Zakat
Fitrah
APAKAH PENGERTIAN ZAKAT FITRAH
ZAKAT FITRAH IALAH ZAKAT DIRI YANG DIWAJIBKAN
KE ATAS SETIAP UMAT ISLAM LELAKI DAN PEREMPUAN YANG BERKEMAMPUAN DENGAN
SYARAT-SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN OLEH SYARAK.
APAKAH SYARAT WAJIB MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH
- INDIVIDU YANG
MEMPUNYAI LEBIHAN MAKANAN ATAU HARTANYA DARI KEPERLUAN DIRI DAN TANGGUNGANNYA
PADA SATU SYAWAL
-ANAK YANG LAHIR
SEBELUM (URUF) MATAHARI AKHIR BULAN RAMADAN DAN HIDUP SELEPAS TERBENAM MATAHARI
RAMADAN.
-MENGANUT ISLAM
SEBELUM TERBENAM MATAHARI PADA AKHIR BULAN RAMADAN DAN BERKEKALAN ISLAMNYA
SEHINGGA AWAL SYAWAL.
-SESEORANG YANG
MENINGGAL DUNIA SELEPAS TERBENAM MATAHARI AKHIR RAMADAN.
BILAKAH WAKTU PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH
WAJIB : AKHIR RAMADAN SEHINGGA TERBIT MATAHARI
SUNAT : SEPANJANG BULAN RAMADAN
MAKRUH : SELEPAS SOLAT HARI RAYA SEHINGGA TERBENAM
MATAHARI PADA SATU SYAWAL
HARAM : SELEPAS TERBENAM MATAHARI PADA SATU SYAWAL (
HUKUMNYA BERDOSA TETAPI WAJIB DITUNAIKAN SEGERA ZAKAT FITRAH DAN DIKIRA
QADA.
APAKAH DALIL ZAKAT FITRAH
DARI RIWAYAT
AL-BUKHARI BERMAKSUD
" NABI S.A.W
MEMFARDHUKAN ZAKAT FITRAH DENGAN KADAR SATU GANTANG DARIPADA TAMAR ATAU SATU
GANTANG DARIPADA TEPUNG KE ATAS HAMBA DAN MERDEKA, LELAKI DAN WANITA,
KANAK-KANAK DAN DEWASA DARIPADA ORANG ISLAM. "
ADAKAH WAJIB BERNIAT KETIKA MEMBAYAR ZAKAT
FITRAH
ZAKAT FITRAH ADALAH
MERUPAKAN SATU IBADAH , MENGIKUT PARA ULAMA BERSETUJU BAHAWA DIPERLUKAN NIAT
DALAM MASALAH ZAKAT. INI BERDASARKAN SABDA NABI S.A.W :
" SESUNGGUHNYA AMALAN ITU DENGAN NIAT " (RIWAYAT
AL-BUKHARI)
MAKA SETIAP PEMBAYAR
ZAKAT ATAU WAKILNYA WAJIB BERNIAT MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH UNTUK DIRI
SENDIRI DAN TANGGUNGANNYA ATAU SEBAGAI WAKIL.
Sumber
: PZS
0 comments:
Post a Comment