Tips
Suami Isteri - Bahagia ke Hujung Nyawa
Setiap pasangan yang berkhwin sememangnya
bercita-cita untuk mendapat kebahagian dan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Pada
awal perkahwinan semuanya indah dan manis belaka, setelah melewati beberapa
tahun pasangan akan menghadapi ujian dan dugaan dalam berumah tangga. Jika
tidak sabar dan kurang kemahiran dalam menangani isu-isu dalam rumah tangga
terutama oleh suami sebagai ketua keluarga dan juga isteri pembantu utama dalam
keluraga, Ketengan perhubungan berlaku dan jika tiadak diatasi dengan segara
boleh menjadikan keberatakan rumah tangga.
Untuk itu di utarakan beberapa tips tentang amalan
yang dapat mengekalkan kebahagian hubungan suami isteri dalam melayari bahtera
rumah tangga.Diantra lain ialah:
1- Sering melakukan kegiatan
bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan
mandi bersama.
2- Galakkan isteri tidur di atas
lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan
suami ketika berjalan.
3- Jaga agar mulut dan badan tidak
berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.
4- Isteri yang hangat dan romantis
sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.
5- Tukar gaya penampilan setelah
beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
6- Kreatif mencipta suasana yang
harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
7- Sekiranya ada pergaduhan atau
pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan
madu.
8-Kenangkan jasa dan susah payah
isteri mengandung dan melahirkan anak.
9- Sekiranya berlaku penceraian
(bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau
isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri
berminat untuk bersatu kembali (rujuk).
10- Suami kena lebih mesra dengan
keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa
mentua boleh membantu dari segi nasihat.
11- Suami jangan tumpu perhatian
yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.
12- Isteri jangan lebih banyak masa
menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan,
berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.
13- Sentiasa berlembut dari segi
percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
14- Isteri perlu berhias lebih
kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
15- Menjawab setiap pertanyaan suami
dengan lemah lembut dan bersantum.
16- Pasangan tua, terutama isteri
jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur
sendirian.
17- Sekiranya ada masalah, bawalah
berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
18- Fahami dan hayati sifat pasangan
dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan;
cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang
iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.
19- Suami isteri perlu mengekalkan
sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
20- Anak-anak jangan dipaksa
mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai
tetapi sentiasa awasi mereka.
21- Ketua rumah tangga yang bijak
sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari
segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
22- Keluarga Islam, pastikan
sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga -
merapatkan hubungan dan kemesraan.
23- Jangan beri ahli keluarga
makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan
membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.
Semua petua ini telah di amalkan oleh
penulis dan Alhamdulillah dapat kekalkan kebahagian hubungan kami suami isteri
walaupun usia perkahwinan kami telah melewati 35 tahun. Dalam pada itu isteri
telah sakit lumpuh sebelah tubuh hampir 15 tahun, Semuanya dapaat di kekalkan
kebahagian berumah tangga berkat amalan
tips diatas dan yang lebih penting mendapah hidayah Allah SWT.
Bagi pasagan yang baru berkahwin
patut sangat mengamalkan petua ini semoga dapat mencapai kebahagian yang di
idam-idamkan Insya Allah kebahagian
tetap menjadi milik kita. ♥
Sumber: Ustaz Asmungi Sidek (Bekas
Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Selangor)
0 comments:
Post a Comment