Tuesday, December 9, 2014

BAGAIMANA MENGUNDANG REZEKI TIDAK TERDUGA



Mengundang Rezeki Tak Terduga

Dalam menerokai kehidupan dunia, semua orang mempunyai idaman untuk jadi kara raya atau lebih tinggi lagi idamannya untuk jadi jutawan. Sejauh manakah cita-cita ini akan tercapai.
Hisbahlah diri kita berapa ribukan pendapatan bulanan yang kita perolehi, dan berapa banyak pula wang yang digunakan untuk memenuhi segala keperluan diri sendiri, keluarga tanggungan kita. Adalah ia mencukupi, dan kita masih mempunyai wang lebih untuk simpanan dan bersedekah?

Apakah Anda juga termasuk orang yang sudah boleh mentukan dengan tepat berapa pendapatan yang akan di perolehi setiap bulan. Jika jawabannya ya, bersykukarlah keranan anda telah berjaya berusahan untuk menstabilkan rezeki bulanan andan, tapi jaganlah terlampau yakin kerana jumlah pendapatan anda setiap bulan yang tetap itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa. Kadangkala tidak diduga pendapat kita di ambil oleh orang lain lebih banyak daripada apa yang boleh kita gunakan, contohnya, dengan tidak semena-semena pada hari anda pergi ke ATM untuk mengeluarkan wang dari akaun bank, anda telah di ragut oleh peragut menybabkan wang dalam dompet anda habil hilang. Nah itulah di katakan tidak rezeki kita, tetapi rezeki orang lain walaupun ianya datang melalui kita. 

Oleh itu dalam kehidupan realiti di dunia ini, rezeki itu telah ditetapkan oleh Allah mengikut ketentuan-Nya. Dan kita hanya berusaha dan yang memberikan berapa jumalahnya setiap bulan adalah Allah.

Selain rezeki yang sudah kita pastikan setiap bulan, , saya yakin Anda pun berharap ada rezeki yang datang dari arah yang tidak diduga-duga. Apakah itu boleh terjadi? Jawabnya, boleh, IsnyaAllah.
Bagaimana caranya? Sebelum saya memberitahu bagaimana caranya, Anda harus yakin dulu bahwa janji Allah itu pasti. Dia tak pernah ingkar janji. Apa-apa yang sudah dijanjikan oleh-Nya melalui Kitab Suci  Al-Quran dan rasul-Nya Nabi Muhammad SAW  itu benar.. Termasuk juga  janji Allah dalam urusan rezeki, juga benar.

Bagaimana untuk menjadikan kenyataan terhadap janji Allah berhubung pemberian rezeki kepada hambanya tanpa di duga-duga dari arah yang tidak di sangka-sangka ?

Pertama:
Anda hendaklah sentiasa BERTAQWA. Anda harus bertakwa kepada Allah. Janji-Nya di dalam Al Qur’an surat At-Thalaaq: 2-3: “…Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada diduga-duga…”
Hendaklah anda sentiasa tunduk kepada-Nya, iaitu sentiasa mematuhi segala suruhan-Nya. Bukan hanya mematuhi suruhanya semasa mengadakan ibadat solat, tetapi hendakalah sentiasa mematuhinya di mana sahaja kita berada. Kerana Allah itu sentiasa mengawasi perbuat kita.

Bahawa Dia ada bukan hanya di tempat ibadah. Dia ada bukan hanya saat pernikahan dan kematian. Dia ada bukan hanya saat kita berdoa. Dia ada di setiap waktu, tempat dan keadaan. Dia juga melihat, mendengar dan mengetahui apapun yang kita lakukan, sama ada secara tersembunyai atau terang. Dia selalu bersama kita, itulah inti taqwa.

Kedua:
Bertaubatlah. Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, Rasulullah bersabda,
“…Barangsiapa memperbanyak mohon keampunan (bertaubat) maka Allah akan membebaskannya dari kedukaan, memberinya jalan keluar bagi kesempitannya, dan memberinya rezeki dari arah yang tidak diduga-duganya.”

Berapa kali Anda mohon keampunan  dari Allah dalam satu hari? Nabi Muhammad SAW, orang yang paling dicintai-Nya dan yang telah di jamin syurga,  paling sedikit 70 kali mohon keampunan dalam satu hari. Apakah kita lebih baik atau lebih suci dibandingkan dengan Nabi? Tentu tidak, maka sungguh sangat wajar bila kita mohon keampunan  jauh lebih banyak dibandingkan Nabi.

Tingkatkanlah takwa Anda, bersegera dan sering-seringlah memohon ampun kepada Allah SWT, maka rezeki tak terduga akan segera menghampiri Anda. Janji-Nya tak pernah meleset. Janji-Nya 100 peratus pasti. Anda tidak percaya? Kalau Anda tidak percaya, maka wajar hidup Anda masih sentiasa susah dan sangat jarang mendapat rezeki halal dari arah yang tak terduga.

Seamat mencuba dan semoga berjaya: 

sumber: imamsuyono.







0 comments:

Powered by Blogger.