PASANG NIAT SERTA BERDOA UNTUK JADI SUAMI TERBAIK:
Secara reality dalam kehidupan “ pasang niat “ adalah kunci utama
dalam apa jua tindakan. Mengikut ajaran Rasullah SAW “mulakan sesatu pekerjaan dengan niat kerana
Allah”. Sekiranya kita melakukan sesuatu kerja kerana Allah sudah pasti hasil dan natijah tindakan kita itu akan
berlandaskan kepada syariah dan peraturan yang digariskan oleh Allah. Jika ini
berlaku ianya akan memperolehi kebaikan dunia dan kebaikan akhirat. Kerana
sebarang kerja yang dimulakan dengan niat kerana Allah akan diberi pahala
olehNya. Contohnya jika kita berpagi-pagi keluar rumah untuk pergi bekerja kerana
mencari rezeki yang halal bagi membolehkan kita memberi nafkah kepada isteri
dan memberi makanan dan tempat kediaman serta kendraan kepada ahli keluarga
ianya akan dikira ibadah, sebaliknya jika kita tidak pasang niat ianya tidak
akan mendapat ganjaran sebagai satu ibadah. Alangkah ruginya. Tetapi secara
realitinya berapa ramai yang mengamalkannya.
“ Abang akan jadi suami yang terbaik untuk ayang, doakan semoga
niat murni abang ini dikabulkan Allah” bisik ku kepada isteri pada malam
pertama kami dahulu.
“ InsyaAllah. Jika niat abang begitu akan dikabulkan oleh-Nya”
isteri berada disebelah ku. Sambil memandang ke mukaku dengan senyuman penuh
pengharapan. Itulah janji ku kepada isteri yang tercinta, semenjak mula dulu,
dan selama-lamanya. Mungkinkah apa yang berlaku kini sebagai hikmah Allah yang
ingin menguji kesetiaan cinta kami
Reflek kepada realiti kehidupan saya, semasa mula-mula
berhasrat untuk mendirikan rumah tangga pada awal tahun 80an dahulu. Niat utama
adalah untuk memilih wanita idaman ( beriman, berilmu,cantik,berada) untuk dijadikan
isteri. Dengan tersematnya niat sebegini,
mendorong saya tidak bersosial. Berbanding dengan pemuda lain yang pada masa
itu telah bercouple semasa sedang menuntut di universiti lagi.
“ Nik kenapa dengan you ini, asik keseorangan di bilik asrama saja
“ kata teman sebilik di asrama USM dahulu semasa saya di tahun pertama.
“ Member you semua ada makwe, kenapa you tak pasang satu” kata Lee
yang berasal dari Johor. Dia mengikuti ijazah sains computer manakala saya
dalam bidang perumahan dan perancangan.
“ Maaf Lee, saya mempunyai perinsip yang berbeza dengan mereka,
jika saya minat seorng wanita saya akan
jadi calon isteri, bukan untuk bersosial”
“ Apa salahnya kita kawan dulu, kemudian boleh jadi isteri bila
dah graduate nanti”
“ Lagipun di U ni ramai freshi yang cum-cum, jangan lepas peluang
Nik” Lee cuba menyakinkan aku supaya menerima pendapatnya.
“Sorry kawan, prinsip aku berlainan dengan you. Aku di didik untuk
mencintai wanita hanya untuk dijadikan isteri, bukan untuk suka-suka, agamaku
melarang bersosial antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim” Kata ku untuk
memberi penjelasan.
Lee memandang kepada ku dengan seribu persoalan menampakan dia memerlu
penjelasan lanjut.
Aku bersyukur kehadrat Allah SWT yang telah memberi hidayah
sehinggakan aku mempunyai perinsip sebegitu semenjak remaja lagi.
Isteri yang dikahwini sekarang
ini adalah wanita yang saya sembunyikan keinginanku kepadanya semasa bersama-sama
menaiki bas untuk ke sekolah sejak hampir 2 tahun lebih. Bila kami terserempak hanya
jelingan mata dan senyuman sahaja yang
dizahirkan oleh kami, hasrat tersimpan di dalam hati masing-masing. Minat ku
terhadap isteri sekarang ini disebabkan
oleh kecantikan rupa parasnya yang tiada tandingnya bagiku pada masa itu.
Kecantikannya yang mempunyai raut wajah yang sentiasa kelihatan muda (cute)
dengan rambut ekar mayang, warna kulit yang puteh melepak, bentuk tubuh badan
yang kurus ramping dengan ketinggian sederhana menyebabkan banyangan wajahnya
sentiasa terbayang dalam fikiran. Mirip
wajahnya hampir sama dengan pelakon filem dan drama popular
pada tahu 80an.
“ Abang tahu tak, sebenarnya ayang dah jatuh hati kat bang semasa
kita sama-sama tunggu bas untuk ke sekolah dulu” isteri memberitahu kepada ku
pada malam pertama kahwin dahulu.
“ Patutlah, bila abang duduk sebangku di atas bas, ayang nampak malu-malu
aja. ooo ada hati kat abang rupanya”
“ Ya lah, kalau tidak mana boleh kita kahwin”.
Begitulah ceritanya kami berdua, yang masing-masing menaruh
harapan, tapi malu untuk berkat-kata, namum dengan takdir Allah akhirnya kami
bersatu jua. Mungkinkah ini adalah
realiti apa yang diperkatakan bawa jodoh seseorang lelaki atau perempuan telah
ditentukan olehNya di Luh Mahfuz lagi.
Perkenalan kami secara serious terjalin setelah kami secara tidak sengaja, berjumpa pada suatu
malam di tempat Persembahan Pentas di
sebuah sekolah, bertembung dengan isteri yang pada masa itu bersama ibu dan keluarganya untuk menyaksikan
persembahan tersebut.
“ I rasa macam pernah jumpa you sebelum ini” itulah perkataan pertama yang saya lafazkan semasa memulakan cerita di malam itu.
“ I rasa macam pernah jumpa you sebelum ini” itulah perkataan pertama yang saya lafazkan semasa memulakan cerita di malam itu.
“ Pagi tadi kita jumpa dekat stadium kan” jawab dia dengan
mengukir senyum kepada saya
“ You kerja di mana” tanya
saya kembali, setelah teguran mendapat jawaban.
“ I kerja di Teenas Travel, You pula kat mana” jawab dia sambil
menatap kepada saya.
“ I belum kerja lagi, masih menuntut. Sekarang ni buat
practical di JKR” jawab saya sepontan sebagai membalas soalan dia. Di dalam
hati saya begitu gembira sekali, kerana gadis yang saya impikan sebelum ini
telah dapat saya tegur dan dia memberi
respon yang positif. Itulah detik pertama kami mula mengenali antara satu sama
lain secara lebih dekat.
Keesokan harinya pada waktu rehat tengah hari, saya bergegas ke
stadium untuk mencari tempat kerja gadis yang saya jumpa malam tadi, Rohani
namanya. Bila saya tiba di stadium, saya
lihat dia sedang berada di kaunter. Pada
hari itu dia memakai baju kebaya dan berkain batik jawa, kelihat dia
begitu cantik dan ayu sekali.
“ Assalamualaikum,” saya meberi salam sebaik sahaja berada di
depan kaunter.
“Waalaikumussalam” jawab dia ringkas sambil meberi senyuman.
“ Jumpa you cari pejabat I”
“ Dah dekat sini, memang mudah jumpa” jawab ku sembil memerhati
kecantikan gadis yang ada di depan ku.
Hati mula terasa berdebar-debar, degupan jantung semakin kuat. Aku rasakan sesuatu yang luar biasa bila berhadapan dengan dia pada masa itu. Maklumlah sebelum ini akau tidak pernah bercakap dengannya, Cuma jelingan mata sahaja dan menyimpan perasaan di dada. Mukingkah ini dikatakan cinta yang telah mula memutik di jiwa ku terhadap gadis yang ku idamkan sebelum ini.
Hati mula terasa berdebar-debar, degupan jantung semakin kuat. Aku rasakan sesuatu yang luar biasa bila berhadapan dengan dia pada masa itu. Maklumlah sebelum ini akau tidak pernah bercakap dengannya, Cuma jelingan mata sahaja dan menyimpan perasaan di dada. Mukingkah ini dikatakan cinta yang telah mula memutik di jiwa ku terhadap gadis yang ku idamkan sebelum ini.
Selepas pertemuan di pejabatnya itu, kami telah beberapa kali
bejumpa dan makan bersama di waktu rihat tengah hari. Seninggalah pada suatu
petang selepas waktu pejabat. Kami minum di sebuah restoran “Santo Restaurant”.
Semasa kami sedang minum petang bersama dan berbual-bual. Enatah macam mana aku
telah meluahkan perkataan ini kepada dia.
“ I nak buat you sepecial girlfriend, ok tak”. Sambil mata ku
melihat dengan mendalam ke matanya yang ayu itu.Kelitahan ada perubahan di
wajahnya dan nampak tangannya agar terketar-ketar. Mungkin dia terkejut dengan
luahan perasaan ku.
“ Betul ke ni” jawabnya
ringkas, sambil memandang tepat kepada ku dengan seribu makna.
“ Memang betul, I serious ni” aku membalas soalanya dengan penuh
bersemangat untuk memberi keyakinan kepadanya.
“ Ok, tapi I ni bukan berpelajaran tinggi macam you, student
univesiti, I cuma SPM aje, nanti tak sepadan pula” dia mebalas soalanku dengan
memerhati kedalam mata hitamku.
“ Itu bukan ukuran bagiku, yang penting you betul-betul mahu” aku
memberi keyakinan kepadanya yang aku memang serious untuk memperisterikannya.
Semenjak pertemuan itu, kami sering berjumpa dan makan bersama di
waktu rehat tengah hari, kerana pejabat tempat aku jalani praktikal tak samapai
satu kilometer dari pejabat Teenaz Travel.
Setelah hampir tamat masa pratikal ku di Kota Bharu, akau telah
memaklumkan kepada kedua-dua orang tu ku tentang hasratku untuk mencari
pasangan hidup setelah tamat pengajian di U nanti yang hanya lebih kurang
setahun lagi. Bapa dan ibu ku setuju dengan cadanganku, lebih-lebih lagi mereka
berdua telah mendapat maklumat tentang perhubungan kami dari kak ku yang
tinggal di kuaters tentera tidak jauh dari kuaters penjara bakal isteri tuning
ku.
“ Ayahnda telah mengatur untuk masuk memimang dalam sebulan dua
lagi, semoga anaknda tidak menjadi
halangan dan diharapkan anaknda berti tumpuan kepada pelajaran di semester
akhir ini semoga anaknada beroleh kejayaa”.
Aku begitu gembira sekali apabila menerima surat yang di kirim oleh ayah dari kampong. Keputusan itu agak memeranjatkan juga diri ku, kerana mereka telah memberi restu dan terus membuat persiapan untuk pergi meminang.
Aku begitu gembira sekali apabila menerima surat yang di kirim oleh ayah dari kampong. Keputusan itu agak memeranjatkan juga diri ku, kerana mereka telah memberi restu dan terus membuat persiapan untuk pergi meminang.
Tindakan itu mungkin mereka merasakan sudah tiba masanya bagiku
untuk berumah tangga kerana tempuh penjagian di U telah hampir tamat. Mereka
juga mungkin terasa perlu disegerakan memandangkan sebelum ini aku tidak pernah
membuat perhubungan secara serious dengan mana-mana gadis. Juga mungkin ibu
telah merancang perkhawinan ku di
percepatkan memandangkan umur telah melewati 28 tahun pada tahun 1980.
Kami mengenali hatibudi masing-masing semasa tempoh pertunangan
selama satu tahun lebih sahaja, itu pun berjumpa dua tiga kali sahaja secara
bersemuka , selebihnya adalah melalui surat, disitulah diluahkan segala perasaan
kami untuk mengenali dengan lebih dekat bagi mencari keserasian. Mungkin faktor jarak tempat tinggal yang menjadi penghalang, si dara di Kota Bharu,
Kelantan dan si teruna di USM Penang.
Jika diimbas kembali niat aku pada mula kahwin dahulu, terdapat
juga kelemahan diri ini yang jahil tentang tuntutan agama, kerana pada mula
pasang niat itu, masih ada niat ego orang muda yang inginkan isteri yang cantik,
yakni cantik rupa paras lebih
diutamakan, kemudian barulah diikuti dengan ilmu agama, kekayaan, keturunan
keluarga dan budi pekerti. Sedangkan dalam nasihat agama Islam kepada bakal
suami supaya memberi keutamaan kepada pegangan agama dan amalannya, kemudian
barulah diikuti dengan kencantikan, kekayaan dan kekeluragaan.
Bagai ku kecacatan yang dialami oleh isteri setelah kami berkahwin
dan hidup bahagia bersama lebih 20 tahun, merupakan satu peringatan oleh Allah
kepada ku bahawa jika kamu memilih kecantikan seorang wanita, ianya tidak akan
kekal lama dan Dia boleh mengambilnya pada bila-bila masa. Nah sudah terbukti
terhdap diri ini yang ada juga tersasar niat yang mendahulu kecantikan, kini
dia menjadi kenyataan sebagai satu iktibar bahawa isteri yang dibanggakan
kencantikan oleh ku sebelum ini sudah menjadi seorang wanita yang cacat. Bila
ini telah berlaku membuatkan aku terasa sensitif apabila melihat orang yang
cacat yang biasa dipandang sinis oleh kebanyakan orang. Sedarlah wahai insan
mereka juga adalah makhluk ciptaan Allah. Dia tidak diminta dilahirkan cacat –
bukan salah ibu mengandung. Oleh itu marilah kita sama-sama membantu mereka
yang cacat atau OKU dengan memberi peluang kepada mereka untuk sama-sama
menikmati kebebasan kehidupan seperti orang normal. Bagi Allah rupa paras,
sempurna atau cacat bukan menjadi batu ukur status seseorang. Allah menilai
manusia berdasarkan keimanan dan ketaqwaan. Mereka yang tinggi nilai ketaqwaan
adalah yang disanjung oleh Allah. Mereka inilah yang akan dimasukkan kedalam
syurga Allah yang penuh dengan kenikmatan.
Bila dikenang kembali terhadap niat yang dipasang dahulu ada juga
unsur mengikut hawa nafsu, kini Allah tunjukkan kebesaran kekuasaanNya untuk
mengubah segala kejadian insan. Pengajaran yang amat mendalam kepada diriku
yang hina ini bahawa kita hendaklah sentiasa
ikhlas apabila memasang sesuatu niat
untuk lakukan sesuatu bagi mendapat keredaan
oleh Allah.
Mujurlah pada awal kahwin dahulu telah disemat niat dikalbu bahawa
daku akan menjadi suami yang terbaik kepada isteri dan anak-anak yang akan
dilahirkan kelak serta cuba sebaik mungkin untuk menjadi seorang insan yang
disenangi oleh keluarga dan ipai duai. Niat ini Alhamdulillah Allah telah
makbulkan walaupun tidak 100%. Ini aku
luahkan kerana Allah telah memberi ketabahan, kecekalan, dan kemampuan fizikal
kepada ku untuk menghadapi kesusahan menjaga isteri yang lumpuh sehinnga kini
telah menjankau tempoh masa hampir 15 tahun. Hidayah Allah membuatkan terdengar suara-suara
pujian dari sanak saudara bahawa aku mampu bersabar untuk menjaga isteri yang
sakit lumpuh dan perlu dicontohi oleh keluraga yang lain. Sebenarnya pujian
sebegini membuat aku lebih khuatir untuk menerimanya, kerana kita belum tahu
masa depan kita adakah ianya akan sentiasa baik seperti hari ini atau hari
semalam atau hari-hari sebelumnya. Kerana sejarah telah mencatatkan banyak
cerita kejayaan seseorang pada mulanya dan setelah meniti kemuncak kejayaan dia mula lupa diri dan akhirnya
kecundang dengan sifat ego yang begitu tinggi hingga akhirnya dia mula dikutuk
dan dikeji. Ya Allah aku momohon supaya Engaku jauhkanlah sifat sebegini terhadap
diriku dan keluarga serta sahabat karib ku ini. AminYa Rabil Alamin.
Sungguhpun begitu terdengar juga rungutan seorang dua ipai dua yang merasa iri hati terhadap
kemampuan ku menjaga isteri yang sakit dan
juga menyebabkan mertua ku telah menetap di rumah ku hampir 15 tahun, kerana
mertua begitu rapat dengan isteri ku. Perasaan tidak puas hati ini timbul
kerana bila mererka mengajak ibunya untuk berziarah ke rumah mereka , pelawaan
itu sering di tolak dengan alasan dia tidak sanggunp meninggalakn anak
perempuanya yang sakit lumpuh keseorangan, jika mertua ku pergi pun hanya untuk
semalam dua sahaja. Membuatkan mereka mula sedikit renggan berhubung dengan
kami. Namun begitu daku diberi hidayah oleh
Allah untuk menjadi isu sebegini sebagai isu kecil yang pasti dihadapi
dalam kehidupan kita. Allhamdulilah salitulrahim kekeluargaan dapat saya
kekalkan.
Kadang kala kita telah pasang niat dengan begitu baik sekali untuk
menjadi suami, yang beriman dan bertaqwa,
dapat membimbing keluarga menjadi orang yang soleh dan solehah.Tetapi yang
menentukan pencapainnya adalah Allah Yang Maha Berkuasa.Manusia hanya merancang
tetapi Allah yang tentetukan pencapaiannya.
Pengajaran dan iktibar:
1. “Faktor kebahagian rumah
tangga amat bergantung kepada niat pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga.
Jika niat berkhwin untuk mendapat keredaan Allah, akan mebuahkan sikap yang
terpuji diantara suami dan isteri. Pergaulan dalam melayari bahtera rumah
tangga akan didasarkan kepada hukum yang di gariskan oleh al-Quran dan Hadis.
Rumah tangga akan mendapat keberkatan dan hidayah Allah. Perhubungan
kekeluargaan sentiasa ceria dan aman damai . “Perkahwinan akan berkekalan
sehingga ke akhir hayat – InsyaAllah”.
2. Perkenalan atau
pergaulan yang melapau diantara teruna dan dara semasa alam perkenalan dan
pertunangan , boleh menyebabkan berlakunya perasaan anti klaimik setelah mereka
berumah tangga. Situasi ini akan menyebabkan mudah berlaku perbalahan bila ada
masalah dalam rumah tangga dan akhirnya mudah menjurus kepada perceraian. Bila perceraian
berlaku, anak-anak akan jadi mangsa dan
berkemungkinan akan menjejaskan pencapain akadamik mereka dan seterusnya
menjadikan masa depan mereka agak muram. Banyak kes perpisahan suami isteri
yang mengakibatkan anak yang kurang mendapat belaian kasih sayang ibu bapa,
akan terjebat dengan penyalahan gunaan dadah atau lain-lin masalah sosial .
Berkesudahan menjadi penagih tegar dan mendatangkan masalah kepada masyarakat
dan Negara.
3. Faktor kecantikan rupa
paras semasa memilih pansangan hidup janganlah dijadikan faktor yang utama,
kerana kecantik sesorang boleh berubah dalam sekelip mata jika dikehendaki oleh
Allah contohnya ratu cantik yang digilai oleh ramai pemuda boleh jadi hodoh
sekelip mata jika mukanya terkena asid atau terlibat dalam kemalangan. Oleh itu
jangan jadi alasan sangat untuk memilih wanita yang cantik. Lebihlah kepada
kepetingan wanita yanga mempunyai nilai keagamaan dan budi pekerti yang mulia.
Sifat ini adalah lebih kekal lama dan akan memberi banyak manafaat dalam
kehidupan berumah tangga. Isteri yang soslehah akan menyenangkan hati suami dan
dapat mendidik anak-anak ke jalan syurga.
4. Mengikut statistik
perceraian yang dikeluarkan oleh Majlis-majlis Agama di seluruh Malaysia,
bilangan peceraian dikalangan suami isteri di Malaysia adalah agak tinggi,
dikatakan setiap hari berlaku 6 peceraian.
Hampir 80% perceraian yang berlaku adalah dari pasangan yang mendapat restu
keluarga semasa kahwin dahulu. Kenapa hal ini berlaku, mungkinkah kerana mereka
ini telah lama mengenali di antara satu sama lain yang menyebabkan sukar
mencari jalan bagi mencapai persefamanan bila timbul sesuatu isu atau boleh
jadi kerena suami dan isteri tidak mempunyai pengetahuan yang sempurna untuk
mengurus rumah tangga mereka.
5. Dalam realiti kehidupan
kebolehan atau pencapaian yang dilakukan oleh seseorang itu, tidak semestinya
akan mendapat pujian dan sokongan oleh semua pihak, malah sudah pasti ada yang
meremehkan kebolehan seseorang kerana mereka membuat penilaian berdasarkan
persepsi berbeza. Bagi si pelaku pula jika dia melakukan sesuatu pekerjaan itu kerana Allah dan telah
dipastikan ianya tidak bercanggah dengan perintah Allah, maka kita perlu
bersyukur walaupun tidak dipuji dan disanjungi oleh ramai orang.
6. Islam menilai kedudukan
seseorang di sisi Allah adalah mereka yang tinggi nilai iman dan taqwa adalah
mereka yang berjaya dalam kehidupannya. Mereka inilah yang akan mendapat tempat
di syurga Jannah yang penuh dengan kenikmataan. Oleh itu setiap insan perlulah
menggunakan kehidupan dunia ini untuk mendapat keredaan Allah dengan
meningkatkan keiman dan ketaqwaan.
7. Bila kita ikhlas dalam
melakukan sesuatu kerja, ianya akan menjadi mudah, kerana orang yang ikhlas
sentiasa mendapat pertolongan dari Allah kerana mereka ini membuat seuatu kerja
bukan untuk di puji oleh manusia, tetapi dilakukannya kerana ada perasaan tanggung
jawab dan takut kepada azab Allah jika tidak dilakukan segala amah Allah
kepadanya. Orang yang ikhlas dapat memempuh ujian dengan tabah dan dedikasi,
kerana dia sentiasa bersangka baik terhadap Allah. Bila ditimpa musibah dia
akan bersabar kerana dia yakin dengan penuh kimanan bahawa Allah berikan
musibah itu sebagai ujian bagi meningkatkan lagi tahap keimanan dan ketaqwaan.
Orang yang ikhlas yakin bahawa Allah Maha Mengetahui dan Maha Pemurah dan Maha
Penyayang. Dia akan mengantikan sesuatu musibah itu dengan nikmat yang lebih baik
daripada sebelumnya. Untuk itu kita perlu sabar menanti masa akan tiba segal
rahmat dan nikmat Allah itu. “Allah bersama-sama orang yang sabar.
0 comments:
Post a Comment