Tanpa sebuah persefahaman, tidak
mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.
Kesolehan keluarga menjadi penentu
bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera. Sebahagian dari
kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.
Ciri orang yang mencintai
keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan
keluarganya.
Biar berjuta halangan merentangi
namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan
ketulusan yang abadi.
Dalam melayari rumah tangga berdua,
pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu
mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.
Perunding motivasi dan keluarga, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah memberi 63
petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah
tangga.
1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih
sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual
atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri
daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau
hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif
pasangan.
12. Berfikiran terbuka – boleh tegur
menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi –
tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan
dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira
‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan
semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan
kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang
perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan
nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat
dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri
pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum
tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap
masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada
pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan
untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam
situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari
punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi
pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama
pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan,
sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda
berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki
hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu
teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang
masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan
berlaku – sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari
kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada
hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada
menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau
maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat – bangun
tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
- Mental, pendidikan dan ilmu
- Emosi
- Fizikal dan ekonomi
- Sosial
- Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama
(kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
- Pendapat atau pandangan
- Hobi
- Kegemaran
- Makanan
- Cita rasa
- Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke
semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan
kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan
(tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau
peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan
positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan
apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada
Allah s.w.t.
0 comments:
Post a Comment