Adakah anda simpan/memelihara
janggut?
Sebenarnya berjanggut ini juga
adalah salah satu sunnah nabi saw. Orang lelaki (Ar-rijaal) ni kalau disebut
sunnah nabi selalunya bab kahwin lebih dari satu yang akan terbayang dahulu.
Orang lelaki tempat lain maksud saya.. bukan yang baca posting saya ni
Oleh kerana ianya sunnah nabi, jika
kita ikuti dengan niat mengikut sunnah nabi yang kita cintai, maka sesungguhnya
kita akan mendapat pahala, insyaAllah. Macam saya ni, untuk ikuti sunnah yang
berat-berat mungkin saya tidak mampu lagi. Ikut sunnah kahwin lebih pun
saya tak mampu. Jadi saya ambil keputusan untuk ikut sunnah yang ringan seperti
ini dahulu.
Berjanggut sebenarnya bukanlah
bermaksud mesti menyimpan janggut tanpa dijaga. Janggut jika kena caranya,
dijaga, dan dirapi akan menambahkan seri pada kaum lelaki. Nampak macho sedikit
mungkin..
Ada beberapa hadith daripada
Rasulullah saw tentang memelihara janggut ini. Antaranya:
“Tipiskanlah misai kamu dan
peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)
“Janganlah kamu menyerupai
orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari
dan Muslim)
“Janganlah kamu meniru (menyerupai)
orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur)
janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith
Riwayat Muslim)
Hadith di atas menunjukkan bahawa
bukan sahaja Baginda Rasulullah SAW menyuruh kita agar berjanggut, tetapi
melarang kita dari menyerupai orang kafir iaitu dengan memelihara misai dan
mencukur janggut mereka.
Saya ada terbaca di sebuah laman web
yang mengatakan Rasulullah tidak pernah mencukur janggutnya.
Berjanggut ini walaupun pada
pandangan anda atau orang lain ianya nampak tidak cantik namun di sisi Allah
SWT ianya sudahpun kelihatan elok dan sempurna. Kalau tidak, masakan ada hadith
tentang janggut. Kata-kata Rasulullah kan daripada Allah. Yang paling penting
niat. Niatkan kerana Allah dan mengikut sunnah Rasulullah kekasih Allah.
Apabila niat itu betul nescaya anda
akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut. Walaupun pada pandangan
anda atau orang lain ianya nampak tidak cantik namun di sisi Allah SWT ianya
sudahpun kelihatan elok dan sempurna.
Wahai lelaki, berjanggutlah.
Cara Berjanggut (mengikut sunnah)
Cara Yang salah
0 comments:
Post a Comment