1
Sentiasa bantu isteri melakukan kerja rumah.
Pernah saya diajukan
soalan bagaimana amalan membantu isteri membuat kerja rumah telah menjadi
tugasan rutin. Sebenarnya pada mulanya
saya melakukan perkara ini adalah kerana kesian melihat isteri yang ‘alahan’
semasa mengandung anak sulung kami. Kerana ditakdirkan kami berdua begitu subur
sekali, setelah berkahwin satu bulan isteri saya telah hamil dan sering pening dan muntah-muntah, tak
berselera nak makan.
“ Ayang tak payah masak
untuk abang, nanti abang boleh masak untuk kita, abang bimbang jika ayang
pening dan terjatuh di dapur nanti kandungan tu gugur” saya menasihati isteri.
“ Abang kan pandai
memasak, apa nak susahkan diri, yang penting kandungan anak sulung kita tu
perlu di jaga sebaiknya, ok sayang” Saya cuba meyakinkan isteri.
“ OK lah, saya menurut
perintah “Tuanku” .isteri berjenaka.
Pada mulanya timbul
perasaan kesihan yang amat sangat, saya sentiasa membantu kerja rumah seperti
menyiang ikan, membersih sayur, mengosak kain-baju, mencuci dapur, mencuci
halaman rumah. Memasak nasi dan lauk pauk untuk dimakan olih seisi keluarga
terutamanya pada hari cuti hujung minggu atau hari cuti umum. Rutin ini menjadi
satu tugas berterusan setelah mendapat anak kedua, ketiga ,dan seterunya hingga
anak ke tujuh. Malah hasrat awal hanya
untuk membantu isteri bagi meringankan kerja-kerja rumah, telah menjadi tugas
yang utama kepada saya setelah isteri menjadi lumpuh sebelah tubuh dan
berterusan sehingga kini.
Allah Maha Mengetahui,
Dia memberi pasangan saya dan isteri adalah yang terbaik, dan segala musibah
dan ujian yang kami terima adalah yang mempu di hadapai oleh kami. Buktinya Dia
menarik nikmat tangan isteri sebelah tubuh yang mengakibatkan susah untuk
lakukan kerja-kerja rumah terutama memasak kerana saya sememangnya tahu memasak
semenjak remaja lagi.
Allah
tidak akan membebankan manusia dengan dugaan yang diluar kemampuannya.
Sebagaimana firman-Nya “
لاَ يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ
وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَاۤ اِنْ نَّسِيْنَاۤ اَوْ اَخْطَاْنَاۚ
رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَاۤ اِصْرًا كَمَا حَمَلْتَه عَلَى الَّذِيْنَ
مِنْ قَبْلِنَاۚرَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِه ۚ
وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا اَنْتَ مَوْلٰنَا فَانصُرْنَا عَلَى
الْقَوْمِ الْكٰفِرِيْنَ
Artinya : “Allah tidak membebani seseorang
kecuali sesuai dengan batas kemampuannya. Baginya ganjaran untuk apa yang
diusahakannya, dan ia akan mendapat siksaan untuk apa yang diusahakannya. Dan
mereka berkata, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa
atau kami berbuat salah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau membebani kami
tanggung jawab seperti Engkau telah bebankan atas orang-orang sebelum kami. Ya
Tuhan kami janganlah Engkau membebani kami apa yang kami tidak kuat menanggungnya;
dan ma’afkanlah kami dan ampunilah kami serta kasihanilah kami kerana Engkaulah
Pelindung kami, maka tolonglah kami terhadap kaum kafir.” (Al
Baqarah : 287)
Dipermulaan ayat ini Allah swt telah berfiman dengan jelas bahwa : لاَ يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلاَّ وُسْعَهَا “Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan batas kemampuannya. Jadi Allah swt tidak membebani hamba-hamba-Nya diluar batas kekuatannya atau kemampuannya. Setiap orang diwajibkan untuk mengamalkannya sesuai kemampuan dan kekuatannya itu sehingga dia akan menerima ganjaran bila dilaksanakan atau dia akan mendapat hukuman jika tidak dilaksanakannya.
Dipermulaan ayat ini Allah swt telah berfiman dengan jelas bahwa : لاَ يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلاَّ وُسْعَهَا “Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan batas kemampuannya. Jadi Allah swt tidak membebani hamba-hamba-Nya diluar batas kekuatannya atau kemampuannya. Setiap orang diwajibkan untuk mengamalkannya sesuai kemampuan dan kekuatannya itu sehingga dia akan menerima ganjaran bila dilaksanakan atau dia akan mendapat hukuman jika tidak dilaksanakannya.
Mulai pada tarikh 2 Mac
2001 setelah isteri menjadi lumpuh, saya terpaksa melakukan kesemua aktiviti penjagaan
diri isterinya seperti, menyuapkan makan
dan minuman, mandi manda, mebersih diri semasa baung air kecil dan besar,
memakai pakaian, mengambil wudu dan
memakai kain telekung semasa hendak solat lima waktu.
“ Ayang kesian melihat
abang lakukan semua kerja rumah” isteri berbisik kepada saya dengan lenangan
air jernih keluar dari kelopak matanya. Saya hanya membisu sahaja sambil
memerhatikan isteri dengan penuh sedu.
“ Apa nak di risuakan,
abang boleh memasak, kerja-kerja lain tu bukannya susah sangat” saya cuba
mengubatI hati isteri yang sedih itu,
‘ ayang rasa bersalah
kerana tidak dapat melakukan itu semua seperti dulu”
“ tak usah dirisaukanlah
sayang, ini semua dah takdir Allah kepada kita” aku cuba memujuk isteri.
Isteri diam membisu sambil
mengesat air mata yang membasahi pipinya. Di benak hatiku terfikir bahawa ujian
Allah yang selalu menimpa diri saya dan keluarga adalah satu anugerah. Kerana
dengan adanya musibah dan dugaan seperti ini saya telah diuji degan kesusahan
dan penderitaan, dan dengan adanya episod yang menyayat hati ini, saya yang
berusaha sedaya upaya untuk membantu isteri yang sakit itu akan di beri
ganjaran pahala yang memberi manafaat yang tidak ternilai di akhirat kelak.
“ Isteri macam mana Nik
sekarang” tanya ustaz Ahmad mustaffa kepada saya .
“ Alhamdulillah,
sakitnya dah beransur baik, tapi saya terpaksa lakukan semua kerja-kerja rumah
kerana tangan dia masih tak boleh berfungsi” saya memberi maklumbalas.
“Subahnallah Nik, buat
semua kerja rumah dan jaga isteri, Masya Allah..” ustaz agak terperanjat.
“ Subahanallah, Nik
beruntung kerana dapat lakukan itu semua, itu adalah tiket ke syurga”.
Saya masih ingat
kata-kata ustaz itu sampai kini. Ianya sebagai satu-satunya kata semangat untuk
saya teruskan kerja-kerja rumah semampu yang mungkin. Lebih-lebih lagi pada
masa ini ibu dan ibu mertua yang berusia 84 dan 92 tahun tinggal bersama kami
sekeluarga. Saya perlu melayan makan minum mereka setiap hari sebagai tugas
rutin. Alhamdulillah Allah beri kekuatan dan kesihatan kepada hambanya yang
serba kukurangan ini untuk lakukan itu semua dengan seadanya.
Saya lakukan secara sendirian kerja-kerja rumah hampir dua
tahun, setelah kesihatan isteri semakin bertambah baik (melalui rawatan
hospital dan rawatan tukang urut tradisional) isteri mula boleh ke tandas dan berjalan
perlahan-lahan di dalam rumah.
Rakan-rakan pernah juga bertanya kepada saya, bagiamana persaan saya
melakukan kerja sebagai suri rumah dan juga tugas sebagai suami mencari nafkah
untuk keluarga ( pada masa itu saya memegang jawatan sebagai Pengurus Kanan di
sebuah syarikat swasta). Saya meberi
tahu mereka bahawa, tugas yang agak berat itu menjadi rutin dan biasa sahaja
kerana saya mempunyai prinsip berikut:
1. Dilakukan secara ikhlas
sebagai satu amanah yang telah ditetapkan oleh Allah mengikut syariat Islam.
Bila dilakukan dengan penuh ikhlas dan tanggung jawab kepenatan dan keletihan
tiadak terasa walaupun pada masa itu umur saya telah menjangkau 50an. Malahan
timbul satu keseronokan pula di sanubari saya atas dasar ianya satu
ujian yang diberikan Allah kepada saya sebagai ketentuan-Nya bagi menguji sejauh mana keimanan, kesabaran
dan ketaqwaan saya.
Lagi pun dalam ajaran agama Islam, jika kita diuji dengan musibah,
kita dapat menghadapinya dengan sabar sebagai ketentuan Allah dan reda
dengannya, akan diberi ganjaran pahala untuk ke syurga yang penuh dengan
kenikmataan. Ini adalah pendorong dan
motivasi utama kepada saya untuk istiqamah lakukan itu semua.
2. Setelah timbul kesedaran
sebegini, saban hari minat saya semakin bertambah untuk melakukanya, apabila
kerja rumah sudah menjadi rutin, timbul perasaan kerajinan dan komitmen untuk
melakukan semua kerja-kerja rumah sebagai satu amanah yang diberikan oleh-Nya
kepada saya.
3. Saya juga mempunyai
perasaan gembira dan seronok bila menu masakan yang dibuat mendapat pujian “sedap” oleh isteri, mertua,
ibu, dan anak-anak kami. Malahan saya saban hari mengurus masa dengan begitu
berkesan sekali, ( Saya cuba mempraktikkan keadah pengerusan masa yang di ajari
di Universiti dahulu, ( semasa mengikuti ijazah Sarjana Sains Pengurusan Projek
-1991).
Sikap suka membantu
isteri membuat kerja rumah, terutamanya memasak menjadikan ianya satu hikmah
bagi saya, mungkin Allah telah
mengtakdirkan diri saya suka memasak dan akhirnya mampu memasak pelbagai menu
masakan, dan Allah telah menguji diri saya dengan memberi kesakitan kekal
kepada isteri selepas menjalani pembedah
kepala untuk membuang darah di dalam otak pada 2 Mac 2001, seluruh tangan dan
kaki sebelah kanan isteri telah lupuh (OKU). Semenjak tarikh itu saya telah
mengambil alih segala tugasan rumah terutama kerja-kerja memasak di dapur untuk
makanan seharian kami sekeluarga. Sehingga kini tugasan itu telah menjadi rutin
seharian dan saya begitu bersyukur di atas rahmat Allah yang memberi ketabahan,
kesabar dan keikhlasan untuk melaksanakan kerja-kerja rumah yang saya ambil
alih dari isteri dan dapat di sempurnakan, kini telah mengjakau masa hampir 15
tahun.
Melihat kepada kesabaran
dan ketabahan saya itu dalam menjalani bahtera rumah, saya sentiasa berdoa agar Allah terus memberi hidayah kepada saya
itu untuk terus berkhidmat kepada isteri, ibu dan ibu mertua, anak-anak dan cucu-cucu kami.
Sikap saya yang begitu
rajin untuk melakukan kerja-kerja rumah sebagai satu tugas rutin seharian,
telah menyebabkan timbul sikap negetif kepada anak-anak perempuan. Natijah dari
sikap saya yang gemar membuat kerja-kerja di dapur menjadikan anak perempuan
kami mempunyi sikap lepas tangan dan kurang rajin untuk melakukan kerja di dapur, Biasanya
dia akan melengah-lengahkan kerja, menyebabkan saya yang sentiasa melakukannya.
Sekali sekali timbul juga perasaan marah di hati saya. Tapi bila dihalusi
kembali bahawa timbul sikap sebegitu adalah salah didikan saya sendiri semasa
anak-anak kecil dahulu, Saya tidak begitu mengalakan mereka melakukan
kerja-kerja memasak di dapur.
Oleh itu para ibu bapa
yang mempunyai anak perempuan perlu memberi tugas kepada anak-anak mereka untuk
berjinak-jinak dengan kerja memasak di dapur bagi memberi pendedahan dan
membiasakan dirinya sebagai persiapan untuk masa dewasa kelak.
Sungguhpun begitu, ada
pula kelebihan dan kebaikannya. Semua empat orang anak lelaki saya suka memasak,
mereka menjadikan hobi memasak untuk makanan sendiri setiap malam seperti
memasak mee soup, mee gorong, nasi goreng dan sebagainya. Anak ke empat suka mencuba masak steak kambing dan daging
hampir pada setiap minggu. Mungkin itu adalah ikutan anak-anak apabila melihat dady
mereka sentiasa memasak saban hari.
Bagi memberi keyakinan
hati sendiri dalam melakukan kerja –kerja rumah ini, saya membuat rujukan
beberapa buah buku agama dan juga penulisan berhubung dengan tanggung jawab
siapakah sebenarnya untuk lakukan kerja-kerja rumah mengikut pandangan Islam.
Sala satu pendapat yang saya kira agak lojik dan disertakan dengan hujjah dan
nas Al-Quran perkara ini, Ustaz DR. ABDUL HAYEI BIN ABDUL SUKOR memberi
pendapat berikut:
“ Saya
turut membaca buku berjudul Fatwa-Fatwa Mufti Kerajaan Johor seperti yang
disebutkan dalam soalan di atas. Buku ini merupakan himpunan fatwa Almarhum
Datuk Syed Alawi al-Haddad (meninggal dunia 1962). Beliau adalah bekas Mufti
Kerajaan Johor (1934-1961). Pada saya, fatwa mufti itu kurang jelas menyatakan
tanggungjawab siapa menjalankan kerja-kerja rumah seperti mencuci pakaian, memasak,
menyediakan makanan, mengasuh anak, menyidai kain dan sebagainya.
Saya membaca lagi beberapa buah buku yang ada dalam simpanan
saya untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut tentang perkara itu. Saya
dapati, kebanyakan menyatakan kerja-kerja rumah seperti yang disebutkan di atas
adalah tanggungjawab suami.
Saya tersentak seketika apabila membaca kerja-kerja seperti
itu termasuk dalam senarai kewajipan suami terhadap isteri, di samping nafkah
utama yang meliputi makan minum, kediaman, pakaian dan perubatan. Kewajipan
isteri pula dinyatakan ialah melayani kehendak suami dan menyerahkan tubuh
badan kepadanya serta menyahut panggilannya dengan segera bila diperlukan,
sekalipun ketika dia sedang memasak di dapur.
Buku-buku itu antara lain menjelaskan lagi, isteri tidak
harus berpuasa sunat, kecuali terlebih dahulu memaklum dan mendapat keizinan
suami, kerana khuatir nanti suatu panggilan kecemasan akan berlaku, sedangkan
dia tidak dapat menyahutnya kerana berpuasa. Dinyatakan lagi, jika isteri tidur
bermalaman, sedangkan dia dengan sengaja tidak melayani kehendak suaminya, maka
sepanjang malam itu dia dilaknat Allah dan malaikat.
Kesetiaan isteri terhadap kehendak suami semacam boleh
ditafsirkan dengan ada bayarannya, iaitu kerja-kerja rumah seperti mengasuh
anak, memasak, membasuh pakaian, menyidai kain dan sebagainya hendaklah
dijalankan oleh suami. Kecuali jika isteri dengan rela hati sedia melakukannya.
Saya tidak mempertikaikan hukum-hukum yang telah diputuskan
oleh al-Quran dan hadis-hadis sahih berhubung kewajipan suami terhadap isteri,
seperti nafkah makan minum, kediaman, pakaian dan perubatan yang wajib ke atas
suami menyempurnakannya. Manakala kewajipan isteri terhadap suaminya pula
hendaklah melayani sepenuhnya kehendak suami sebaik sahaja panggilan dibuat.
Persoalan yang berbangkit ialah mengenai kerja-kerja harian
di dalam rumah seperti memasak, mengasuh anak, menyidai pakaian dan sebagainya,
benarkah ia termasuk antara tugas suami? Isteri hanya boleh melakukannya secara
sukarela atau suami sendiri menyempurnakannya sebagai tanggungjawab terhadap
isteri. Begitulah apa yang saya faham daripada buku-buku yang saya baca.
Saya berpendapat hukum ini adalah hasil ijtihad ulama pada
beberapa abad terdahulu. Ijtihad boleh berubah dari masa ke masa mengikut
perubahan zaman, keadaan dan tempat. Ijtihad ulama juga tidak selalunya tepat
dan betul, kadang-kadang boleh disanggah oleh ulama melalui ijtihadnya yang
dihasilkan pada waktu dan masa yang lain pula. Dalam hadis menyebut: Sesiapa
yang silap dalam ijtihadnya maka ia memperoleh satu pahala dan siapa yang
betul, akan mendapat dua pahala.
Menurut mazhab Imam Malik, uruf dan kebiasaan dalam sesebuah
masyarakat boleh dipakai bagi menurunkan sesuatu hukum. Atas dasar ini, isteri
boleh memasak, menyidai pakaian, mengasuh anak dan sebagainya jika dia suka,
tetapi bukan sebagai kewajipannya. Beberapa alasan berikut boleh dijadikan
hujah:
Pertama: Allah berfirman kepada para isteri yang membawa
maksud: Isteri menanggung kewajipan terhadap suaminya yang wajib dilaksanakan
dengan cara yang baik, suami juga dikehendaki melakukan kewajipan yang serupa
(al-Baqarah: 228). Ini bermakna suami isteri sama-sama mempunyai tanggungjawab
terhadap satu sama lain.
Saya beranggapan tidak adil jika urusan yang dilakukan di
luar rumah seperti mencari nafkah makan minum, kediaman, pakaian, perubatan
menjadi kewajipan suami sepenuhnya, kemudian kerja-kerja di dalam rumah juga
menjadi kewajipan suami. Isteri seolah-olah tiada sebarang kerja, selain
melayan suami dengan tubuh badannya sahaja. Cara yang lebih adil ialah
kerja-kerja di luar rumah menjadi kewajipan suami, sementara dalam rumah pula
hendaklah diambil tanggungjawab oleh isteri.
Kedua: Dalam pergaulan sesama manusia dan juga keluarga,
setiap hak yang wajib ditunai hendaklah ada balasan yang diterima. Suami
dipertanggungjawab memberi nafkah dengan jalan yang terbaik, seperti yang
dinyatakan terdahulu. Apakah hak ini telah dibalas oleh isteri dengan cara yang
terbaik juga seperti yang sepatutnya? Apakah kewajipan menyara hidup yang
disempurnakan oleh suami terhadap isteri dan anak-anaknya itu dianggap sebagai
percuma dan tidak perlu dibalas apa-apa? Islam dan juga budaya Melayu tidak
menyatakan begitu.
Mungkin ada orang menjawab, tubuh badan isteri yang diserah
kepada suami itu sendiri bayarannya. Suami berhak mendapat kepuasan sesuka hati
dan pada bila-bila waktu sahaja. Alasan ini boleh ditolak dengan mudah, kerana
kepuasan itu bukan hak suami semata-mata, tetapi hak bersama.
Jika tubuh badan isteri dianggap hak suami, maka tubuh badan
suami juga boleh dianggap hak isteri. Sesetengah orang menyebutnya sebagai
nafkah batin yang wajib disempurna oleh suami, sekalipun saya tidak setuju
dengan istilah nafkah batin itu.
Ketiga: Suami dikira sebagai qawwam (pemimpin) dan pengawal
yang bertanggungjawab terhadap isteri, dengan itu isteri hendaklah menjaga
kepentingan suaminya. Jika suami bertanggungjawab dengan memasak dan membasuh
pakaian isteri, bermakna isteri sebagai pengawal suami. Ini bertentangan dengan
maksud ayat 34 surah al-Nisa. Oleh itu jalan yang paling serasi dan bermuafakat
dengan adat dan budaya Melayu ialah isteri bertanggungjawab dengan kerja-kerja
rumah, manakala suami hanya membantu.
Mungkin ada suami yang bersedia melakukan kerja-kerja itu.
Ada suami yang sangat berminat dengan kerja-kerja memasak, mengasuh anak dan
menjahit pakaian sendiri, sementara isteri pula berminat dengan kerja-kerja di
luar rumah seperti berniaga dan sebagainya. Amalan ini tidak salah dari segi
hukum jika suami isteri rela dengan cara itu.
Keempat: Banyak riwayat menyatakan kehidupan harian para
sahabat sebagai suami atau isteri, masing-masing memberi khidmat dan
bantu-membantu antara satu sama lain. Sebagai contoh, Asma' binti Abu Bakar,
isteri al-Zubayr Ibn al-Awwam, selalu membantu suaminya dengan memberi makan
kuda, mengangkut air dari tempat yang berbatu-batu jauhnya. Tidak pula
kedengaran Baginda Rasulullah melarang Asma' berbuat demikian dengan alasan
semuanya itu adalah kewajipan suami.
Fatimah al-Zahra, isteri Ali Abu Talib dan puteri Nabi, juga
melakukan sendiri kerja-kerja memasak dan membakar roti, menyediakan makanan
dan mengisar tepung, sehingga menjadi pecah-pecah pada tangannya. Fatimah dan
suaminya pernah mengadu kepada Nabi agar mengizinkannya mendapatkan pembantu
rumah atau khadimah.
Tetapi Nabi menyuruh agar Fatimah terus melakukan sendiri
kerja-kerja itu. Baginda tidak pula mengatakan, serah saja kepada Ali, kerana
itu tanggungjawabnya sebagai suami.
Mungkin ada orang menjawab, sumbangan Fatimah yang membuat
kerja-kerja rumah itu hanya sukarela, bukan sebagai kewajipan atau tugas. Saya
katakan, kerja-kerja itu adalah kewajipan Fatimah bukannya sukarela, kerana
Nabi tidak menerima cadangannya untuk mendapatkan pembantu rumah bagi
menjalankan tugas-tugas itu.
Jawapan Rasulullah s.a.w. kepada puterinya Fatimah adalah
suatu perakuan yang dengan sendirinya menurunkan hukum yang bakal dipakai
umatnya, iaitu dalam menentukan tanggungjawab siapa sepatutnya melakukan
kerja-kerja rumah, suami atau isteri. Dalam ilmu Mustalah Hadis, perakuan ini
disebut taqrir (perakuan Nabi).
Saya berasa penting juga dinyatakan di sini bahawa tugas
isteri pada hakikatnya ditentukan oleh ya yang agak kukuh, iaitu kerja-kerja
berat yang biasanya menjadi kewajipan suami, manakala kerjadat resam dan budaya
hidup sesuatu bangsa itu sendiri. Masyarakat Melayu telah mewarisi satu budaa-kerja
ringan biasanya menjadi tanggungjawab isteri.
Ditakdirkan ada isteri merasakan adat dan budaya Melayu ini
tidak perlu lagi dipertahankan, sudah tiba masanya lelaki dan wanita disamakan.
Suami harus menyediakan sendiri makan minumnya, membasuh dan mencuci sendiri
pakaiannya. Bagaimana pula jika dia kesuntukan masa untuk melakukan kerja-kerja
itu, lalu menyerahkannya kepada pembantu rumah atau orang gaji? Tidakkah hati
tersentuh melihat orang lain berada di samping suami kerana menyediakan makan
minum dan mencuci pakaian dan menyentuh barang-barang yang akrab dengannya?
Adat resam dan budaya Melayu tidak pernah menerima cara itu.
Janggal sekali jika orang yang tidak ada kena-mengena itu bebas melakukan apa
sahaja yang disukainya”.
Apabila saya
membaca artikel ini, hati saya bertambah seronok dan rasa tanggung jawab untuk
lakukan kerja-kerja rumah sebagai tugas rutin. Lebih-lebih lagi mulai tahun
2008 saya mula bersara wajib ( umur 55 tahun).
Pengajaran dan iktibar.
1. Suami sepatutnya
membantu kerja-kerja rumah isterinya, kerana tindakan sebegini akan dapat
menambah kasih sayang isteri kepada suami. Perbuatan sebegini pernah dilakukan
oleh baginda Rasullah SAW. Membantu kerja-kerja rumah adalah sunnah.
2. Jika si suami sentiasa
membantu kerja rumah, seperti memasak, akan menjadi kemudahan kepada suami
untuk menjalakan kerja memasak makanan untuk keluarga jika berlaku keadaan
kecemasan di luar jangkaan, umpamanya isteri jatuh sakit sekali-sekali, atau isteri
ditimpa kesakitan yang berpanjangan;
3. Suami yang pandai
memasak akan menjadi idola kepada anak-anak mereka, mereka akan belajar masak
untuk diri mereka sendiri pada mulanya, dan lama kelamaan akan menjadikan hobi
pada masa lapang, kepandaian periadi
seseorang lelaki dalam bidang masakan akan menjadikan kehidupan mereka menjadi
mudah apabila mereka berumah tangga dan berkeluarga kelak.
4. Suami dan isteri yang
sama-sama pandai masak akan dapat mengurangkan kekerapan keluarga makan di luar. Makanan yang disedikan sendiri
di rumah adalah lebih murah dan kebersihannya adalah terjamin. Faedahnya dapat
menikmati makan yang sedap dan bersih dengan
harga yang jauh lebih murah.Lebih baik lagi apabila semua keluarga makan makanan yang disediakan oleh suami atau
bapa sekali sekala. Makan yang disediakan oleh air tangan bapa adalah lebih
barakah, Insya Allah.
0 comments:
Post a Comment