Keadah Mendidik Anak Cara Rasulullah S.A.W.
Mendidik anak memerlukan ilmu
pengetahuan yang cukup dan seorang ‘role-model’ untuk diteladani.
Bagi umat Islam, contoh teladan yang terbaik adalah rasul junjungan yang mulia,
Nabi Muhammad S.A.W. Baginda umpama ensiklopedia sebagai penyuluh buat
segenap manusia.
Semua anak yang dilahirkan adalah
pembawa rahmat dan rezeki buat semua keluarga. Mereka dilahirkan penuh
dengan kelebihan dan keistimewaan. Tiada istilah mereka dilahirkan membawa
‘nasib malang’ atau tidak elok buat kita.
Dilema ibubapa hari ini apabila setiap
usaha yang mereka lakukan untuk mendidik anak-anak umpama mencurah air didaun
keladi. Tiada apa perubahan positif yang terjadi pada tingkahlaku mereka. Jika
tugas sebagai seorang guru di sekolah boleh mendidik beratus-ratus anak murid,
tetapi ianya bukan jaminan kita mampu mendidik pada anak sendiri.
Tertanya-tanya dimanakah silapnya.
Baik guru, pensyarah mahupun pakar
motivasi semuanya adalah manusia biasa. Tiada satu formula yang ideal dalam
usaha membentuk anak-anak untuk menjadi orang yang cemerlang. Apa yang terbaik
adalah berbalik kepada fitrah dan sunnah yang telah sekian lama diamalkan oleh
Rasulullah S.A.W.
4 tahap bagaimana
mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w adalah :
1) Umur
anak-anak 0-6 tahun.
Pada masa ini, Rasulullah s.a.w
menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih
sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung
mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh
dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk
mendidik.
Kesannya, anak-anak akan lebih
dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh
dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam
meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada
disisi mereka setiap masa.
2) Umur
anak-anak 7-14 tahun.
Pada tahap ini kita mula menanamkan
nilai DISIPLIN dan ANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith Abu
Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia
tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur
sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul
itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka.
Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan
seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.
Kesannya, anak-anak akan lebih
bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah
masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak
mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka
seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.
3)
Umur anak-anak 15- 21 tahun.
Inilah fasa remaja yang
penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak
dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan
mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan,
berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan
mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak
bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi
mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan
secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.
Kesannya, tiada orang ketiga atau
‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar
masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari
keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah
bersama keluarga.
4) Umur
anak 21 tahun dan ke atas.
Fasa ini adalah masa ibubapa untuk
memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN
dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan
dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul.
Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah.
Insha’Allah dengan segala displin
yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka.
Ibubapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat
yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku
yang baik seperti yang ibubapa inginkan.
Wallahualam.
Sumber:
Excel Qhalif
0 comments:
Post a Comment