MACHANG - Seorang suami sanggup berhenti kerja bagi menjaga isteri yang terlantar akibat serangan angin ahmar.
Hasmuddin Derahman, 55, yang bekerja sebagai penyelia di syarikat kuari di sini, berhenti bekerja setahun lalu iaitu sejak isterinya, Rubiah Abdullah, 59, disahkan menderita serangan angin ahmar seluruh tubuh.
"Dia diserang angin ahmar kira-kira 24 tahun yang lalu tetapi ketika itu dia masih boleh bergerak kerana hanya membabitkan sebelah kiri tubuh, namun sejak setahun lalu seluruh tubuh tidak dapat bergerak kecuali kedua-dua tapak tangan," katanya ketika ditemui pemberita di rumah mereka di Kampung Kedai, Pulai Chondong di sini, hari ini.
Hasmuddin berkata, isterinya memerlukan penjagaan sepanjang masa kerana tidak mampu makan mahupun membersihkan diri sendiri.
"Tinggi harapan saya untuk melihat isteri saya sembuh seperti sedia kala walaupun keadaan kesihatannya saban hari semakin teruk dan memerlukan penjagaan yang rapi," katanya.
Menurut bapa kepada tiga anak itu kira-kira RM1,000 diperlukan sebulan untuk membeli keperluan isterinya termasuk lampin pakai buang dan ubat-ubatan.
"Setakat ini kami hanya mengharapkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sejak dua bulan yang lalu, selain duit bulanan yang disediakan oleh tiga anak kami," katanya.
Sementara itu, Rubiah yang masih boleh bercakap berkata dia amat terharu dengan pengorbanan suaminya yang sanggup menjaganya siang dan malam tanpa mengeluh.
"Saya tak tahu kalau orang lain sampai ke tidak ke tahap ini," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) Machang, Kamaruddin Ab Kadir berkata, sokongan dan bantuan daripada masyarakat amat diperlukan bagi meringankan beban keluarga tersebut.
"Diharap sumbangan tersebut mampu ringankan beban keluarga ini dan semoga mereka tabah menjalani ujian daripada ALLAH SWT," katanya. - Bernama

0 comments:
Post a Comment