KISAH SUAMI PENYAYANG DIPERDAYAKAN OLEH ISTERI CURANG
Apa syarat yang anda letakkan untuk
bahagia?. Ramai yang meletakkan syarat untuk membolehkan atau mengizinkan
mereka bahagia.
Ada yang kata “dia akan bahagia
jika…”
- Ada simpanan RM1 juta di akaun bank.
- Ada perniagaan yang berjaya dan menjana duit tidak henti-henti
- Ada sebuah banglow di atas bukit dikelilingi kebun buahan
- Ada isteri yang cantik lemah lembut dan taat pada suami
- Ada suami yang romantik, penyayang, kaya banyak harta, dan sentiasa bersama sepanjang masa
- Ada sebuah kereta Ferrari
- Ada sebuah kapal layar sebagai tempat melepak di hari cuti
- Ada jet persendirian
- Ada anak-anak yang taat, cergas dan pandai
- Ada tubuh badan yang langsing menawan seperti seorang model seluar dalam -wanita
- Ada tuibuh badan berketul sasa seperti peraga fesyen – lelaki
- Ada kesihatan yang baik, muka yang hensem/comel bergaya
- Bla…bla…bla
Anda bagaimana pula? apakah syarat
untuk menjadikan diri anda bahagia?
“Apa yang kita dapat tak pernah
cukup”
Semalam saya mendengar satu kisah
usahawan dari seorang kawan yang menceritakan kisah sedih seorang kawannya yang
mendapat ujian yang cukup hebat. Sekali dengar macam
cerita drama tetapi ini adalah cerita benar.
Ceritanya begini:
Kisah usahawan Kassim, seorang
jutawan hartanah
Ada seorang usahawan bernama Kassim
(nama samaran) yang kini sedang menjadikan pejabatnya sebagai rumah penginapan. Di situlah
dia tidur, makan dan minum dan sekali gus berusaha menyara kehidupannya yang
telah hancur sehancur-hancurnya.
Kassim sekarang berumur dalam
pertengahan 50-an dan merupakan seorang usahawan hartanah yang cukup berjaya.
Kejayaannya boleh diletakkan kepada sikapnya yang cukup konsisten dalam segala
urusan yang dilakukan.
Kassim berkecimpung dalam bidang
hartanah sejak muda. Dia amat fokus pada usahanya itu dan tidak pernah lari
atau putus asa sehinggalah segala usahanya membuahkan hasil.
Kejayaan Kassim dalam bidang
hartanah membolehkan dia membina sebuah banglow bernilai RM3 juta. Dia punyai
wang simpanan sebanyak RM2 juta.
Kassim juga punya isteri yang cantik
jelita, 8 tahun lebih muda daripadanya yang sentiasa membela tubuh badan dengan
sering ke Spa dan lain-lain pusat kecantikan.
Kassim amat sayangkan isterinya.
kemana saja mereka pergi bersama dan dia sering bersama anak isteri di rumah
dan melayan segala kehendak mereka.
Sayang Kassim pada isteri sehingga
segala permintaan isteri tidak ada langsung yang tidak ditunaikan. Barang kemas
saja yang melekat di tubuh badan isteri bernilai RM1.2 juta!!!. Itu tak masuk
lagi segala makan minum pakaian dan segala gaya hidup mewah yang dijalani
isterinya.
Mintalah apa saja, Kassim tak pernah
lokek. Lagipun itulah matlamat dia bertungkus lumus selama ini mencari harta
yang banyak. Dia mahu membahagiakan isteri serta anak perempuannya.
Kassim kahwin lagi satu
Kassim puas kerana dapat
membahagiakan mereka sehinggalah datangnya masa di mana isterinya mula
berjinak dengan dunia internet. Oleh kerana tak ada benda nak buat
agaknya dia mula tersangkut dengan FB.
Kassim tak kisah sangat dengan
keadaan itu. Semenjak itu mereka amat jarang bersama melakukan hubungan intim.
Nak buat sebulan sekalipun susah. Namun Kassim tak kisah
sangat kerana dia dah biasa begitu.
Isterinya pulak semakin teruk
melayan FB sehingga kebanyakan masa asyik melarat sampai pukul 3 atau 4 pagi.
Apa yang dia seronok sangat melayan rakan-rakannya di FB entahlah dan Kassim
tak peduli. Demi kebahagiaan isteri.
Satu hari isterinya berbual dengan
Kassim menyatakan masalah yang dia sudah tidak berapa ada nafsu seks. Oleh
kerana kasihankan suaminya, dia mencadangkan agar suaminya berkahwin seorang
lagi perempuan muda dari Indonesia.
Kassim hanya menurut cadangan
isterinya yang dilihat cukup ikhlas. Lagipun apa salahnya kerana isterinyalah
yang berusaha mencari perempuan muda yang cukup cantik menawan dan mengiurkan,
melalui pertolongan seorang Kiyai yang merupakan seorang guru agama peribadi
yang juga merupakan guru agama mereka.
Kassim pun berkahwin dengan lancar
dan mendapat seorang lagi isteri yang lebih muda, cantik, lemah lembut
menawan dan cukup gebu. Alangkah bahagianya Kassim ketika itu dan
segalanya berjalan lancar.
Kemunculan pemuda Iran
Satu hari anak dara Kassim muncul di
rumah membawa seorang jejaka Iran yang cukup kacak dan bertubuh sasa. Pemuda
tersebut merupakan bekas seorang anggota keselamatan cawangan risikan di Iran,
sudah tentu perawakannya cukup segak bergaya digilai oleh anak-anak dara muda.
Anak dara Kassim mahu berkahwin
dengan pemuda Iran itu dan meminta izin dari ayahnya. Setelah membuat sedikit
carian maklumat, Kassim tidak berapa berkenan dengan perwatakan pemuda itu,
lagipun kenapa nak cari orang luar yang kita tak pasti latar belakang
keluarganya.
Kassim menolak hasrat anaknya dan
memberikan alasan dengan baik dan merayu anaknya berfikir semula betul-betul.
Datang pula isteri Kassim memujuk
agar dia membenarkan anak daranya itu berkahwin dengan jejaka pilihannya.
Isteri Kassim bersungguh-sungguh meyakinkan Kassim bahawa anak dara mereka
melakukan pilihan yang baik dan dia menyokongnya dengan sepenuh hati.
Apabila dua orang yang cukup
disayangi dalam hidup merayu dan meyakinkannya, maka Kassim akhirnya akur
dengan permintaan mereka. Maka berkahwinlah anak dara Kassim dengan jejaka Iran
itu dan mereka tinggal bersama di bawah satu bumbung.
Kini Kassim ada tambahan ahli
keluarga iaitu, seorang menantu daripada Iran yang tampan kacak bergaya. Pada
mulanya pemuda Iran itu menunjukkan akhlak yang baik. Tak pernah
tinggalkan solat dan sekali sekala mereka solat berjemaah sekeluarga.
Selepas dua tahun, berlaku perubahan
pada menantunya. Berlaku juga perubahan pelik pada isteri serta anaknya. Pemuda
Iran sudah tidak solat lagi dan sering merungut setiap kali azan dilaungkan
daripada masjid yang tidak jauh daripada rumah mereka.
Pernah Kassim mengajak menantunya
bersolat sekali, tetapi ditolak oleh menantunya itu dengan berbagai alasan.
Keadaan menjadi lebih teruk apabila Kassim sering bergaduh dengan keluarganya
walaupun hanya pada perkara-perkara kecil.Semuanya berpunca daripada rasa tak
puas hati Kassim pada amalan menantu, isteri serta anaknya yang semakin jauh
dari agama.
Kassim merajuk
Satu hari Kassim merajuk dan membawa
pakaiannya keluar dari rumah. Dia tinggal di hotel. Selepas dua tiga hari, dia
rasa sejuk semula tapi diharapnya isteri atau anaknya akan datang memujuk.
Namun tunggu punya tunggu tak ada sesiapa yang datang memujuk.
Selepas seminggu, datang menantunya,
pemuda Iran itu ke bilik hotel. Bukannya untuk memujuk, sebaliknya mencampakkan
beberapa buah beg berisi segala pakaian Kassim dan berkata padanya “jangan
balik lagi ke rumah…!”.
Wah!!! itu dah melampau. Kurang ajar
punya Iran, ingat semua dalam rumah itu harta kau punya ke?, begitulah bisik
Kassim marah. Peliknya walaupun Kassim merupakan seorang yang gagah dan baran,
dia semacam tunduk tak berdaya pada pemuda Iran itu.
Selepas itu Kassim pun balik ke
rumahnya. Segalanya terlah berubah. Rumahnya telah dipagari pagar elektrik
keselamatan dan Kassim tidak dapat masuk ke rumahnya sendiri!.
Segalanya terbongkar
Dengan bantuan pegawai polis selepas
membuat aduan, Kassim akhirnya dapat masuk dan tak ada orang di dalam rumah.
Kassim pergi ke dalam rumahnya untuk mengambil barang dan teringat untuk
menambil rakaman CCTV yang selama ini memang ada di rumahnya.
Setelah melihat rakaman CCTV barulah
terbongkar segalanya. Kassim melihat gara-gara isterinya yang masuk ke dalam
bilik menantu dari Iran pukul sebelas malam dan keluar pada pukul 12 malam
sedangkan anaknya menonton TV selamba diruag tamu.
Diringhkaskan cerita. Rupanya Pemuda
Iran itu membelasah semua kepunyaan Kassim, bukan saja harta kekayaannya, malah
anak serta isteri Kassim turut dibelasah oleh pemuda Iran tersebut!.
Isteri Kassim telah membuat laporan
pada Khadi, pihak polis dan mengambil semua wang tunai kepunyaan
Kassim. Semua harta kini berada di bawah nama isterinya. Dah isterinay telah
memfailkan fasakh di mahkamah syariah.
Isteri Kassim melaporkan betapa
Kassim seorang yang jahat, suka berfoya-foya, berkahwin diluar negara dengan
orang indonesi dan tidak memperdulikan anak isterinya di rumah. Isteri Kassim
siap memberikan bukti gambar perkahwinan Kassim dengan orang indonesia.
Betapa hebatnya perancangan isteri
Kassim! rupanya isterinya yang punyai hubungan dengan pemuda Iran itu lalu
merancang menemukan pemuda Iran tersebut dengan anaknya, mengorat anaknya dan
berkahwin dengan anaknya agar pemuda Iran dapat tinggal di rumah mereka.
Semua itu dilakukan dengan tujuan
agar dapatlah mereka memuaskan nafsu masing-masing semahunya dan menjalani kehidupan yang serba mewah
tanpa perlu bersusah payah. Mereka dapat segalanya dan hanyut dalam dunia
membela nafsu serakah tak kesudahan.
Kini Kassim tidak punya apa-apa…dia
bersabar dan berazam untuk membina semula
kehidupannya. Tetapi ianya bukalah sesuatu yang mudah untuk lalui. Setiap kali
keseorangan di pejabat untuk tidur air mata mengalir deras di pipinya…..
Begitulah cerita berakhir. Moga
menjadi pengajaran pada semua terutamaya mereka yang mengejar mencari kekayaan
tidak mengenal batasan. Harta kekayaan, wang berjuta, rumah tersergam indah,
pasangan jelita tidak menjamin kebahagian dan tidak pernah membawa kebahagian.
Kebahagian tidak terletak pada benda
atau perkara luar daripada diri kita. Ia ada dalam diri kita sendiri seandainya
kita sendiri mebuat keputusan untuk bahagia tanpa perlu ada sebarang syarat.
Kita jangan terikut-ikutkan sangat
nafsu. Apa saja yang diidami kita kejar dan kejar. Bila dapat, kita letak pula
sasaran lebih besar dan kita kejar dan kejar. Dah dapat, besarkan lagi sasaran,
dan kejar lagi.
Dunia semakin di kejar semakin dia
melarikan diri. Oleh itu ingat untuk tarik brake pada satu garisan dan kawal
dorongan nafsu keinginan. Tahan walaupun mampu kerana kejayaan mengawal itulah
yang menyelamatkan diri kita dan mengelakkan diri dari terus hanyut.
Apabila isteri Kassim diberikan apa
saja kemahuannya dari seorang yang susah menjadi senang, kaya raya apa saja
yang mahu apa semuanya dapat. Nafsu isteri Kassim dibela menjadi semakin besar
dan membesar sehingga akhirnya
Kassim telah ditewaskan oleh nafsu isterinya yang telah mengusai segala akal
fikiran.
Ingat jangan sesekali bela nafsu.
Belajar tahan sebelum dia membesar dan hilang kawalan. Letakkan limit dan
jangan pergi lebih jauh daripada itu walaupun mampu.
Semoga kisah ini menjadi iktibar
kepada kita semua.
0 comments:
Post a Comment