Tindakan
yang perlu di ambil apabila isteri dipukul suami
Kehidudpan berumahtangga sememangnya
mempunyai cabaran suka duka. Saat manis semasa berbulan madu adalah
satu-satunya ketika yang paling bahagia dan menyeronokan dalam kehikduapn suami
isteri. Sungguhpun begitu dalam realiti kehidupan sememangnya ada pasang surut
bak air di lautan biru. Disangaka panas sampi ke petang rupa-rupanya hujan di
tengah hari.
Itulah hakikat kehiduapan suami isteri.
Suami merupakan ketua keluarga yang di
amnahkan untukl mengemudi rumahtangga dalam kehidupan yang penuh cabaran. Oleh
itu suami hendaklah mempunyai ilmu dan pandai mengemudi kapal rumahtangga supaya
ianya tidak di lambung ombak dan karam di tengah jalan. Walaubagaiman pun kita
pasti akan hadapi dimana ada masa dan ketikanya suami dan isteri akan berlaku
perselisihan faman dan pertengkaran. Kadangkala ianya menyebabkan berlaku
tindakan suamai memukul isteri ianya tidak dapat mengawal perasaan amarahnya
dan juga dipengaruhi oleh syaitan latnatullah menyebabkan suami tidak lagi
bersabar dengan kerenah isterinya dan memngambi tindakan memukul isterinya.
Apabila seseorang isteri dipukul oleh
suaminya maka hendaklah dia melakukan perkara-perkara berikut :
1. Beristigfar dan bersabar:
1. Beristigfar dan bersabar:
Ketika mula-mula dipukul tanpa
menyebutkan perkataan yang buruk seperti mencaci, memaki dan mengikut emosi.
Ini berdasarkan hadis Rasulullah salallahualaihiwassalam yang bermaksud:
"Sesungguhnya sabar itu adalah pada waktu pukulan yang pertama. " [Hadith Riwayat Muslim]
"Sesungguhnya sabar itu adalah pada waktu pukulan yang pertama. " [Hadith Riwayat Muslim]
Maksudnya ialah kesabaran itu bermula
pada saat-saat pertama kali ditimpa musibah. Diriwayatkan juga bahawa Umar
al-Khattab RA pernah berkata ;
“Kami mendapati kebaikan pada hidup kami datang dari sifat sabar.” [al-zuhd wa al-raqaiq]
“Kami mendapati kebaikan pada hidup kami datang dari sifat sabar.” [al-zuhd wa al-raqaiq]
Beristigfar yang perlu dilakukan oleh
isteri adalah bertujuan meredakan sausana kemarahan suami disebabkan oleh
tindakan isteri yang menimbulkan kemarahannya. Dengan beristigfar isteri akan
memikirkan kenapa ianya di pukul, apa salah yang dilakukan olehnya sebelum ini
membuatkan suaminya amat marah sehingga sanggup memukulnya. Perlu di ingat
bahawa suami pada lazimnya amat menyayangi isteri, kerana isteri adalah wanita pilihannya
semasa ianya membuat keputusan untuk berkahwin dahulu. Bila di buat hisbah diri
sebegini kita dapat mencari punca kemahran suami dan jika isteri telah
menyedari bahawa perbuatakan salah yang dilakukan itu menyebabkan suaminya
marah, maka ia hendaklah meminta maaf dan berjanji tidak akan melakukan lagi
keselahan serupan di masa-masa hadapan.
2. Mengucapkan
kalimah istirja' iaitu ucapan ;
“Innalillahwainnaillahir rajiun”.
“Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita akan kembali.”
Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan: ‘Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.’ Mereka itulah orang yang mendapat keberkahan yang sempurna dan rahmat dari Rabb mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”[Al-Baqarah: 155-157]

Dengan mengucapkan kalimah istij’ra
jiwa kita akan tenang dan akan timbul perasaan sabar terhadap musibah yang di
hadapi. Bila kita dalam keadaan sabar dengan itu kita dapat mengawal perasaan
marah dan secara tidak langsung akan dapat mengawal tindakan kita untuk tidak
terus melawan terhadap suami yang sedang dalam kemarahan itu.
3. Tidak bertindak terburu-buru:
Bertenang dan melakukan muhasabah diri
adalah satu tindakan yang patut isteri lakukan. Dengan itu kita akan dapat
mengawal perasaan amarah kita. Tindakan ini juga dapat meredakan suasana dan
haru di ingat suami yang sedang marah bila kita melawan ia akan menjadi
bertambah marah, sebaliknya jika isteri berdiam diri kemarahannya akan reda dan
apabila ianya telah dapat mengawal
perasaan amarahnya, akan timbul perasaan menyesal di atas keterlanjurannya
memukul isteri. Kebiasaanya suami akan datang kepada isteri akan memohon maaf.
Jika sitausi sebegini berlaku maka hubungan suami isteri akan kembali baik.
Diriwayatkan ada hadis menyebut dengan maksudnya:
“Ketenangan itu dari Allah dan tergesa-gesa itu dari syaitan” [Riwayat Abu Ya'la dan Al-Baihaqi, dhaif]
Hendaklah seorang isteri itu melakukan muhasabah seperti kenapa dia dipukul? Apakah kesalahannya dan mengapa suami memukul dirinya? Perlu bezakan keadaan antara diri tidak bersalah lalu dipukul tanpa sebab dengan keadaan diri bersalah tetapi suami tidak sepatutnya memukul kerana pelbagai sebab.
Jika ada kesalahan, perbaiki dahulu diri kita sebelum mempertikaikan tindakan suami yang melampaui batas memukul isteri. Utamakan pembaikan sebelum terjun dalam pertengkaran yang berlanjutan. Ingatalah bahwa kita mengambil masa yang lama untuk membina sebuah mahligai rumah tangga. Sebaliknya ia akan runtuh dalam seketika sahaja jika kita bertindak terburu-buru.

4. Rahsiakan Aib Rumahtangga:
Jangan menceritakan atau menyebarkan
aib rumahtangga kepada orang lain sekalipun kepada ibubapa, kawan atau
saudara-mara.
Apa yang berlaku dalam rumahtangga ialah amanah dan aib yang tidak perlu dibuka kepada orang lain kecuali kepada seseorang yang alim yang ingin diminta fatwa atau mereka yang amanah dan bertaqwa untuk diminta nasihat serta hakim dan pihak berkuasa yang mahu menjalankan kewajipan hukum syariah. Banyak perceraian berlaku bukan kerana 'suami pukul isteri' tetapi kerana cerita suami pukul isteri tersebar, wujud campur tangan keluarga mertua, sentimen dan emosi yang mengakibatkan JALAN DAMAI TERTUTUP. Suami juga ditimpa fitnah dan wujud perasaan malu yang teramat sangat dengan itu mengambil kepusutan untuk bercerai dengan isterinya.
Bukan semua orang boleh diceritakan masalah. Apatah lagi dalam laman social sperti FB atau di forum-forum terbuka.
Diriwayatkan Khalifah Umar Al-Khattab RA pernah berkata yang bermaksud:
'Dan janganlah kamu bermesyuarat tentang urusan kamu kecuali bersama-sama dengan orang yang takut kepada Allah Azza wa Jalla.' [Sifatus Sofwah, Ibn Al-Jauzi]

5. Membuat Keputusan Yang Tepat – Berdamai atau Berpisah:
Satu lagi tindakan yang perlu di ambil
adalah untuk menilai alternatif sama ada mahu berdamai atau berpisah. Perkara
ini perlu di fikir secara mendalam dan melihat kesan jangka pendek, jangka
sederhana dan jangka panjang.
Seorang isteri memiliki hak untuk
memilih apakah mahu meneruskan rumahtangganya dengan harapan ianya akan kembali
menjadi lebih baik atau mahu keluar daripada kongkongan suami yang pemarah
dengan meminta khulu atau fasakh di mahkamah syariah.
Setiap kes dan situasi tidak sama, jadi setiap orang perlu membuat keputusan dengan melakukan istikharah, pertimbangan buruk-baik dan kesan perceraian kepada diri sendiri, anak-anak dan masa depan.
Kata Imam Ibn Taimiyyah rahimahullah ;
“Tidak menyesal orang yang selalu istikharah kepada Sang Khaliq dan bermusyawarah kepada makhluk serta teguh dalam perkaranya’'

6. Menjaga adab dan akhlak:
Selepas berlaku perbuatan suami memukul
isteri dan isteri telah menghisbah dirinya dan mungkin kita dapat mengesan
sedikit sebanyak keslahan isteri ialah
tidak menjaga adab dan akhlak semasa berurusan dengan suami. Akibatnya berlaku
terkasar bahasa dan terlepas cakap sesuatu yang boleh menimbulkan kemaraha
suami.
Kehidupan ini adalah sementara, akhirat itu yang utama. Dan setiap musibah yang menimpa akan menjadi kaffarah dosa dan penghapus keburukan seseorang. Justeru adalah penting bagi seorang isteri yang dipukul untuk menjaga akhlak dan adab-adabnya tanpa memberontak dan mengikut emosi serta menunjukkan teladan dan contoh yang terbaik buat anak-anaknya.
Kebiasaan wanita apabila dipukul suami akan merajuk, namun isteri yang solehah akan memperbaiki dirinya dan bersabar serta melayani suaminya dengan baik sehingga suaminya itu akan merasa bersalah sendiri kerana perbuatan memukul isterinya yang baik itu.
Ini kerana orang yang bahagia dengan hasil hubungannya dengan Allah tak akan terancam dengan apa yang dilakukan oleh manusia kepada dirinya.
Kata Imam Ibn Taimiyyah rahimahullah yang maksudnya:
'Apa yang dapat diperbuat oleh musuhku kepada diriku? Sesungguhnya syurgaku dan tamanku ada di dalam dadaku. Ke mana aku pergi pun maka ia bersama denganku dan tidak berpisah denganku. Jika aku dipenjara maka ia menjadi tempat aku bersendiri dengan tuhanku dan jika mereka membunuhku maka aku beroleh syahid, dan jika mereka mengusirku keluar dari negeri maka ia adalah pelancongan bagiku.
Sebaliknya kata beliau lagi;
'Orang yang terpenjara atau terkurung itu ialah mereka yang hatinya terlindung dari tuhan-Nya. Dan orang yang tertawan itu ialah orang yang tunduk kepada hawa nafsunya.'
[Al-Waabil as-Sayyib min al-Kalim at-Tayyib, Ibn Qayyim]
7. Menjalinkan hubungan yang akrab dengan Allah,
Setelah kita di pukul oleh saumi pasti ada tindakan isteri
yang telah menyakiti hati suami. Dengan kata lain telah menderhaka kepada
suami. Oleh itu bertaubat dan sentiasa menjaga
ibadah dan perintah Allah.
Mana-mana wanita yang menjadi hamba Allah yang bertaqwa, maka mereka pasti akan dipelihara oleh Allah seperti Maryam dan Asiah yang dipelihara daripada kejahatan manusia pada zaman mereka.
Daripada Utsman bin ‘Affan RA mengatakan, ‘Saya mendengar Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda, ‘Barang siapa yang mengatakan:
“Dengan menyebut nama Allah yang dengan sebab nama-Nya tidak ada sesuatu pun di bumi maupun di langit yang dapat membahayakan (mendatangkan mudharat). Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui) sebanyak tiga kali, nescaya tidak akan ada sesuatu pun yang akan dapat memudharatkannya” [Riwayat Abu Daud dan al-Tirmidzi]
Sesungguhnya mereka yang zalim pasti tidak akan terlepas dan mereka yang tertindas dan teranaiya pasti akan dibalas dan dibela oleh Allah SWT.

Wahai para suami jangalah jadikan
tindakan memukul isteri itu sesuatu yang lumrah dalam kehidupan mu, kerana
ianya akan memberi kesan kepada isteri mu yang merupakan orang yang paling
penting dalam keluarga mu, dialah yang melahirkan anak-anak mu yang merupakan asset
yang amat penting kepada mu setelah kamu mati besok, anaklah satu-satunya insan yang dapat
mengurangkan azabmu di dalam kubur kerna doa anak yang soleh sahaja diantara
perbuatan yang dapat meringkan sekseaan semasa di dalam kubur.
Sumber :Ustaz
Emran
0 comments:
Post a Comment