Tuesday, July 22, 2014

KITA MERANCANG, ALLAH YANG TENTUKAN.



KITA MERANCANG, ALLAH YANG TENTUKAN SEGALANYA.

Semua manusia mahu kehidupan yang sempurna. Namun semua manusia juga tahu, di dunia ini tidak ada yang sempurna kecuali di syurga. Antara banyak perkara yang mahu dijadikan sempurna, ada satu yang semua manusia berusaha, untuk mendekati sempurna, iaitu cinta.

Di situlah kisah saya dan isteri bermula. Pada ketika semuanya nampak hampir sempurna, pada ketika itulah Tuhan mendatangkan ujian-Nya. Ujian yang pada mulanya membuatkan saya terfikir, di mana salah saya? Apa dosa saya sehingga saya dilakukan begini?

Namun pada akhirnya saya mengerti, Tuhan turun ujian-Nya itu bagi menjadikan cinta saya kepada isteri, mendekati sempurna. Cinta sempurna yang tidak meletakkan syarat. Cinta yang tidak perlu cantik, tidak perlu bersuara manis, tidak perlu tersenyum anggun, dan tidak perlu memeluk saya pun, tetap akan saya membalasnya dengan cinta.

Beginilah kisah saya bermula.

***

Pada 21 Ogos 1980, saya mendengar kata-kata tegas dan keras ini dengan penuh rasa syukur dan gembira.

“Sah!”

“Sah!”

Alhamdulillah, akhirnya saya menjadi seorang suami, kepada seorang perempuan yang paling cantik pada mata saya. Perempuan yang sudah mencuri hati sekian lama, dan pada hari itu, sah menjadi isteri. Kehidupan pun berlangsung dengan permulaan yang manis-manis.

“ Abang sayang kat yang tak” itu luahan isteri pada malam pertama.

“Siapa yang tidak sayang.”

“Betul abang sayang?”

“Sumpah abang sayang.”

Kami sama-sama tersenyum bahagia. Lalu selama hampir 20 tahun Allah, pinjamkan saya dan isteri, perkara yang bernama manis. Kami hidup bersama menjalani era 80-an dan 90-an dengan penuh suka duka. Kami diberi rezeki oleh Tuhan, bermula pada 1 September di lantik sebagai Pegawai Tadbir Negeri,  dengan harta yang sedikit-sedikit kami kumpul, dan kemudian di anugerahkan oleh Allah dengan rezeki yang tidak ternilai – anak. Anak yang menjadi bukti dan pengikat cinta kami. Sehinggakan kami terpaksa mengangkat dua belah tangan untuk menghitung jumlah bilangannya, iatu tujuh orang. Empat putera dan tiga puteri. Kehidupan kami sekeluarga, Alhamdulillah dikurniakan dengan kebahagian dan keceriaan seadanya.

Sehinggalah pada tahun 2 Mac 2001, isteri saya terpaksa dimasukkan ke hospital bagi menjalani pembedahan. Sesuatu yang saya tidak jangka. Sesuatu yang saya baru tahu, dan tidak pernah tahu pun penyakit itu wujud keran dia semenjak kami disatukan tidak pernah sakit berat, kecuali deman selsema sekali sekala... Yang paling kerap sakitnya ialah perut berbondol didepan dek mengandung anak-anak hampir setahun sekali pada awalnya dan di selang-seli tiga tahun sekali selepas anak ketiga dan seterusnya..


“Isteri Tuan terkena penyakit,  berkaitan dengan genetik yang mungkin berlaku atas nisbah 100 ribu hingga 150 ribu orang manusia seorang yang mengalami penyakit ini.  mengikut istilah kedoktoran penyakit ini dikenali sebagai  “Arterio-Venous Malformation” (AVM).”

Pada ketika doktor memaklumkan perkara itu kepada saya, saya masih belum berasa apa-apa lagi. Sekiranya kanser ataupun penyakit jantung, masih saya mampu bayangkan bahayanya, tetapi tidak dengan penyakit ini. Suatu misteri bagi saya, panyakit pelik yang berkitan dengan saraf otak. Bila dia menyerang insan yang sihat boleh koma serta merta...Itulah sunnatullah yang banyak lagi insan bergelar manusia tidak mengerti dan jahil tentang ke Agungan dan Kekuasaan-Nya.

Lalu pada ketika isteri saya dibawa ke dewan bedah, saya hanya mampu berkata, “Doakan selamat semuanya. Insya-Allah, abang doakan selamat.” Itulah luahan kata-kata yang dapat saya lafazkan semasa melihat isteri yang koma di bawa oleh nurse ke dewan bedah.

Bila isteri telah hilang dari pandangan dek ditelah daun pintu dewan bedah..... minda mengelamun mengimbas kembali tentang isteri tercinta yang begitu setia kepada diri ini..... Nah telah terbukti keikhlasan cinta dan sayangnya pada suami bila saya di takdirkan menimpa musibah kesakitan  pada tahun 1983.

“Abang biar saya yang lakukan semuanya, tak jadi masalah, nanti bila abang dah sembuh betul-betul  bolehlah buat kerja semula.” Luahan isteri kepada saya yang terlantar di kerusi malas akibat kaki kanan di simen dengan POP selama setahun dulu, itulah bukti ciantanya.

Dan sekarang kesetiaan cinta saya pada isteri pula di uji, mungkinkah Tuhan takdirkan semua ini sebagai timbal balas  ujian-Nya tehadap cinta kami. Allah Maha Adil.

Bila dikenangkan isteri  memang seorang yang baik dan jujur kepada suami. Dia  menjaga suami dengan sepenuh hati tampa sebarang rungutan dan keluh kesah. Dia senggup lakukan semuanya, basuh najis, air kencing, memandikan dan serba serbi lagi.  Bersyukur kepada Allah yang memberikan saya jodoh dengan seorang wanita yang jujur dan baik hati.  Itulah bukti kesucian cinta isteri kepada suami.

“Encik” aku tersentak dari mengalamun, bila mendengar suara nurse.  “ Isteri encik akan dibedah dalam tempoh 3 hingga 4 jam, encik boleh tunggu di lobi sana. Bila dah selesai nanti saya panggil”. katanya dengan senyum menawan. Aku hanya melihat dengan hati yang kosong.

Di kerusi ruang menunggu, fikiranku masih terbang kesana kemari mengelamun memikirkan masa depan kami sekeluarga.

Isteri yang sedang menjalani pembedahan sekarang ini belum pasti apa akan kesudahannya, sihatkah atau macam- macam situasi yang belum jelas dan terjawab. Ya Allah kau selamatkanlah isteri ku semoga dapat terus kami bersama “ InsyaAllah”  hati kecil ku menjawab sendirian.


Dalam pada menunggu isteri keluar dari dewan bedah, fikiranku masih terbayang waktu-waktu diri ini yang ditimpa kesakitan, dan bagaimana isteri menjaga ku dengan penuh kasih sayang dang taat setia.

“Abang dah lebih lapan bulan berehat di rumah” isteri memberitahuku pada suatu petang.

“Bila masa abang dapat berjalan” tanya isteri kepada ku yang masih terbaring di kerusi malas.

 “Entalah sayang, terserah kepada takdir Allah. Abang terima sahaja lah”.

Situasi itu masih terbayang di minda ini,  masih aku ingat segalanya, bagaimana isteri mengahdapi segala dugan bila aku sakit lutut kanan pada tahun 80an dahulu.

Dia masih setia walaupun diri ku sudah diketogri sebgai seorang suami yang cacat. Mana tidak, kaki kanan hanya dapat  digerakkan lebih kurang 25% sahaja, menyebabkan daku terpaksa berjalan seperti orang memakai kaki palsu. Bermula masa ini diri ku mula dilihat sebgai seorang yang cacat anggota, apabila solat semasa duduk antara dua sujud dan tahyat awal dan akhir kaki kanan terpaksa di bawa ke hadapan secar belunjur.

“Sayang terima seadanya, biarlah abang sekarang tak sama seperti dulu.’ luah isteri ku semasa diri ini baru saja keluar dari hospital satu masa dahulu.

“ Sayang tak menyesal kahwin dengan abang ? “ aku pernah luahkan kepada isteri setelah sakit lututku tidak sembuh sepenuhnya, kaki kanan ku telah tidak seperti dulu lagi, telah cacat.

“Apa pula menyesal, kerana semasa kahwin dulu abang memang hensem, macam Amita Bachan,,,,,hee..hee” jenaka isteri,

“ Yalah,sungguh-sungguh tu” aku persoal kembali untuk mempastikan keikhlasan isteri.

“ jika abang tak percaya, tak apalah”

Itu adalah cerita lama di tahun-tahun 80an dahulu. Di takdirkan cinta manis kami hanya bertahan selama tiga tahun sahaja, masa itu semuaya indah-indah.  Suami isteri yang romantis.   Happy sentiasa hidup kami sekeluarga.

Semuanya telah jadi kenangan dalam lipatan sejarah rumah tangga kami.

Itu semua saya dapat hadapi dengan penuh keinsafan dan tabah hati kerana sudah ditakdirkan Allah, mungkin untuk menguji keimanan dan ketaqwaan saya kepada-Nya. Masa berlalu dengan pantas, dan saya dapat mengadoptasikan kesakitan kaki kanan sebagi satu takdir yang telah diberi kepada saya dan keluarga. Namum begitu kebahgaian rumahtangga kami tetap utuh seperti sebelumnya.

Kini cinta ku pula kepada isteri di uji Allah. Apa yang berlaku kini sebagai satu ujian getir cinta ku. Adakah ianya benar-bernar setia sebagaimana kami lafazkan semasa mula-mula aku dan isteri berkenalan dulu. Adakah mampu bertahan dengan kesakitan isteri yang mungkin lumpuh dan tidak dapat berkata-kata lagi selepas pembedahan ini.

” Your wife may be paralizyed one side of the body. She also may be cannot talk due to shortern of her tounge” kata doktor pakar yang memjelaskan sitausi isteri yang akan dibedah itu kepada ku.

Akau hanya mendengar saja kata-kata doktor itu. Apa yang dapat dilakukan dalam suasana kecemasan seperti ini, yang penting bagi ku hanyalah mengharapkan nyawa isteri dapat diselamatkan. Moga dia terus dapat menyudut udara di dunia ini. Hanya pada Allah yang aku serahkan segala-segalanya.


Jam di ruang mengunggu menunjukkan pukul 10.30 pagi. Aku tetap sabar menunggu kuputusan pembedahan isteri, belum menampakkan apa-apa berita lagi dari dewan bedah.Tunggu tetap tunggu.

Dalam pada itu aku masih tidak dapat terima kenyataan  bahwa isteri yang tercinta yang menjadi pembantu utama kepada ku dalam mendayung kehidupan berkeluarga kam,  kini telah diambil nikmatnya oleh Yang Maha Berkuasa. Dia telah koma, dan perlu pembedahan segera untuk selamatkan nyawanya.  Selepas pembedahan masih belum pasti apa situasi kesihatannya. Boleh pulih kah atau tidak ?,  dapat terus bernafas atau terus terhenti?. Itu juga tidak pasti,  daku  hanya berserah kepada Allah SWT.

Masih aku soal-soalkan di benak hati ini, apakah kesalahan ku sehingga Allah menguji diri ku ini  dengan pelbagai dugaan dari masa ke semasa. Mungkinkah ini satu cara untuk menguji tingkat keimanan dan ketaqwaan ku. Persoalan ini tidak dapat ku jawab dengan pasti. Wallahualam, terserahlah kepada-Nya.

Peristiwa yang berlaku ke atas isteri ku ini banyak memberi pengajaran dan kesedaran kepada diri ku dan juga ahli keluarga kami. Mana tidak dengan tidak semena-mena isteri yang sihat telah ditarik nikmatnya serta merta. Terus koma di hospital semasa mendapat rawatan sakit kepala yang ku anggap sakit biasa sahaja. Doktor pun berkata begitu.

“ Encik jangan risau, sakit kepada isteri ini biasa sahaja. Bila dapat rawatan sembuhlah dia” kata doktor kepada ku semasa menghantar isteri ke hospital dahulu.

Tapi hakikatnya kejadian di masa hadapan setiap manusia tidak benar-benar pasti, kita hanya mampu membuat ramalan sahaja. Yang menentukan segala-galanya adalah Allah. Nah terubukti lagi bahawa sebenarnya kita manusia ini tidak ada apa-apa kuasa dan kekuatan. Segalanya adalah kurniaan dan pinjaman dari Yang Maha Berkuasa iaitu Allah. Allah hu Akhbar ! Kita tidak ada apa-apa, semuanya Allah yang punya.


Masih saya terbayang situasi bermula pada 2 Mac 2001. Apabila selesai solat maghrib, tiba-tiba kedenganran suara meraung kesakitan isteri.
“ Adooooh, sakitnya kepala ini bang, tolonglah bang, ayang sakit ni”
“ Tunggulah kejap ,  nanti abang selesai solat kita pergi jumpa doktor”
Sebaik sahaja selesai solat, saya  terus membawa isteri ke klinik untuk berjumpa doktor.
“ sakit apa puan ?” tanya doktor yang memeriksa isteri ku .
“ Sakit kepada yang amat sangat doktor. Tangan dan kaki kanan rasa kebas nak gerakpun tak daya,”.
“ Tekanan darah puan normal, migrin kut” sambil menjalani prosidur pemeriksaan pesakit yang biasa diamalkannya.
“Insya Allah, selepas makan ubat nanti sembuh lah” .
“ untuk cepat tahan sakit, saya bagi suntikan… macamna boleh paun”
“ okey”
 Doktor memberi ubat suntikan  dan juga ubat untuk dimakan bagi menahan kesakitan. Malam itu kesakitan isteri terkawal.
Pada tengahari keesokan harinya, “ Abang, kenapa tangan dan kaki kanan ayang ras kebas dan  tak kuat” kedenganran suara isteri dari dalam bilik tidur.
“ Mugkin kesan suntikan malam tadi kut.”
“ Bersabarlah. Kan ubat dah makan. Nanti hilanglah sakit  tu”. Saya cuba menyakinkan isteri yang maseh dalam kesakitan di atas katil.
Setelah hampir  waktu maghrib. Tiba-tiba kedengaran.
“Eweeek, eweeek,”  dari  Dalam bilik air.

Saya yang berada di atas sejadah untuk solat maghrib, bergegas ke bilik air.
“ Kenapa ni yang, muntah ke”.
“Eweek, Eweeek.”
Tapi kali ini tidak ada apa yang keluar, cumi air liur sahaja.
Saya mengambil air dari paip bagi membantu untuk bersihkan kesan muntah isteri.
“Abang tolong, tolong, kenapa ayang ni, muntah tak henti-henti. Kaki kanan rasa macam kebas.”

Saya  cuba membantu isteri, kelihatan ia agak susah  hendak berdiri, dan saya papah isteri  ke  katil.
“ Ok, mari kita pergi jumpa doktor” saya mengajak isteri.
Sekali lagi saya  membawa isteri berjumpa doktor di klinik yang sama. Doktor memeriksa tekanan darah dan didapati keadaan masih normal, tetapi oleh kerana isteri mengalami muntah-muntah dia memberi surat untuk mendapat rawatan susulan di hospital, yang jaraknya lebih kurang 4 km dengan rumah kami.
“ encik, isteri dah selamat di bedah”  saya terdengar suara nurse, saya terjaga dari mengelamun dan mendapati isteri sedang terbaring di atas katil yang di tolak oleh dua orang pembantu hospital menuju ke wad.
“ encik boleh ikut kami” nurse mengajaku. 

Aku hanya mengikut mereka dari belakang.

“ Isteri akan dimasuk ke wad ICU dahulu. Bila dah sedar nanti akan dipindah ke wad biasa” terang nurse  semasa kami berjalan menuju ke wad ICU.
Di wad ICU, isteri ditempatkan di atas katil berhampiran dengan meja Ketua Jururawat yang bertugas. Mungkin untuk memudahkan pengawasan.

Saya hanya mempu memerhatikan dari jauh sahaja, kerana di ICU ahli keluarga tidak dibenarkan menunggu pesakit, hanya dibenarkan semasa waktu melawat untuk melawat pesakit dengan masa terhad dan prosidur yang ketat. Semuanya untuk meberi keselesaan kepada pesakit dan mempastikan pesakit mendapat rawatan yang terbaik, lebih-lebih lagi pesakit seperti isteri yang menjalani pembedahan kepala.
“Encik jangan risau, kami akan jaga isteri encik.” Itu kata-kata nurse kepada saya setelah dia melihat saya agak gelisah dan serba salah semasa menunggu iseteri di lobi wad ICU.
Sedang saya  asik mengunggu perkembangan isteri selepas pembedahan.
Di minda masih terfikir tentang kebesaran Allah Yang Maha Pemurah dan Penyanyang. Saya sebenarnya tidak terfikir yang isteriku semasa sedang koma di hospital di Kota Bharu, dan mengikut doktor hanya menunggu masa sahaja untuk menemui Pencipta-Nya. 

Kini masih dapat bernafas dan ada kemungkinan akan dapat sedar kembali setelah mejalani pembedan kepala bagai membetulkan system saraf otak dan membuang darah yang mengalir sebelum ini.

“ Encik jangan risau, pembedahan ini simple sahaja, setiap bulan saya lakukan hampir lebih 20 pebeahan” kata doktor pakar untuk menyakinkan aku semasa diminta menandatangi surat kebenaran pembedahan pagi semalam.
Aku juga terharu bagaimana VVIP di Kota Bharu yang datang melawat isteri di hospital pada petang 2 Mac 2001, telah memberi arahan kepada doktor supaya membawa isteri ke Hospital Pakar di Ampang, Kuala Lumpur. Itu semua tiada dalam jangkaan aku. 

Mungkinkah ini adalah takdir Allah… semua perkara yang tak kita sangka-sangka boleh berlaku. Atuapun ini juga mungkin apa yang dikatakan oleh beberapa orang ustaz semasa memberi kuliah agama yang pernah ku hadiri beberapa masa dahulu.

“ Jika kita suka membantu orang dalam kesusahan, nanti apabila kita dalam keadaan kesusuhan dan kebuntuan akan datang pertolongan Allah dengan cara yang tidak kita duga dan terfikir, itulah kelebihan orang yang mempunyai sifat pemurah dan suka menolong orang”.

Jam di ruang lobi menunjukkan pukul 3.20 petang.  Saya rasa agak bertenga semula setelah pergi mandi dan menukarkan pakaian yang di pakai semenjak semalam lagi, lebih menyegarkan apabila saya dapat lena seketika selepas solat zohor di surau hospital tengah hari tadi.

“ En. Raihan. Sila masuk ke wad” kedengaran suara nurse dari pintu wad ICU.

Aku bergegas ke pintu Wad ICU, dan mengikuti nurse masuk ke dalam wad dan di bawa menghamiri katil isteri yang sedang terlantar.

Aku memerhatikan suasan isteri yang masih terlantar di katil, telah kelihatan pegerakan kepalanya yang berbalut dengan bandage yang tebal, dan jarinya yang masih terkepit dengan alat pengawasan nadi dan didadanya dipenuhi denga wire yang mengawasi perjalanan jantung dan tekanan darahnya, mesin pengawasan memperlihatkan catatan system tubuh isteri adalah normal. “ Alhamdulilllah “ berbisik hati ini.

Sedang saya memerhati kepada isteri ku. tiba-tiba .

“ Abang lapar” kedengan bisikan perlahan dari mulut isteri yang telah mula sedar.

“ Alhamdulilllah” Keluar sepontan dari mulut ku, sambil tangan saya memegang erat tangan isteri.   

Betapa bersyukurnya diri saya kepada Allah…. Kerana telah memakbulkan doa saya. Isteri yang menjalani pembedahan telah sedar dan dapat berkata-kata semula.   Situasi ini telah mengembalikan keykinan saya yang sebelum ini didalam seribu persoalan dan ketidak tentuan kerana doktor meramalkan isteri  tidak dapat bercakap selepas menjalani pembedehan di kepalanya.

Kejadian ini memberi kesedaran yang mendalam kepada diri ini yang cetek ilmu agama,  Ia membuktikan bahawa kekuasaan Allah akan mengatasi segala-galanya di dunia ini. Allah boleh menidakkan segala tanggapan manusia yang berdasarkan hukum akal bahawa sesuatu keadaan itu akan berlaku mengikut tabiinya. Tapi ilmu Allah  boleh mengatasi ilmu tabii. Sesuatu di luar kebiasaan tabii alam akan berlaku bila Allah menghendaki ianya berlaku. Ini adalah satu keanjaiban yang Allah Lakukan terhadap isteri saya.

Peristiwa yang dialami oleh  isteri memberi keinsafan bahawa jika kita bertawakal dan berserah kepada  Allah setelah berusaha sedaya upaya mengikut kemampuan kita. InsyaAllah akan ada jalan penyelesaian yang ditentukan oleh-Nya.

Kesimpulan dari cerita yang saya bentangkan di sini memperlihatkan Allah yang menetukan segala-galanya kepada hambaNya. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang untuk mendapat kejayaan di masa hadapan, tetapi Allah berkuasa mengubah segala perancangan kita dan mungkin hasilnya adalah jauh berbeza daripada apa yang kita harapkan. Sungguhpun begitu ianya ada hikmahNya, untuk menguji sejauhmana kita beriman dan bertaqwa kepada Allah. Setiap musibah yang ditimpa itu adakah kita mengadapNya untuk memohon restu supaya di selesaikan segala kesukaran dengan sebaik mungkin. Bagi mereka yang tinggi tingkat keimanan dan ketaqwaan akan merasa redha terhadap apa jua ketentuan Allah, kerana mereka yakin seagala janji Allah bahawa setiap kesusahan yang dihadapi dengan penuh kesabaran akan diganti dengan kegembiraan dan keseronokan bila tiba masanya. Kita sebagai manusia hanya berusaha dan berdoa sahaja. Allah telah janjikan bahawa setiap penyakit akan ada ubatnya, setiap permasalahan ada jalan penyelesaiannya. 

Kini isteri yang tercinta telah ditarik rahmat kesihatan, kecatikan dan kesempurnaan oleh-Nya. Segala kesempurnaan yang dinikmati selama ini telah tiada. Kini dia sebagai seorang yang Kurang Upaya (OKU) terpaksa menjalani kehidupan dengan penuh cabaran dan dugaan.

“ Tengok tulisan ini abang, boleh baca tak” sambil  menghulurkan diari catatan makan ubat dirinya.
“ siapa yang tulis,cantik”

“ Abang perli ya” sambil senyum sinis.  Mungkin dia perasan yang aku cuba mengambil hatinya kerana tulisan dengan tangan kiri itu tidak begitu jelas .

“ Baguslah ni, jika abang tulis dengan tangan kiri lagi hodoh” aku cuba memberi keyakinan di atas usaha dan dedikasi isteri yang bersungguh belajar untuk menulis dengan tangan kiri. Memang akau salute sifatnya yang dedekasi untuk membolehkan kehidupannya kembali normal setelah ianya mengalami lumpuh. Selepas hampir 15 tahun dia mencatat diari dengan tangan kiri, telah memahirkan penulisannya yang hampir standing dengan insian biasa yang kidal.

Itulah kelebihan yang dikurniakan Allah kepada isteriku. Dia tetap sabar dan dedikasi dalam menghadapi kecacatan yang diberikan oleh Allah. Kini telah dilaluinya telah melewati 15 tahun, kehidupan sehariannya telah dapat disesuaikan.

saya juga tidak terfikir yang kami suami isteri dapat melalui semua ini dengan tenang dan terus menjalinkan cinta setia kami sehingga ke hari ini. Bila diteliti keutuhan cinta kami dalam melalaui kepayahan dan kesusahan hidup ini setelah isteri lumpuh hampiir 15 tahun, adalah disebabkan saya dan isteri mengamalkan beberapa perkara yang dapat mengekalakan keharmonian cinta dan hubungan suami isteri kami berdua. Bila dilakukan periksa silang   (cross check ) dengan teori yang dikemukakan oleh pengkaji saians sosial, didapati banyak persamaan dengan apa yang kami amalkan dalam melayari bahtera kehidupan rumah tangga kami.

Bila dikenangkan kedamaian dan kelangsungan cinta kami dapat bertahan dalam tempoh melebihi 35 tahun setelah berkahwin. Kami rasa amat perlu untuk didedahkan kepada masyarakat umun sebagai satu iktibar, terutama bagi pasangan yang menghadapai masalah dalam meneruskan kelansungan cinta mereka dan juga situasi rumah tangga yang telah retak dan tunggu belah, Semoga pengalaman yang kami lalui itu dapat dijadikan sebagai panduan  dan iktibar.



0 comments:

Powered by Blogger.