.'' (Al-Syura
: 38)
6. Memupuk perpaduan
Perpaduan antara kaum adalah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara kita. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam aman dan damai.
Perpaduan antara kaum adalah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara kita. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam aman dan damai.
Bagi mempastikan perpaduan dan
kemakmuran ini kekal, ia perlu dimulai dengan hubungan baik sesama jiran. Jiran
yang baik adalah jiran yang berjaya memupuk semangat toleransi, percaya
mempercayai dan perkongsian bijak antara mereka.
Sekiranya ini diabaikan, maka
lambat-laun ia akan mencetuskan bibit-bibit permusuhan dan perkauman yang
akhirnya merebak kepada huru-hara, perpecahan dan perbalahan.
Maka kesimpulannya, jelaslah kepada
kita bahawa betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam menentukan
kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara.
Impian mempunyai jiran yang baik
tidak akan terlaksana sekiranya kita sendiri belum menjadi seorang jiran yang
baik terlebih dahulu.
Kehidupan yang mendapat keberkatan
daripada Allah s.w.t. juga adalah kehidupan yang sentiasa dikelilingi dengan
kebaikan dan kesejahteraan serta jauh daripada anasir kerosakan dan kebinasaan.
SUMBER: JAKIM:
AHMAD TARMIZI ZAKARIA - Pensyarah Kolej Industri Pendidikan Negeri
Selangor (Kolej INPENS), Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
0 comments:
Post a Comment