14
abad lalu, Allah telah menurunkan kitab suci Al-Qur'an kepada umat manusia
sebagai satu kitab panduan. Dia menyeru manusia agar berpegang kepada kitab
ini sebagai jalan untuk mendapatkan kebenaran. Bermula saat ianya
diwahyukan sehingga ke saat pengadilan kelak, kitab suci ini akan kekal
sebagai satu-satunya panduan bagi umat manusia.
Gaya
uslub dan ketinggian hikmah yang tiada tandingan yang terdapat di dalam
kitab ini adalah bukti yang amat jelas bahawa ianya adalah kalam suci Allah.
Sebagai tambahan, kitab ini mengandungi ciri-ciri keajaiban yang
membuktikan bahawa ianya adalah wahyu kudus dari Allah. Satu dari ciri-ciri
ini ialah kenyataan bahawa sejumlah kebenaran saintifik yang hanya mampu
disingkap melalui kemajuan teknologi di abad ke 20 ini sebenarnya telah pun
diungkapkan di dalam Al-Qur'an 1400 tahun dahulu.
Sudah
tentu Al-Qur'an bukanlah sebuah kitab sains. Tetapi, banyak fakta-fakta
saintifik yang dinyatakan secara jelas dan dengan cara yang amat mendasar
dalam surahnya hanya mampu disingkap melalu kecanggihan teknologi abad ke
20. semua fakta ini tidak diketahui ketika masa penurunan wahyu dan ini
juga adalah bukti bahwa Al-Qur'an adalah kalam Allah.
Untuk
memahami keajaiban saintifik Al-Qur'an, pertamanya kita akan melihat tahap
kemajuan sains ketika mana kitab suci ini diturunkan.
Pada
abad ke 7, ketika Al-Qur'an diwahyukan. Masyarakat arab telah pun memiliki
kepercayaan khurafat dan yang tidak berasas yang berkaitan dengan isu-isu
saintifik. Kedaifan peralatan teknologi untuk menyelidiki alam semesta dan
bumi menyebabkan masyarakat ini mempercayai kepada legenda-legenda yang
diwariskan dari generasi ke generasi, mereka mendakwa sebagai contoh,
bahawa gunung-ganang menongkat langit, mereka percaya bahawa bumi adalah
datar dan bahawa di sana terdapat gunung-gunung yang tinggi terletak di
setiap penghujungnya. Mereka menyangkakan bahawa gunung-gunung ini adalah
tiang yang menyebabkan kubah langit di atas.
Tetapi,
semua kepercayaan khurafat masyarakat arab ini ditolak oleh Al-Qur'an.
Dalam surah Ar-Ra'd ayat ke 2 dinyatakan: Allahlah Dia yang meninggikan
langit-langit tanpa tiang Ayat ini telah membatalkan kepercayaan bahawa
langit yang berada di atas kerana sokongan gunung-ganang. Dalam banyak
subjek lain, fakta-fakta penting telah dinyatakan ketika mana tiada seorang
pun yang dapat mengetahuinya.
Al-Qur'an
diturunkan ketika umat manusia hanya mengetahui sedikit mengenai astronomi,
fizik atau biologi yang mengandungi fakta mengenai pelbagai subjek seperti
penciptaan alam semesta, manusia, struktur atmosfera dan keseimbangan yang
membenarkan kehidupan di atas muka bumi. Sekarang, mari kita lihat beberapa
keajaiban saintifik yang dinyatakan di dalam kitab suci Al-Qur'an
bersama-sama.
Sumber : Harun Yahya
|
0 comments:
Post a Comment