Monday, July 28, 2014

TANDA-TANDA AMALAN DI BULAN RAMADAN DI TERIMA




TANDA-TANDA  AMALAN DI BULAN RAMADAN DI TERIMA ALAH.

Bulan Ramadan merupakan Universiti Terbuka untuk semua muslimin dan muslimat. Bulan yang mempunyai kelebihan berbanding dengan bulan-bulan lain. Bulan Ramadan adalah penghulu segala bulan. Di bulan ini ada kelebihan Malam Al – Qadar yang Allah akan memberi ganjaran pahala seribu  bulan (83.3 tahun) bagi sesiapa yang beribadat pada malam tersebut. Di sepanjang bulan Ramadan kita telah di tarbiahkan dengan solat terawih berjemaah, dan dengan amalan-amalan kebajikan yang lain seperti membaca Al-Quran, bersedekah, beriktikaf di Masjid di samping amalan puasa wajib selama sebulan.

Jom kita hayati  bersama  adakah amalan Ramadan kita diterima oleh Allah SWT …
Lihatlah kepada perubahan diri kita:
  1. Barangsiapa yang Sebelum Ramadan suka tidur setelah Subuh, Maka sekarang ia tidak lagi suka tidur setelah subuh, Sebaliknya Berdzikir kepada Allah sampai Matahari terbit.
  2. Barangsiapa yang sebelum Ramadan tidak Bangun malam untuk beribadah, maka setelah Ramadan ia menjadi orang yang suka menghidupkan malam.
  3. Barangsiapa yang sebelum Ramadan tidak mengindahkan Solat berjemaah, maka setelah Ramadan ia selalu menjaga solat Berjamaah
  4. Barangsiapa yang sebelum Ramadan Tidak menyukai Ilmu dan ulama’ Maka setelah Ramadan ia menjadi Orang yang suka Kepada Ilmu dan Ulama’
  5. Barangsiapa yang sebelum Ramadan tidak mengindahkan Solat Duha dan Solat witir, dan Solat sunnah Rawatib, maka setelah Ramadan ia senantiasa menjaga untuk melakukan Solat-solat tersebut
  6. Barangsiapa yang sebelum Ramadan suka melihat Perkara-perkara Haram maka setelah Ramadan ia menjadi Orang yang Takut kepada Allah, dan memelihara Pandangan nya.
  7. Barangsiapa yang sebelum Ramadan suka  memfitnah, mengumpat, mengata-mengata, maka setelah Ramadan ia tidak melakukan nya lagi.
  8. Barangsiapa yang sebelum Ramadan suka Derhaka kepada kedua Orang tua nya, maka setelah Ramadan ia menjadi orang yang berbuat kebajikan kepada kedua orang tua nya, melayani dengan hak-hak nya.
  9. Barangsiapa yang sebelum Ramadan suka memutuskan talian Siltar Rahim keluarga, maka setelah Ramadan ia menjadi orang yang menjalin Siltar Rahim kepada sanak keluaarga dan kerabat,
Beginilah dalam Hal kebaikan ia menjadi lebih baik, Inilah tanda-tanda di terima nya Amalan Ibadah di bulan Ramadan, dan Tanda-tanda di bebaskan nya dari api neraka.

Adapun jika yang terjadi malah sebalik nya,- Wal iyadzu billah- maka ia menjadi orang yang terhalang dari kebaikan, Rugi, sebab segala sesuatu tidak naik meningkat, maka ia telah mensia-siakan Umur nya secara cuma-cuma. sebagai Gantinya ia tidak maju kedepan, melainkan malah Mundur ke belakang.

Semoga amalan Ramadan kita diterima oleh Allah SWT dan akan menjadi perlindungan untuk kita di dunia dan akhirat.

0 comments:

Powered by Blogger.