Setelah selesai menjadi ‘raja
sehari’, kini tibalah masanya kedua mempelai mula merancang kehidupan yang
bakal dilalui nanti untuk melayari alam rumahtangga hingga ke akhir hayat,
insyaallah. Dengan itu, suami isteri perlu membuat persediaan awal dari
aspek-aspek kesihatan kehidupan iaitu rohani, jasmani, jiwa dan raga.
Kedua-dua pasangan suami dan isteri
hendaklah merancang kehidupan rumahtangga dan melaksanakan dengan penuh
dedikasi dan tanggungjawab agar mendapat keredhaan Allah swt di dunia dan
akhirat nanti. Di antaranya yang boleh dijadikan panduan ialah seperti berikut
:
1. Mencari tempat tinggal yang
selesa.
Adalah menjadi tanggungjawab ketua keluarga iaitu suami menyediakan tempat tinggal yang selesa bagi kediaman isteri dan anak-anak. Ikutlah kepada kemampuan sendiri seperti pepatah Melayu mengatakan “ukur baju di badan sendiri”. Jangan ada perasaan nak menunjuk-nunjuk kepada orang lain dengan mengadakan rumah yang tersergam indah hingga sendiri yang merasa kepanasan bila tinggal di dalamnya nanti.
2. Menentukan sumber rezeki yang
halal bagi menanggung nafkah isteri dan anak-anak dan masa depan keluarga.
Ini amatlah penting sekali kerana setiap sumber pendapatan yang diperolehi akan kita beli barangan untuk dijadikan makan minum yang akan dicerna oleh tubuh badan menjadi darah daging bagi membina tenaga kehidupan jasmani sekeluarga. Bukanlah semata-mata makanan yang haram di makan atau diminum seperti khinzir atau arak, bahkan sumber pendapatan juga perlu halal tanpa melibatkan rasuah, penipuan, penganiayaan, pecah amanah dan sebagainya.Pendapatan daripada riba adalah haram kerana riba sendiri adalah haram. Sebagaimana yang disebut di dalam Al-Quran,
وإن تبتم فلكم رؤوس أموالكم لا تظلمون ولا تظلمون
“sekiranya kamu bertaubat, maka bagi kami jumlah prinsipal hutang, kamu tidak
menzalimi dan dizalimi”
3. Berbincang suami isteri tentang
perjalanan hidup berumahtangga dan rancangan pembangunan keluarga.
Setiap perkara atau masalah boleh dibawa berbincang bersama. Tidak perlu melepaskan emosi terhadap pasangan masing-masing. Kedua-dua pihak harus bertolak ansur dalam sebarang keputusan dan cuba elakkan dari pertengkaran berlaku. Jika boleh, hindari berbincang di hadapan anak-anak, keluaga kedua-dua belah pihak, kawan taulan atau jiran tetangga jika perkara yang dibincangkan tidak melibatkan mereka atau terlalu peribadi kepada anda berdua.
4. Mengenal pasti kerja-kerja dalam
rumahtangga dan cara melaksanakan mengikut bidang tugas suami atau isteri atau
tugas bersama.
Tolong menolong dan saling bantu membantu di dalam rumahtangga amat menyeronokkan. Amalan ini boleh dibuat secara rutin samada harian, seminggu sekali atau sebulan sekali sebagai aktiviti di rumah boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan. Contohnya, mengemas, membersih ruang tamu, berkebun atau mencantikkan laman dan sebagainya.
5. Mengatur waktu untuk bekerja dan
untuk melaksanakan tugas-tugas di rumah dan dalam masyarakat dan waktu untuk
bermesra.
Ini merupakan latihan yang perlu dibuat untuk diri sendiri, keluarga serta masyarakat bagi kesihatan kehidupan sosial.
6. Memikirkan cara-cara perhubungan
yang serasi dan harmoni antara suami isteri.
Jika ada peluang bercuti bersama suami atau isteri serta keluarga, ambillah kesempatan untuk bercuti ‘makan angin’ seperti melancong ke luar negara jika mampu atau banyak tempat yang boleh dikunjungi di dalam negara kita Malaysia. Bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak, pergilah meneroka bukit, gunung, hutan atau pulau yang amat menarik sekali. Di samping itu, bagi suami isteri yang telah lama berumahtangga, inilah masanya untuk berbulan madu kedua bagi anda.
7. Mengenal pasti perkara yang
digemari dan tidak digemari oleh suami atau isteri berlandaskan hukum Islam.
Suami atau isteri boleh menegur atau menasihati pasangan jika terdapat perkara yang tidak digemari dalam apa jua aspek kehidupan baik dari segi makan minum, tidur baring, beranak pinak dan termasuk melibatkan adat resam yang berlandaskan syariat. Suami atau isteri harus mengenal pasti perkara yang digemari oleh pasangan sebab ini dapat menjalinkan ikatan kasih sayang tidak kira dengan percakapan, perbuatan atau tingkahlaku yang dapat menyeronokkan hati mereka.
8. Membuat persediaan untuk
menghadapi kehadiran anak-anak dalam keluarga dan merancang masa hadapan
mereka.
Suami isteri haruslah bersedia dengan menyediakan kewangan yang mencukupi dan juga peralatan kerperluan bayi apabila didapi isteri telah mengandung dan telah hampir masa untuk berlasin. Isteri juta perlu melengkapkan diri untuk menjadi ibu yang berwibawa dan mampun menjaga anak serta mendidik mereka dengan sempurna untuk menjadi zuriat yang soleh dan solehah. Suami juga perlu menimba ilmu berkaitan dengan penjagaan bayi semasa dalam pantang. Suami yang bersedia dari segi ilmu dan mental untuk membantu penjagaan bayi semasa isteri dalam pantang akan memberikesan yang amat positif dalam jalinanan kasih sayang suami isteri dan anak-anak. Jika ekonomi anda stabil bolehlah merancang berapa ramai anak yang diinginkan !
Suami isteri haruslah bersedia dengan menyediakan kewangan yang mencukupi dan juga peralatan kerperluan bayi apabila didapi isteri telah mengandung dan telah hampir masa untuk berlasin. Isteri juta perlu melengkapkan diri untuk menjadi ibu yang berwibawa dan mampun menjaga anak serta mendidik mereka dengan sempurna untuk menjadi zuriat yang soleh dan solehah. Suami juga perlu menimba ilmu berkaitan dengan penjagaan bayi semasa dalam pantang. Suami yang bersedia dari segi ilmu dan mental untuk membantu penjagaan bayi semasa isteri dalam pantang akan memberikesan yang amat positif dalam jalinanan kasih sayang suami isteri dan anak-anak. Jika ekonomi anda stabil bolehlah merancang berapa ramai anak yang diinginkan !
9. Membina daya kreatif untuk
mengekalkan kemesraan, keharmonian dan keceriaan rumahtangga.
10.Meningkatkan kualiti keluarga
supaya tercapai hasrat “Rumahku Syurgaku.”
Sumber: zainura66
0 comments:
Post a Comment