KEMURKAAN ALLAH: APAKAH TANDA-TANDANYA?
Allah telah mencipita setiap benda
dan perkara di dunia ini secara berpasangan. Lelaki dan perempuan, senang dan
susah, kaya dan miskin, gembira dan dukatacita, suka dan duka , hidup dan mati.
Semua ini ada hikmah-Nya supaya manusia berfikir dan Allah memperlihatkan
keagungan dan kekusasaan-Nya.
Dalam mengatur kehidupan semua
manusia ingankan kehidupan yang senang, kaya raya dan sentiasa sihat serta aman
sejahtera. Tetapi hakikat kehidupan sebagaimana di tentukan oleh sunahtullah
bahawa dalam menempuhi kehidupan itu, semua orang akan menghadapi suasana suka
dan duka, senang dan susah yang silih berganti dari masa ke semasa. Cuma berbezanya
ada yang memerolehi nikmat kaya dan
segang tu dalam tempoh yang lama dan menghadapi kesusuan dan penderitaan hanya
masa yang singkat sahaja. Begitulah sebaliknya ada yang hampir sepanjang masa
kehidupannya dalam keadaan susah dan penderitaan dalam tempoh yang lebih lama.
Apabila manusia memperlohi
keseronokan seperti kekayaan dia akan mengatakan bahawa itu semua adalah kerana
usahnya sendiri, dan apabila di timpa musibah dia akan mempersalahkan Allah dan
dikatakan ianya telah dibenci Allah. Adakah sikap sebegini betul?
Imam Al Ghazali berkata,"
Tidaklah orang yang takut itu orang yang menangis dan menyapu dua matanya,
tetapi adalah orang yang meninggalkan apa yang ia takuti kerana akan mendapat
kemurkaan dan siksaan Allah akibat perbuatan itu."
Setelah Allah ciptakan manusia,
diberi akal dan fikiran agar dapat membezakan mana yang baik dan mana yang
buruk. Kemudian Allah kirim pula petunjuk-Nya melalui perantaraan para nabi dan
rasul, berserta diturunkan kitab-kitab panduan. Lantas, memang wajarlah Allah
murka dan marah kepada manusia yang diberi nikmat tersebut ( akal dan
petunjuk), masih juga engkar, berbuat kejahatan, kerosakan, lebih dahsyat lagi
mahu mencabar Allah dengan ‘kuasa’ yang sedikit yang Allah pinjamkan padanya.
Bukankah Allah itu sangat berhak ke
atas kita? Seorang saintis yang mencipta sebuah robot misalnya, tentu akan
merasa marah dan kesal sekiranya robot yang diciptakannya itu mahu mengambil
peluang merosakkan tuannya sendiri.
Antara murka Allah dan murka manusia
tidak sama. Malah terlalu jauh bezanya. Murka manusia hanya berlaku setakat di
dunia ini. Manakala murka Allah berlaku di dunia dan seterusnya di Akhirat,
sekiranya yang berbuat kejahatan itu tidak bertaubat, hukuman Allah menantinya
di Neraka.
Hukuman yang dijatuhkan oleh manusia
hasil kemarahannya tentulah terlalu kecil berbanding dengan hukuman akibat
kemurkaan Allah. Sehebat mana marah dan murka raja atau ketua negara di atas
muka bumi ini, walaupun dia mampu mencetuskan peperangan dunia hasil
kemarahannya, tidak akan sama dengan murka Allah. Allah itu Raja segala raja.
Jauh lebih gagah dan hebat daripada segala raja atau ketua negara manapun di
atas muka bumi ini.
Allah boleh hancurkan dunia ini
bila-bila masa kalau dikehendaki-Nya dengan hanya “Kun” (Jadilah!). Allah mampu
menghapuskan raja-raja yang sangat gila kuasa di atas muka bumi ini dengan
sekelip mata. Azab-Nya di Neraka, tidak akan dapat digambarkan oleh fikiran
kita. Api Neraka telah dinyalakan beribu tahun dahulu sementara menunggu
manusia derhaka untuk menjadi bahan ‘makanannya’.
Manusia biasanya akan marah bila
kepentingan dirinya tergugat, atau marah bila berlakunya sesuatu yang tidak
sesuai dengan kehendaknya. Namun amat kurang manusia yang marah kerana mahu
berlaku adil, atau pun yang boleh berlaku adil dalam memberi hukuman hasil
daripada kemarahannya. Kalaupun ada, terlalu sedikit.
Tetapi Allah, Tuhan kita tidak
begitu. Allah tidak pernah mengambil faedah daripada ketaatan ataupun
kederhakaan kita terhadap suruhan-Nya. Sekiranya kita taatkan Allah pun tiada
keuntungan di sisi Allah, dan sekiranya kita menderhakai-Nya pun tidak akan memudharatkan-Nya.
Apabila Allah marah, pada hakikatnya faedah dan kebaikannya adalah untuk diri
kita. Kerana Allah mahu hidup kita sentiasa selamat dan sejahtera di muka
bumi-Nya.
Hukuman Allah juga setimpal dengan
kejahatan yang dilakukan oleh hamba-Nya yang berdosa. Beratnya hukuman yang
menimpa manusia pada timbangan Allah memang sesuai dengan apa yang mampu
ditanggung oleh manusia itu untuk dia sedar kembali akan kesalahan dan dosanya.
Cuma bagi manusia yang hatinya sudah tertutup, seksaan yang amat berat
telah dijanjikan untuk mereka.
Tanda-tanda kemurkaan Allah yang
ditunjukkan dalam berbagai bentuk. Antaranya:
TANDA-TANDA YANG TERCATIT DALAM AL
QURAN
Di antara bencana-bencana yang
dicatatkan di dalam Al Quran adalah sebagai peringatan untuk manusia atas
kemurkaan Allah kepada mereka yang melampaui batas kederhakaan dan
kekafirannya:
* Banjir besar di zaman Nabi
Nuh a.s. yang tingginya melampaui puncak-puncak bukit dan gunung. Tiada seorang
pun manusia yang selamat, melainkan mereka yang berserta Nabi Nuh yakni hanya
seramai 80 orang di dalam sebuah bahtera. ( Surah Nuh: 1-28 & Surah Al
Mukminun:23-30 )
* Bencana besar Allah timpakan
ke atas bangsa Tsamud, suatu bangsa yang makmur kehidupan-nya tetapi menyanggah
ajaran Allah dan berpakat membunuh Nabi Salleh a.s. Letusan gunung berapi yang
hebat menjadikan mereka hancur-lebur, lenyap menjadi abu dalam waktu sedetik. (
Surah Al Haqqah: 4-5, An Naml: 45-54)
* Gempa bumi yang dahsyat
sehingga bumi pecah, retak dan terbalik diiringi dengan hujan batu dan lumpur
yang panas ke atas kaum Nabi Luth a.s. yang melakukan kekafiran dan perbuatan
homoseksual. ( Surah Al A’raf:80-84, An Naml:54-59)
* Bom batu berapi yang
digugurkan oleh burung-burung, ditimpakan ke atas tentera Abrahah yang cuba
menyerang dan menghancurkan Kaabah. Kesannya lebih mengerikan daripada bom atom
dan nuklear, diibaratkan hancurnya sebagai daun-daun yang dimakan ulat. ( Surah
Al Fiil:1-4)
Begitulah hebatnya gambaran murka
Allah terhadap kaum-kaum yang terlalu menderhakai-Nya. Adakah sesuatu kekuatan
saintifik ataupun teknik canggih yang dapat menghalang bencana Allah?
Jawapannya tiada. Cara menghalang
dan menghindarkan berlakunya bencana tersebut hanyalah dengan menghentikan
segala kejahatan dan kekufuran serta bertaubat kepada Allah SWT.
KEMURKAAN TERHADAP INDIVIDU
Tanda kemurkaan Allah terhadap
individu-individu yang derhaka adalah melalui ujian dan bala. Kemalangan,
kebakaran, kehilangan harta, rumahtangga porak peranda dan bercerai berai,
hidup gelisah, jiwa tiada ketenangan. Semuanya Allah timpakan setimpal dengan
dosa yang dilakukan cukup untuk membuat manusia itu sedar akan
kesalahan-kesalahan dan dosa-dosanya.
ISTIDRAJ
Allah juga boleh menunjukkan tanda
kemurkaan-Nya kepada hamba-Nya yang berdosa secara memberi nikmat-nikmat yang
berlebihan, dipanggil istidraj. Mereka ini adalah orang-orang yang kufur dan
sangat degil hati-hati mereka. Lantas Allah tambahkan nikmat ke atas mereka
secara murka dan benci, agar mereka bertambah lalai. Semakin bertambah
kekufuran dan kejahatannya, nikmat yang Allah curahkan padanya semakin banyak.
Mereka semakin jauh dari Allah, hingga akhirnya mati dalam kekufuran,
ganjarannya dihumbankan ke Neraka Jahanam.
Fitrah semuala jadi manusia apabila
dimarahi serta diancam, akan timbullah di dalam hatinya perasaan takut dan
gerun terhadap kuasa yang memarahinya. Para anbiya, auliya, Sahabat dan
salafussoleh dahulu adalah orang-orang yang amat takut akan kemurkaan Allah.
Sayidina Abu Bakar r.a oleh kerana
terlalu takutnya kepada Allah, ketika mengangkat takbir solat, terbakar hatinya
sehingga bau hangus hatinya dapat dihidu oleh Sahabat-Sahabat lain.
Sayidina Uma r.a. pernah jatuh sakit hingga sebulan, apabila mendengar
ayat-ayat tentang siksaan dan kemurkaan Allah.
Seorang pemuda Ansar, ketika
mendapat gambaran tentang Neraka, dia jatuh pengsan dan terus mati. Rasulullah
SAW berkata bahawa takutnya pemuda itu kepada Neraka telah menghancurkan
jantungnya.
Imam Al Ghazali berkata,” Tidaklah
orang yang takut itu orang yang menangis dan menyapu dua matanya, tetapi adalah
orang yang meninggalkan apa yang ia takuti kerana akan mendapat kemurkaan dan
siksaan Allah akibat perbuatan itu.”
Dapatlah disimpulkan bahawa bencana-bencana dan ujian-ujian yang menimpa akibat kemurkaan Allah adalah umpama ‘rotan’ daripada Allah. Kepedihan dan kesakitan yang terhasil akibat pukulan ‘rotan’ itu adalah ibarat perasaan takut yang tercetus daripada merasai kemurkaan Allah. Kepedihan dan takut itulah yang menjadi benteng dalam diri kita agar mencegah anggota badan daripada perbuatan maksiat serta mendorong kita ke arah melakukan amalan taat.
Mereka yang benar-benar
takutkan kemurkaan Allah adalah orang yang hidup dan mati mereka akan
semata-mata untuk mengejar keredhaan Allah. Mereka berjuang ke tengah
masyarakat dengan gagah berani bagaikan singa, mereka tidak takut kepada yang
lain selain Allah. Allah sahaja yang menjadi matlamat mereka. Segala halangan
dan rintangan dapat mereka lalui dengan mudah. Merekalah orang-orang yang telah
memperoleh roh mentauhidkan Allah.
Oleh itu marilah kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah
dengan melakukan segala yang disuruh oleh-Nya dan meninggalkan apa yang
dilarang oleh-Nya. Jika inilah cara hidup kita saban hari di dunia ini
mudah-mudahan kita akan dapat menenpuh segala ujian Allah dengan sabar dan tabah.
Sessungguhnya azab Allah di akhirat kelak lebih pedih dan dalam tempoh yang
amat lama.
Sumber:
tanyalah ustaz
0 comments:
Post a Comment