10
Khasiat Buah Kurma Yang Perlu Anda Tahu
Kurma adalah
sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex
dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang
mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai
berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah
yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis.
Dikalangan
penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka,
malah dikalangan orang kita juga buah kurma sudah menjadi bahan makanan yang
digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak,
kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
10 Khasiat Buah Kurma
Yang Perlu Anda Tahu
1.
Buah Kurma dapat mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis ,
amalan memakan buah kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu
diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi
zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel
darah merah.Berdasarkan kajian Kaum Arab Badui, yang makan buah kurma secara
teratur, menunjukkan kadar pengidap penyakit kanser dan jantung yang sangat
rendah.
2.
Buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan
anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.
3.
Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar (buah
kurma) setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.
4.
Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi
khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang
sihat.
5.
Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran
Maksud
hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu
yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak
yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta
cerdas pemikirannya.”
“Melentur
buluh biar dari rebungnya.” Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam
kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah
yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah
kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur.
6.
Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran. Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a.
katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu
baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan
buah kurma.”
7.
Buah Kurma Makanan Yang Paling Sempurna.Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. : “Rumah
yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.”
8.
Melalui petua tertentu, buah kurma dimakan bersama badam dan madu untuk
menyembuhkan penyakit. Buah kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin.
Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar
selain dimakan segar, kering atau salai, buah kurma dibuang biji dan diganti
dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Buah kurma juga
dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
9.
Kandungan vitamin A dan C adalah amat tinggi apabila buah kurma di peringkat
Rotab atau khalal
10.
Buah Kurma kaya dengan serat yang dapat mencegah dari mendapat barah usus.
Walaupun
buah padang pasir itu sukar dibeli dinegara ini selain Ramadhan, orang ramai
khususnya umat Islam boleh menjadikan jus buah kurma yang dipasarkan sebagai
pilihan alternatif.Selain berbuka puasa, buah kurma juga harus menjadi makanan
pilihan umat Islam ketika bersahur seterusnya menjana tubuh sehingga waktu
berbuka. Banyak khasiat buah serta tumbuh-tumbuhan yang Allah jadikan yang masih
manusia tidak tahu .
Dengan
sebab itulah pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan
puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan buah kurma
wajar dijadikan amalan harian.
Sumber: Fuh.my
0 comments:
Post a Comment