Thursday, July 24, 2014

KOMUNIKASI BERKESAN ANTARA SUAMI DAN ISTERI



Panduan komunikasi berkesan untuk suami isteri
Walaupun menggunakan bahasa yang sama, suami isteri sering tersalah faham maksud sebenar. Ketahui perbezaan antara lelaki dan wanita dan bagaimana berkomunikasi dengan lebih berkesan. 

Top of Form
Bottom of Form
Bacalah panduan komunikasi berkesan untuk suami isteri


Lelaki dan wanita tidak serupa dalam berinteraksi dan reaksi terhadap sesuatu sehinggakan mereka boleh dianggap berasal daripada dua planet yang berbeza. Dr John Gray dalam bukunya cuba mengetengahkan perbezaan antara lelaki dan wanita dari sudut cara berfikir dan bagaimana keduanya menyampaikan sesuatu dengan cara yang juga berbeza.
Menurutnya, umum berpendapat, jika pasangan menyayangi kita, dia akan bertindak dan bersikap sebagaimana kita menyayanginya. Pada hakikatnya, hanya dengan menerima dan menghormati perbezaan antara keduanya kasih sayang dapat disemai.
Yang berbeza
Yang dihargai suami
• Menghargai kuasa, kebolehan, kecekapan dan pencapaian.
• Merasa perlu untuk membuktikan kebolehan diri
• Nilai diri mereka diterjemah melalui kebolehan mencapai keputusan.
• Kepuasan diperoleh melalui kejayaan dan pencapaian.
Yang dihargai isteri
• Menghargai kasih sayang, komunikasi, kecantikan dan perhubungan.
• Merasa perlu memberi sokongan, bantuan dan bimbingan.
• Nilai diri mereka diterjemah melalui perasaan dan kualiti perhubungan
• Kepuasan diperoleh melalui perkongsian dan berhubung.
Kesan nilai kepada sikap suami
• Jarang bercakap tentang masalahnya, kecuali jika dia memerlukan bantuan.
• Merasa dihargai jika diminta bantuan. Secara automatik lelaki akan mendengar seketika dan memberikan solusi serta pandangannya.
• Jika cuba untuk diperbaiki sesuatu padanya, merasa diri tidak berguna.
Kesan nilai kepada sikap isteri
• Mencari tempat untuk meluahkan masalah untuk mendapatkan sokongan emosi
• Merasa dihargai jika luahannya didengari dan diberikan sokongan secara lisan.
• Jika diberikan penyelesaian ketika meluahkan, merasa perasaannya dinafikan dan tidak diendahkan.
Bahasa yang berbeza
Walaupun menggunakan bahasa yang sama, namun kata-kata seringkali disalaherti oleh kedua-dua belah pihak.
Cabaran memahami bahasa isteri
Wanita menggunakan bahasa puitis, superlatif, kiasan serta umum. Suami sering mengambil bahasa ini secara literal menyebabkan mereka tersalah tafsir dan memberikan reaksi yang salah. Akibatnya, isteri merasa dirinya tidak didengari.
Memahami bahasa isteri membolehkan suami tidak merasa dipersalahkan dan dikritik. Bahasa dramatik seperti ini hanyalah cara isteri meluahkan perasaan sepenuhnya dan tidak sepatutnya diambil secara literal.
Cabaran memahami bahasa suami
Sebelum menjawab, lelaki akan memproses apa yang didengar dan menilai jawapan yang paling betul. Proses ini boleh mengambil masa beberapa minit atau berjam-jam. Dan jika tidak mempunyai maklumat yang cukup, dia tidak akan memberi jawapan langsung. Ini mengelirukan bagi isteri.
Apabila suami berdiam diri, bagi isteri mereka mendiamkan diri apabila dirasakan apa yang bakal dikatakan akan mengguris perasaan, tidak mahu bercakap dengan orang yang tidak dipercayai dan tidak mahu ada kaitan lagi dengannya.
Pentingnya komunikasi sihat
Dr Angela R. Wiley, Pakar Kehidupan Berkeluarga dari University of Illinois, USA menyifatkan kepentingan komunikasi sebagai alat untuk berhubung secara emaosi antara satu sama lain. Manakala hubungan emosi pula menentukan kualiti dalam sebuah perhubungan. Beliau juga berpendapat komunikasi yang baik dan skil menyelesai masalah adalah kritikal bagi menjayakan hubungan, namun perhubungan yang sihat memerlukan lebih daripada itu.
Beberapa panduan praktikal
Meminta bantuan suami
5 perkara perlu diperhatikan apabila meminta bantuan daripada suami:
1. Masa yang tepat – elakkan meminta bantuan ketika dia hendak melakukannya.
2. Tidak mendesak – jika and mendesak dia merasakan seperti anda tidak menghargai apa yang telah diberikannya.
3. Ringkaskan permintaan – tidak perlu jelaskan mengapa kerana mereka merasakan seolah-olah anda tidak percaya mereka akan membantu.
4. Secara langsung – jika meminta bantuan secara tidak langsung, suami mungkin merasa diri dipergunakan atau tidak dihargai
5. Gunakan perkataan yang betul.
Ketika berkomunikasi
1. Kata-kata yang jelas – secara lisan atau bukan, langsung atau tidak, emosi yang terlibat harus jelas bagi memastikan reaksi positif.
http://my.theasianparent.com/wp-content/themes/tap/img/author_gplus.png2. Nada lembut – berkomunikasi secara lembut atau dengan jenaka tanpa sifat agresif atau menghina dapat mengekalkan kualiti serta jangkamasa hubungan.
3. Rasa selamat – cara berinteraksi menyumbang kepada emosi sesebuah hubungan. Hubungan yang sihat memerlukan pasangan yang saling mengambil berat.
4. Interaksi positif – individu positif mengambil berat tentang bagaimana hari yang dilalui pasangan dan bagaimana perasaan mereka.
5. Segera jelaskan – jelaskan kekeliruan atau prasangka demi mengelakkan salah faham dengan segera.
Kata – kata yang ingin didengari:
1. Menyampaikan sokongan terhadap isteri ketika memerlukan masa bersendirian, akhiri dengan – “Saya akan datang balik.”
2. Berkomunikasi tanpa menyalahkan – suami terasa dipersalahkan bila isteri berkongsi masalah, katakan – “Terima kasih sebab mendengar. Kalau abang rasa saya cakap macam menyalahkan abang, saya tak bermaksud begitu. Bukan salah abang.”
3. Mendengar tanpa menyalahkan – jika suami mendengar masalah yang dikongsi isteri dan terasa seperti dipersalahkan, minta penjelasan – “Abang rasa ayang macam menyalahkan abang je. Betul ke?”

0 comments:

Powered by Blogger.