Puasa qada adalah menggantikan puasa
yang difardhukan (Ramadhan) sedangkan puasa enam merupakan puasa sunat, jadi
keduanya tidak boleh digabungkan. (Begitu
juga dengan puasa nazar, tidak boleh disekalikan) Walaupun ada yang mengatakan
pelbagai pendapat tentang mana patut buat dulu antara qada dan sunat ini - namun
pendapat umum ulama' mengatakan dibolehkan puasa sunat syawal dahulu baru puasa
ganti kerana tempoh syawal adalah sebulan sahaja.Puasa ganti dibolehkan sebelum
menjelang ramadhan akan datang, namun elakkan bertangguh .
Puasa sunat enam syawal boleh dilakukan secara terpisah-pisah (6 hari selang) tetapi jika dilakukan secara berturutan ianya lebih afdhal.
Puasa sunat enam syawal boleh dilakukan secara terpisah-pisah (6 hari selang) tetapi jika dilakukan secara berturutan ianya lebih afdhal.
Lafaz Niat puasa sunat enam syawal : “sahaja aku puasa sunat bulan syawal kerana Allah swt “.
Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan
satu hadith daripada Rasulullah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan
puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian
diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti
dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya,
juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie
dan Ibn. Majah ).
Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih. Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda.
Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.
Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.
Puasa Enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.
-

Niat
puasa ganti / puasa qada' dalam rumi :
نويت
صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى
Nawaitu
sauma ghodin an’ qada'e fardhu ramadhona lillahi taala
*sebut qada' - e , macam sebut 'an adae' dalam niat puasa di bulan ramadhan .
*ramadona - dho adalah huruf dod - sebut d (dengan lidah menyentuh lelangit)
Maksud : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala
Wallahualam : Ada baca satu artikel mengenai puasa ganti menyatakan "Jika anda berazam ingin melakukan qadha' puasa sebelum menjelang fajar, maka itulah yang dikatakan niat. Ini sudah memadai dan tidak perlu melakukan lafaz niat."
Dilarang berpuasa pada ‘Hari Syak’ atau
meragukan iaitu hari ke-30 Syaaban melainkan apabila bertujuan untuk puasa
qadha (mengganti puasa Ramadhan sebelumnya), puasa sunnah, puasa kafarah (puasa
melanggar sumpah) .
0 comments:
Post a Comment