Puasa Sunat Enam Hari Syawal
PENGENALAN
PUASA SUNAT
Puasa
sunat Syawal sememangnya amat popular dalam kalangan masyarakat kita hari ini.
Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa
sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya
menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya’ dengan
amalannya.
Ibadah
puasa adalah suatu amalan mulia yang amat digalakkan oleh Islam.Selain puasa
fardhu Ramadhan, umat Islam juga boleh melakukan ibadat
puasa
sunat.
Ada
puasa sunat yang
1.
bersifat mingguan (seperti berpuasa pada hari isnin dan khamis)
2.
bersifat bulanan (tiga hari dalam sebulan)
3.
bersifat tahunan (hari Arafah, ‟Asyura‟ dan enam hari dalam bulan Syawal).
Puasa
adalah satu ibadah yang besar keutamaannya.
Abu
Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, Allah swt
berfirman (dalam hadis Qudsi):
Maksudnya:
“Setiap
amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan
Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).”
(Rasulullah
menjelaskan): “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tanganNya, nafas
orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian
kasturi.”
[Muslim
no: 1151]
Selain
hadis di atas, terdapat banyak hadis lain yang menerangkan
keutamaan puasa sunat.
keutamaan puasa sunat.
Abu
Said Al-Khudri ra berkata:
Rasulullah
saw bersabda:
Maksudnya:
“Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt
menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”.
[Al-Bukhari
no: 2840]
Di
antara puasa sunat ialah puasa enam hari pada bulan Syawal. Penulisan ini
akan membincangkan tentang puasa sunat ini.
DALIL
PUASA SUNAT ENAM SYAWAL
Abu
Ayyub Al-Ansari ra berkata:
Rasulullah
saw bersabda:
Maksudnya:
“Sesiapa
yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari
bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”
[Muslim
no: 1164]
Di
dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas
bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa
selama setahun.
Para
ulama‟ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut, kerana
setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda.
Puasa
30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6
hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari.
Jika
dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam
setahun sebanyak 360 hari.
HUKUM
PUASA ENAM SYAWAL
a.
Hukumnya adalah sunat.
Berkata
Imam An-Nawawi rh: “Hadis ini jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam
alSyafi‟e, Imam Ahmad, Daud dan ulama‟ yang sependapat dengan mereka
bahawa disunatkan berpuasa enam hari (pada bulan Syawal).
b.
Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula menganggap hukumnya makruh.
Sebabnya
kerana bimbang orang ramai akan menyangka ia adalah sebahagian dari puasa
Ramadhan (yang wajib hukumnya) padahal ia bukanlah dari puasa Ramadhan.”
[Syarah Sahih Muslim 8/56]
BILAKAH
DIMULAKAN PUASA SUNAT ENAM SYAWAL ?
Puasa
sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal.
Ini kerana
tarikh 1 Syawal adalah hari Eidil Fitri dan kita dilarang dari
berpuasa pada hari tersebut.
Abu
Hurairah ra berkata:
Maksudnya:
“Nabi saw melarang puasa pada hari (Eidil) Fitri dan (Eidil)
Adha.” [Al-Bukhari no: 1991].
BAGAIMANA
MELAKSANAKAN PUASA SUNAT ENAM SYAWAL ?
Syarat
dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti
puasa
wajib pada bulan Ramadhan.
Persoalan
yang menjadi perbincangan di kalangan para ulama ialah:
1-
Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau secara
terputus?
Pandangan
yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus
(tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum
berakhirnya bulan Syawal.
Ini
kerana apabila Rasulullah saw menganjurkan puasa sunat enam hari ini,
baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan
hari-harinya.
Maka
puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan
Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan
Syawal.
Namun
adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan
umum firman Allah swt:
Maksudnya:
“Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik
untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan)
Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan
bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Surah Ali Imran:133]
2- Melaksanakan Puasa Sunat Enam
Syawal Sebelum Mengqadha
Puasa Ramadhan.
Puasa Ramadhan.
Wujud
perbincangan di kalangan para ulama‟, apakah dibolehkan berpuasa sunat
enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan yang
belum diqadhanya?
Hutang ?
Perbincangan ini menghasilkan dua
pendapat.
Pendapat Pertama: Boleh melakukannya, berdasarkan dalil bahawa Aisyah radhiallahu ‘anha pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya‟ban yang akan datang.
Pendapat Pertama: Boleh melakukannya, berdasarkan dalil bahawa Aisyah radhiallahu ‘anha pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya‟ban yang akan datang.
Aisyah
ra berkata:
Maksudnya:
“Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya
kecuali pada bulan Sya‟ban.” Kerana sibuk (melayani) Rasulullah saw.
[Muslim
no: 1146. Al-Bukhari, no: 1950]
Penjelasan
“kerana sibuk melayani Rasulullah saw” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Sa’id
“kerana sibuk melayani Rasulullah saw” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Sa’id
Para ulama‟ yang mengemukakan
pendapat pertama berhujah, sudah
tentu tidak mungkin isteri Rasulullah saw, yakni Aisyah ra, tidak
melaksanakan puasa sunat enam Syawal.
tentu tidak mungkin isteri Rasulullah saw, yakni Aisyah ra, tidak
melaksanakan puasa sunat enam Syawal.
Pasti
beliau melaksanakannya dan tindakan beliau yang mengqadha puasa Ramadhan
pada bulan Sya‟ban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal
sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan.
Pendapat Kedua: Tidak boleh
melakukannya, berdasarkan hadis
yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang telah
dikemukakan di awal risalah ini.
yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang telah
dikemukakan di awal risalah ini.
Hadis tersebut berbunyi: “Sesiapa
yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari
dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”
Rasulullah saw mensyaratkan “berpuasa
Ramadhan” terlebih dahulu,
kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”.
Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah
seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya.
kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”.
Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah
seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya.
Jika ada puasa Ramadhan
ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu.
Kemudian barulah diiringi dengan
puasa sunat enam Syawal.
Kalau diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih (kuat);
Kalau diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih (kuat);
Kerana ianya lebih menepati dalil puasa sunat
enam Syawal itu sendiri. Selain dari itu, membayar hutang yang
wajib hendaklah didahulukan dari memberi sedekah yang sunat.
Ini disokong dengan ayat 133 surah
Ali Imran yang dikemukakan sebelum ini, yang menganjurkan kita untuk
menyegerakan amal kebajikan.
Sudah tentu amal yang wajib
lebih perlu disegerakan daripada amal yang sunat.
Namun, sekiranya seorang itu tidak
berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qadha kemudian berpuasa
enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadhan tahun
berikutnya, maka pendapat yang pertama boleh diterima, berdasarkan apa yang
dilakukan oleh Aisyah ra.
Menurut Imam An-Nawawi rh, Mazhab
Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie,
Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan:
Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan:
“Qadha puasa Ramadhan bagi
mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan
musafir, maka kewajipan mengqadhanya adalah secara bertangguh (’ala
at-tarakhi), tidak disyaratkan qadha terus apabila boleh
melakukannya”.
[Syarah Sahih Muslim 8/22].
Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini:
“Sesiapa yang tertinggal
puasa Ramadhan, sunat dia mengqadhakannya secara berturut-turut dan
makruh bagi orang yang ada qadha Ramadhan melakukan puasa sunat”.
[Mughni Al-Muhtaj 2/181 cet,
Darul Kutub al-Ilmiah, Beirut].
3 – MENGGABUNGKAN PUASA QADHA DAN
PUASA ENAM
Di antara persoalan yang sering
timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa
iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal.
Adakah diganjari dengan kedua-dua
pahala tersebut dengan puasa yang satu?
Khilaf dalam perkara hukum ialah
rahmat
Persoalan
ini berlaku KHILAF di kalangan ulama‟, sebahagiannya yang berpendapat
tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau
dengan puasa sunat yang lain, sekiranya dilakukan maka puasanya itu
tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat.
Ada
di kalangan ulama‟ Syafi‟iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap
akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun ia tidak
berniat menggabungkan kedua duanya, namun pahala yang diperolehi kurang
daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan.
[Lihat: Mughni Al-Muhtaj 2/184,
Hasyiah Asy-Syarqawi 1/428, Fatawa Al-Azhar 9/261 Al-Maktabah Asy-Syamilah]
Setelah dikaji, pandangan ulama ‟yang membolehkan puasa dua dalam
satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Qur‟an dan al-Sunnah.
Setelah dikaji, pandangan ulama ‟yang membolehkan puasa dua dalam
satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Qur‟an dan al-Sunnah.
Mereka juga mengatakan amalan ini
hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha dalam bulan Syawal,
sama seperti pahala sunat tahiyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang
terus melakukan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan
mendapat juga pahala sunat tahiyatul masjid).
Wallahu a‟lam.
Oleh itu, lakukanlah dua ibadat
puasa ini (fardhu dan sunat) secara
berasingan, kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan (sunat) tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba yang mencari
keredhaan Tuhannya.
berasingan, kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan (sunat) tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba yang mencari
keredhaan Tuhannya.
Ini juga lebih berhati-hati (ahwat)
dalam ibadat, serta melakukan ibadat dengan yakin adalah lebih utama (aula).
Sebagai kesimpulan, puasa
sunat semata-mata kerana Allah (bukan kerana sakit atau ingin berdiet)
mempunyai kelebihan yang besar di sisi Allah swt dan sangat digalakkan oleh
Rasulullah saw.
Sebagaimana yang diketahui
semua amalan sunat adalah sebagai penampal kepada mana-mana kekurangan
dalam amalan fardhu. Puasa enam hari pada bulan Syawal ini pula thabit
dari sunnah Rasulullah saw. Sempurnakan dahulu qadha beberapa hari yang
tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada
akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa hadapan.
Bagi orang yang tidak sempat
melakukan puasa sunat kerana sibuk dengan puasa wajib diharapkan Allah swt akan
memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya.
Semoga kita semua diberi taufiq dan
hidayah oleh Allah swt ke jalan yang di
redhai-Nya.
redhai-Nya.
0 comments:
Post a Comment