Thursday, August 21, 2014

KELUARGA BAHAGIA ( Cinta Sampai Ke Syurga : BERSYUKUR KERANA ALLAH JODOHKAN DENGAN ISTERI YANG TERBAIK.



     Bersyukur kerana Allah jodohkan dengan  isteri  yang terbaik.

Ketentuan Allah adalah yang terbaik. (Manusia hanya merancang tetapi yang menentukan kejayaan  adalah Allah. Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana). Perancangan Allah terhdap jodoh kita adalah yang paling sesuai dengan keperibadian kita.

“ Kak Ani comel macam anak patung” kata adik bungsuku.

“ Sebab itulah abang pilih dia”.

“ Memang sepadang dengan abang yang hasem tu” adik cuba berseloroh dengan saya. Diri ini hanya senyum dengan seribu makna bila mendapat pujian sebegitu.

Saya masih ingat dialog itu yang telah berlaku semenjak 35 tahun dahulu. Semasa saya dan isteri masih dalam edah pertunangan. Pujian itu dikeluarkan oleh adik bongsu semasa dia mula-mula bersemuka dengan bakal kakak iparnya. Saya tidak berapa ambil kisah sangat ungkapan itu. Kerana kecantikan itu adalah satu perkara yang subjektif. Setiap orang mempunyai perspektif yang berbeza tentang kecantikan. Itulah keistimewaan manusia cipataan Allah Yang Maha Agung. Manusia dicitpa dengan pelbagai bangsa dan warna kulit, semuanya sempurna dan cantik-cantik.

Sebagai tanda kesyukuran saya kepada Allah.  Bermula pada tarikh perkahwinan kami, saya  telah menutup pintu hati untuk didatangi oleh wanita-wanita lain di luar sana. Prinsip hidup saya untuk mendapat kebahagian sebenar mestilah jujur dan ikhlas menyanyangi isteri tercinta. Jika diri kita dapat dicontohi dan teladani sebagai seorang yang berdisiplin dan jujur sudah pasti akan mendapat kepercayaan dan keyakinan oleh isteri dan keluarga.

“ Betul ke bang sayang kata ayang” tanya isteri.
“ Memang sayang kat ayang yang comel lotel ni”  sembil memeluk erat isteri
“ Abang  ni…..” isteri merayu manja.

Kata-kata “Sayang” selalu saya ungkapkan kepada isteri, boleh di katakan sabang masa bila saja saya berduaan dengannya. Amalan ini menjadikan cinta dan kasih sayang kami sentiasa mekar dan bersemangat. Saya berasa begitu selesa dengan tabiat ini, isteripun begitu dia hanya menggunakan ungkapan “abang”” setiap kali memanggil saya dan masih kekal sehingga kini.



Pergaulan saya di luar rumah setiap hari dijaga dari sebarang fitnah, Satu amalan yang dilakukan untuk menghindarkan diri saya  dari menjadi mangsa fitnah,  saya sentiasa berhati-hati dan waspada dalam pergaulan dengan wanita.

“ Bagi staf wanita, saya minta maaf jika awak berjumpa saya memandu kereta keseorangan, awak menunggu bas di tepi jalan, saya tidak akan berhenti mengambil awak”
Maklum saya kepada staf semasa mesyuarat pengurusan di pejabat,
“Prinsip saya untuk elak fitnah”.
“ Jika saya perlu bawa staf wanita untuk urusan rasmi  pejabat di luar” “ kita akan pergi dengan kereta pejabat yang di pandu oleh pemandu”.
Perinsip ini telah diketahui oleh semua staf saya. Mereka tidak akan berkecil hati jika terserempat di tepi jalan. Itu adalah prinsip bos.

 Alhmadulilah amalan itu telah menyebabkan isteri penuh yakin tentang kesetiaan saya. Semenjak perkahwinan kami menjagkau usia hampir 35 tahun, tidak pernah sekalipun isteri melahirkan perasaan cembur  atau “perang besar”  berlaku dalam rumah tangga kami akibat daripada masalah cemburu.
                                                                                                                                

Satu lagi amalan saya untuk menyakinkan isteri  bahawa saya adalah satu-satu yang disayanginya dan untuk hidup bahagia selama-lamanya,  telah dibuktikan dengan tindakan untuk mepastikan kami sering bersama pada setiap masa. Pernah satu masa (pada tahun 1983 – iaitu setelah hampir 3 tahun lebih kami  berkahwin) sayai telah diarah oleh Ketua Jabatan untuk mengikuti Kursus  selama tiga bulan di Kawasan Utara Semenanjung . Setelah menghadiri kursus selama satu bulan.
“ Asalamualaikum”.
“ Waalaikumusallam”
“ Eh abang dah balik rupanya. Kenapa ni kata minggu ni tak balik” isteri bertanya.
“ Saja abang ubah program, sabtu ni kita gi ke Sungai Petani, abang dah sewa rumah”
“ Ya kah” isteri agak terperanjat, di wajahnya nampak kegembiraan.
“ Memang abang nak ayang dan anak-anak kita tinggal di sana sepanjang tempoh kursus tu”.
“ Nak ikut, seronoknyaaaaa” isteri memberi respon.

Sikap pro-aktif saya untuk menjaga kerukunan rumah tangga telah dapat menyakinkan isteri bahwa suaminya adalah seorang yang beramanah, boleh dipercayai ,mempunyai kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Bila aura sebegini tertanam dalam minda isteri, ia akan menjadi satu pemakanan tambahan kepada rohani dan dapat mengukuhkan lagi hubungan cinta dan kasih saya kami serta dapak teguhkan lagi institusi rumah tangga. Bilamana isteri telah serasi dan sehati sejiwa serta mempunyai aura yang sama dengan  suami, dengan sendiri akan menjadikan naluri suami dan isteri adalah serasi. Bila mana situasi ini dapat diwujudkan dalam keluarga, akan lahir satu suasana  kemeseraan dan kebahagiaan yang amat tinggi.  

Pada suatu peatang bila saya pulang dari pejabat, dipertengahan jalan saya ternampak penjual buah durian, lantas saya memberhentikan kereta.

“ Berapa selonggak” tanya saya.,
“ 20 ringgit, murah-murah encik”
“ Tak boleh kurang ke”.
” Tak boleh, tapi kita boleh bagi lebih buah, ”

Saya memilih selonggak dan memberi wang..
“ Jual”
“ Beli”. Saya meneruskan perjalanan pulang.

Setiba di rumah, isteri sedang berada di ruang tamu.
” Assalamualaikum”
“ Waalaikumussalam” jawab isteri sambil membuka pintu.
Saya menghulurkan bungkusan buah durian kepada isteri
“ Eh abang beli buah dirian ke” terkeluar dari mulut isteri.
“ Ya, kenapa ?”
“ Tadi semasa ayang tunggu abang pulang, teringin nak makan buah durian, ingat nak ‘call’ abang”.
“ Itu tanda naluri ayang sama dengan naluri abang” saya jawab ringkas,
” Itulah, dah berapa kali camni ye bang”. Isteri mengigatkan kejadian yang hampir sama berlaku dimasa-masa lepas.

Situasi sebegini sememangnya kerap berlaku di antara saya dan isteri, seperti naluri dan fikiran kami berdua mempunyai banyak persamaan. Mungkinkah ini yang dikatakan serasi suami isteri. Entahlah persoalan ini tiada jawapan yang spesifik, mungkin juga kami mempunyai aura yang hampir sama kerana telah serasi dan sehati sejiwa. Wallahualam.

Sungguhpun begitu dalam realiti kehidupan untuk mempertahankan prinsip bahawa isteri kita adalah jodoh yang terbaik di kurniakan Allah kepada kita adalah satu perkara yang amat sukar diamalkan. Kerana pada kebiasaannya setiap manusia ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Bagi pasangan suami isteri yang baru berkahwin akan menghadapi masa yang kita merasakan bahawa isteri kita ituk mempunyai banyak kekurangan setelah berkahwin beberapa tahun lamanya. Jika tempoh masa perkahwinan lebih lama maka lebih banyak kelemahan yang dirasai oleh suami. Mengikut kelaziman sesebuah rumah tangga akan menghadapai masa yang paling mencabar dari segi ekonomi dan perhubungan kekeluargaan dalam tempoh 1 hingga 7 tahun. Jika suami isteri tidak melengkapkan diri dengan ilmu mengurus dan mentadbir rumah tangga, dalam tempoh ini mudah berlaku pertengkaran di antara suami isteri. Perbalahan ini jika tidak di selesaikan dengan segera ia akan berlarutan sehinggakan boleh merudunya cinta dan kasih sayang suami isteri dan yang lebih parah lagi akan berakhir dengan peceraian.

Lebih malang lagi kalau diluar sana, ada wanita lain yang mendapingi kita, selalu memberi pujian dan cuba memberi kasih sayang kepada kita. Umpamanya rakan sekerja kita, setiap hari kita berasama hampir 8 jam. Sambil bersama-sama melakukan kerja pejabat, di selang seli dengan perbulalan yang lama kelamaan kita akan rasa telah mesra. Dimasa inilah syaitan akan memainkan peranan untuk menghasut anak cucu Nabi Adam.A.S. supaya bersama-sama mereka dimasukakan ke dalam nereka, sebagaimana telah dijanjikan oleh Syaitan yang dicerikatan di dalam Al-Quran dalam surah Al-Nissa’ ayat 119:

وَلَأُضِلَّنَّهُمْ وَلَأُمَنِّيَنَّهُمْ وَلَءَامُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ ءَاذَانَ ٱلْأَنْعَٰمِ وَلَءَامُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ ٱللَّهِ ۚ وَمَن يَتَّخِذِ ٱلشَّيْطَٰنَ وَلِيًّا مِّن دُونِ ٱللَّهِ فَقَدْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُّبِينًا (١١٩)

Etinya:  “Dan demi sesungguhya aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruhkan mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan akan menyuruh mereka merubah akan ciptaan Allah. Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesusungguhnya rugilah dia dengan kerugian yang terang nyata”. (Tarfsir Pimpinan Ar
Rahman)

Dalam kes isteri yang ditimpa penyakit teruk seperti lumpuh tangan dan kaki, setelah beberapa tahun penjagaan orang sakit lumpuh, si penjaga yang menguruskan segala keperluan OKU ini akan timbul perasaan muak dan benci terhadap sikap pesakit lumpuh ini, kerana dia  banyak berleter dan memerlukan penjaganya untuk diambilkan tindakan segera. Hal ini juga terjadi terhadap isteri saya, yang mula mengarah orang lain untuk membuat sesuatu kerja dan di minta  untuk disiapkan dengan segera.

Sifat sebegini menyebabkan anak-anak mula sensitif dengan pesakit. Untuk itu saya terpaksa menjadi orang yang utama untuk membantu isteri. Dalam beberapa tahun peringkat  awal keuzuran isteri, saya dapat lagi bertahan melakukan dengan sabar. Setelah memakan masa hampir 5 tahun lebih, perasaan jemu mula tiba sedikit–demi sedikit. Sekali sekali timbul juga perasaan tidak sabar dan muak untuk mengikuti segala kemahuan dan kehendak isteri yang sakit itu.

“ Kalau macam ni perangainya, aku tak boleh tahan, terlalu sensitif tak larat nak menjaga hatinya saja, hati aku bagaimana, keperluan diri ku bagaimana” terdetik kata-kata ini di hati kecil saya apabila isteri asik merajuk saja.
“ Nampaknya kena pasang satu lagi, baru senang, makanan dan pakaian ku ada yang mengurusnya, lagipun aku ni ada yang berminat, mana tidak pangkat ada, kedudukan ada, hansennya pun boleh tahan juga’. Perasaan ego ku bermain di minda dengan hasutan nafsu dan sayitan.
“ Tapi bagaimana dengan isteri, tentu dia akan memberontak dan sakitnya akan bertambah teruk, kata doktor jika di serang penyakinya untuk kali ke dua dia akan koma dan susah untuk dipulihkan dan mungkin ia akan membawa ajal”. Fikiran ku bercelaru bila memikirkanya.
“ Anak-anak pula bagaimana, respect mereka kepada ku akan hilang, dady idola mereka akan lenyap di hati. Malah mungkin timbul perasaan benci kepadaku kerana dikatakan mementingkan diri sendiri dan lebih menjurus untuk kepusasan nafsu ku  sahaja. Jika ini berlaku dimana aku nak letak muka ni, maruah ku tergadai, hilang kasih sayang keluarga, apakah aku sanggup hadapi itu semua” aku membuat analisa sendirian tentang hasrat hati kecilku itu.
“ Ah, kalau macam ni tak boleh, banyak buruk pada baiknya” aku cuba yakinkan diri.

Aku masih ingat cerita anak buah ku di pejabat yang berkahwin dua kerana hendak membantu janda yang datang minta tolong dia selesaikan masalah fasak di Pejabat Kadi. Bila dah kahwin lebih 8 tahun, dapat anak seorang, demi sayangnya suami kepada isteri, dia membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk meningkatkan perniagaan isteri mudanya.

  Encik Nik, jika belum kahwin dua, lebih baik jangan cuba, banyak cabarannya”. Kamal memberitahu saya semasa kami sedang berbual pasal berbini dua.
“ Kenapa Mal” saya mencelah.
“ Saya dah kena, bila kita dah bagi segala yang dikehendakinya, belanja puluhan ribu ringgit dan duit masuk bulan-bulan ribuan ringgit dia mula buat hal”. Kamal cuba pagi penjelasan.
“ Mula lah kata kita ni dah tua, tak larat, banyak menyusahkan dia” Kamal beri pendapat tentang pengalamannya. Saya menanggukkan kepala sahaja tanda simpati.
“ Tahu-tahu dia dah ada lelaki lain, itulah yang membuat saya frust Encik Nik”. Kamal sambung cerita.
“ Sekarang kami dah berpisah atas desakan isteri dan saya pun tidak yakin lagi dengan kejujuranya’
“ Yang saya sedih, anak kami jadi mangsa”. Kamal nampak menyesal.
Itulah cerita dari anak buah pejabat saya yang berpengalam kahwin dua. Pada mula-mula kahwin dulu dia beria-ia sangat katakana bahawa kahwin duan tu seronok. Sekarang dah tahu akibatnya.
Memang pada mula dia kahwin dulu saya nampak Kamal beggitu happy sekali, dia sentiasa bantu isteri mudanya untuk membesar perniagaan di gerai kain sehingga  dah dapat sebuah kedai kain yang sederhana besar, bila dah ada duit banyak dia mula ego dan mula buat hal, ada hubungan dengan lelaki lain,  minta cerai sebagaimana berlaku dengan suami pertama dulu. Dia terpaksa melepaskan isteri keduanya dengan perasaan seribu kekecewaan.

Pada suatu hari, semasa hati saya masih kecewa dengan sikap isteri itu, Sekali lagi diri ini di uji, dimana  telah datang seorang wanita yang cantik cuba menanyakan tentang kehidupan keluarga saya yang dikatakan menghadapi masalah kerana isteri menderita sakit lumpuh.
 “ Nik apa khabar”.
“ Alhamdulillah, sihat”.
“ Ada apa datang pejabat’
“ saja, sambil datang hantar barang.” Memang dia sentiasa datang ke pejabat ku untuk berniaga alat solek AVON kepada staf perempuan saya.

“Ani sakit macam mana”.dia meneruskan perbualan.
“ gitulah, ada perubahan sikit. Masih perlu bantuan “.
“ siapa yang uruskan penjagaannya”.
“ saya lah,  dibantu anak-anak”.
“ You ni suami mithali, tak letih ke you buat kerja sendiri”.
“ tak rasa apa-apa pun, malah saya kesian melihat dia yang tak upaya, dah takdir Allah”.
“ kenapa tak cari pembantu”.
“ Dah ambil, pada masa isteri baru keluar hospital dulu, tapi tak sampai sebulan saya berhentikan  kerana setiap hari pulang kerja, isteri asyek menangis aje”.
“You sendiri tak mahu cari pembantu ke”. Nati boleh uruskan segala keperluan you.”
“ Manalah ada orang yang nak kat saya yang tua ni”. Jawab saya secara beseloroh.
“ Jangan kata begitu, ada yang masih minat kat you.”
“betul ke”.
“ Ya saya serious ni, jika you sudi I boleh bantu you”.
Bila mendengar pelawaan itu, saya terkejut, degupan jantung agak laju. Serba salah di buatnya.
“ ambillah peluang ini, bila lagi, kamu dah lama menderita, isteri mu sakit, bila boleh sembuh, tak kan kamu hendak buat semuanya, kamu ada pangkat, kedudukan, duit pun ada, kahwinlah satu lagi,
Islam membernarkan umatnya kahwin sampai empat.” Terdengar bisikan di telinga saya, entah dari mana datangnya. Saya memerhati sekliling tidak ada orang lain kecuali saya berdua sahaja.

Di minda bermain-main tentang suasa isteri yang sakit dan perlukan batuan saya dalam serba-sebi setiap hari. Tapi bila fikirkan leteren dan sikap panas barang isteri yang selalu saya hadapi itu, terdetik juga hati saya untuk memikirkan tawaran di hadapan mata ini. “ Ini satu peluang” terdetik di hati saya.

Dia cuba untuk memberi kasih sayang dengan alasan kesihan melihat saya terpasa berkerja kuat untuk urus keluarga sehingga terabai kerehatan diri sendiri. Hampir saya terjebak dengan kancah ini, dengan adanya niat untuk berkahwin satu lagi, namum hasrat ini tidak diizinkan Allah kerana selepas beberapa bulan berikutnya saya dimaklumkan bahawa ianya telah mempunyai suami dan berkebetulan suaminya itu adalah kawan  saya.

Peristiwa ini juga membuatkan saya mula sedar kenapa ada orang lelaki kahwin lebih dari satu, kerana sebelum ini saya adalah diantara orang yang paling tidak setuju dengan lelaki berpoligami. Kes ini juga membuatkan saya beristighfar panjang kerana selama ini saya anti kepada orang berpoligami. Sekarang baru saya sedar ianya satu sikap yang salah dan bertentangan dengan ajaran Islam, kerana Islam membenarkan lelaki untuk kahwin sehingga empat orang jika ia mampu untuk beri nafkah zahir dan batin. Malahan berpoligami  itu adalah sunnah Rasullah s.a.w. Walau bagaimana pun perlu diingat mengikut ajaran Islam kebenaran kahwin sehingga 4 orang isteri diberi syarat ketat, iaitu suami mesti berlaku adil dan berkemampuan. Jika tidak mampu untuk mengikuti segala syarat-syarat yang ditetapkan, lebih baik kahwin seorang sahaja. Sayarat ini sering diabaikan atau buat-buat lupa oleh kebanyakan lelaki yang berpoligami di kalangan orang Melayu terutamanya..

Setelah keadaan isteri sakit telah melewati masa lebih 10 tahun, perasaan untuk berkahwin lagi satu sudah tidak terlintas di benak fikiran saya. Malah beberapa kenalan rapat  yelah beberapa kali memberi cadangan supaya saya kahwin lagi satu bagi mengurangkan beban mengurus keperluan seharian saya dan keluarga.

“ Encik Nik, saya kesihan melihat keadaan you yang sentiasa sibuk untuk mengurus isteri sakit di rumah, dan di ofis juga you komit dengan kerja, head of department Human Resources ini amat berat dan banyak masalah perlu di selesaikan, mana tidak staf yang you selia lebih 500 orang”. Kata seorang Pengerus Operasi semasa kami berbual-bual pada wakatu rehat di pejabat.

“ Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, tapi apa boleh buat, itu semua dah takdir Allah”.
“ Betul cakap you tu, tapi kita perlu berusaha untuk atasinya”. Saya diam dan dengar saja apa yang dickapkan oleh kawan saya tu,

“ Jika you mahu I ada calun yang sesuai. Gadis berpendidikan agama, keluarga berpengaruh, umurnya dalam lingkungan awal 30an. Cantiknya boleh tahan, kalau you tengok mesti berkenan lah”. Dia cuba menyakinkan saya. Saya diam seketika memikirkan apakah jawapan yang paling sesuai untuk menolak pelawaan ikhlas sahabat saya itu.

“ I bukan apa Mat, dah lebih 10 tahun lakukan semua tu, tak rasa penat pun, malah I kesian melihat my wife yang dulunya sempurna tapi kini cacat kerana sakit lumpuh, tapi mana adilnya jika I kahwin satu lagi tentu dia akan kecewa dan frust, mana bukti cinta kami dulu.”
“ Jika you jadi I macamana?” tanya saya kembali.
“ Kalau I dah lama kahwin satu lagi ‘.
“Tapi bagi I ada lagi satu anggapan yang bermain di minda ini, di takdirkan bila saya kahwin seorang lagi, dengan tak disangka-sangka dia pula terlibat dengan kemalangan selepas beberapa bulan kami kahwin, isteri yang kedua juga sakit lumpuh juga selepas kemalangan itu, apa kah saya sanggup menjaga kedua-duanya sekali?, bukankah itu satu bebanan bagi saya sebagai suami”.
Saya memberi persolan itu kepada dia.
Dia terdiam dan memandang kepada saya dengan seribu makna.
“ Ok lah kalau macam tu, saya setuju you tak kahwin lagi satu” keluar dari mulut Mat.

Semenjak daripada peristiwa itu, tidak ada lagi kedengaran cadangan dari kawan saya.

Atas kesedaran bahawa isteri kita adalah jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah untuk saya. Saya mengambil kesimpulan bahawa kecacatan yang diberikan kepada isteri  adalah satu ujian daripada Allah untuk melihat sejauh mana  kami berdua mempunyai kejujuran cinta untuk bersama-sama sehingga ke akhir hayat, ungkapan yang biasa keluar di bibir teruna dan dara yang dalam khayalan dan impian percintaan. Oleh itu saya sentiasa bersabar bagi membuktikan cinta kami berdua adalah cinta sejati, Cinta pandang pertama dan kekal abadi sehingga ke Syurga. InsyaAllah.

Sungguhpun begitu bukan mudah untuk membuktikan bahawa cinta kita itu adalah cinta sejati yang ikhlas kerana-NYa. Apabila kita pada awal perkahwinan telah dapat menikmati segala kebahagiaan dan kesenangan berumah tangga. Bila di timpa kesusahan akan terasa kekecewaan dan pada situasi demikian iblis dan syaitan akan memperngaruhi kita untuk mencari kesalahan orang lain yang menyebabkab kebahgian kita itu terurai. Akan ada persaan di sanubari bahawa Allah kenakan kesusuhan mungkin ada dikalangan suami atau isteri yang membawa sial; Jika dilayan pemikiran sebegini lama kelamaan akan menjadi jiwa kita tertekan atau stress. Lama kelamaan akan timbul tanggapan bahwa isteri yang dikahwini itu membawa kesusahan kepada suami. Maka hasutan syaitan untuk memporak perandakan istana yang dibina selama ini akan dilakukan sedikit–demi sedikt. Lebih parah lagi bila pemikiran yang negetif ini di hasut oleh iblis semasa isteri kita membuat hal. Maklumlah orang dalam kesakitan mudah sensitif dan merajuk. kadangkala isu ayang kecil sahja boleh melarak menjadi isu besar dan boleh menjadi perhubungan suami isteri menjadi tegang dan panas; Jika suami yang diberi kuasa sebagai ketua keluarga tidak pandai mengatasi sutuasi sebegini dengan bijaksana lebih mudah lagi ianya menjadi parah dan hancur keberantakan. Bila berlaku keruntuhan rumah tangga maka besorak sorelah para syaitan dan iblis kerana telah Berjaya untuk membalas dendam lamanya untuk membawa anak cucu adam bersama-sama keluarga mereka ke dalam neraka di akhirat kelak. Ya Allah jauhkan diriku dan keluarga ku dari musibah sebegini.

Pengajaran dan iktibar:

1.    Suami perlu memainkan peranan penting untuk mewujudkan suasana keserasian suami-isteri. Bila sudah ada keserasian dalam serba serbi kehidupan akan menjadikan mereka mempunyai sistem nilai dan corak pemikiran yang sama dan serasi. Ikatan jalinan hubungan secara fizikal dan batin diantara sumi isteri yang begitu intim akan menjadikan satu faktor utama oleh sesebuah rumahtangga itu kekal utuh buat selama-lamanya. Insya Allah.

2.    Tindakan mencegah dari sebarang fitnah yang melibatkan pergaulan dengan wanita lain oleh suami adalah satu tindakan pro aktif bagi menjamin kerukunan rumah tangga. Kerana isteri amat sensitif berhubungan pergaulan suaminya dengan wanita lain kerana dikhuatiri akan berakhir degan perkahwinan yang menyebabkan mereka bermadu.

3.    Dalam menjamin kerukunan rumahtangga, suami isteri perlu memainkan peranan mereka masing-masing untuk mengelakkan berlaku fitnah terhadap rumah tangga mereka. Jika suami sentiasa menjaga batas batas pergalulan apabila berada di luar rumah, akan terhindar dari segaola gosip dan fitnah. Ini akan menjamin kerukunan rumah tangga dan kebahagian keluarga setiap masa.

4.    Sebagai seorang muslim kita hendaklah sentiasa bersangka baik kepada orang lain, dengan bersangka baik akan dapat eratkan hubungan persahabatan kekeluargaan. Oleh itu sikap majorit wanita Melayu menentang suami berkahwin lebih dari satu orang adalah satu sikap yang perlu diubah. Kerana Islam membenar penganutnya berkahwin sehingga empat orang dengan dikenakan syarat-sayarat tertentu. Pun begitu sikap yang negatif timbul dikalangan wanita melayu terhadap suami yang berpoligi adalah kerana majority suami yang kahwin lebaih dari satu di Malaysia memperlihatkan ketidak adilan dalam pembahagian nafkah zahir dan batin dikalangan isteri-isterinya. Lebaih ramai yang memperlihatkan sifat kurang adil. Situasi jauh berbeza jika kita buat perbandingan dengan masyarakat arab. Boleh dikatakan semua wanita arab memberi kebenaran kepada suami mereka berkahwin lebih dari seorang. Malah mereka berasa bangga kerana dikatan dia mempunyai suami yang kuat dan bertenaga. Ini adalah kerana sebilangan besar suami di Negara arab berlaku adil dalam hal pembahagaian nafkah zahir dan batin dikalangan isteri-isteri mereka. Perkara ini pernah saya sendiri saksikan semasa melawat ke kawasan perumahan saudara yang tinggal diluar kota Mekah. Terdapat tiga buah ruamah yang berhampiran dengan rekabentuk yang sama, bila saya tanyakan rumah siapa itu, diberitahu bahawa itu adalah rumah seorang peniaga arab yang mengawini 3 orang isteri, dan ruamah itu adalah ruamah yang disediakan oleh suami untuk isteri-isterinya.

5.    Lelaki yang berhasrat untuk berpoligami perlulah mematuhi segala syarat yang ditetapakan oleh syariat Islam. Jika tidak mampu mematuhinya lebih baik kahwin satu orang sahaja. Kerana Allah telah mengigatkan kepada suami yang kahwin lebih dari satu perlu berlaku adil. Jika tidak mereka ini akan berjalan bahu senget sebelah di Padang Mahsyar dan akan dikenakan azab neraka jahanam di akhirat kelak. 

0 comments:

Powered by Blogger.