air
mata seorang lelaki
Air mata seorang
lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita,
Maka hilanglah sifat pemimpinnya.
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita,
Maka hilanglah sifat pemimpinnya.
Air mata seorang
lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,
Maka hilanglah sifat redhanya.
Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,
Maka hilanglah sifat redhanya.
Air mata seorang
lelaki,
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,
Maka terbitlah sifat belas ehsannya.
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,
Maka terbitlah sifat belas ehsannya.
Air mata seorang
lelaki,
Andai mengalir kerana terluka,
Maka hilanglah sifat kekuatannya.
Andai mengalir kerana terluka,
Maka hilanglah sifat kekuatannya.
Air mata seorang
lelaki,
Andai mengalirnya kerana takutkan Allah S.W.T,
Maka bergembiralah,
Kerana air mata yang sedikit itu mampu,
Memadamkan api neraka kelak.
Andai mengalirnya kerana takutkan Allah S.W.T,
Maka bergembiralah,
Kerana air mata yang sedikit itu mampu,
Memadamkan api neraka kelak.
Rasulullah S.A.W
telah bersabda:
"Bahawa tidak akan masuk
neraka orang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T sehingga ada air susu
kembali ke tempat asalnya."
Dalam sebuah
kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan
didatangkan seorang hamba pada hari Kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan
kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.
Maka salah satu
daripada rambut-rambut matanya berkata:
"Wahai Tuhanku, Rasul
Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut
kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T mengharamkan matanya itu ke neraka dan
sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."
Akhirnya Allah S.W.T
mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai
rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril
A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan kerana sehelai rambut.
Dalam sebuah kitab
lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada
hari Kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan
suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi
berlutut kerana kesusahan menghadapinya.
Allah S.W.T berfirman
yang bermaksud:
"Kamu
lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya).
Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari
ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah
al-Jathiyah ayat 28)
Sebaik sahaja mereka
menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan
apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka
itu dapat didengar sejauh lima ratus tahun perjalanan.
Pada waktu itu, akan
berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan:
"Diriku, diriku
(selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan
berkata, "Umatku, umatku."
Beliau ialah
junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api
neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad S.A.W berusaha
menghalanginya dengan berkata:
"Wahai api! Demi hak
orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak
orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau
kembali."
Walaupun dikata demikian,
api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata,:
"Sesungguhnya api neraka
itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"
Kemudian Jibril
membawa semangkuk air dan Rasulullah S.A.W meraihnya. Berkata Jibril A.S.:
"Wahai Rasulullah, ambillah
air ini dan siramkanlah kepadanya."
Lalu Baginda
mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah
itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S:
"Wahai Jibril, apakah air
itu?"
Maka Jibril berkata:
"Itulah air mata orang
derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T.
Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan
pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T."
Telah bersabda
Rasulullah S.A.W:
" Ya Allah, anugerahilah
kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak
ditemunya air mata."
0 comments:
Post a Comment