INTIPATI KHUTBAH JUMAAT – 12/12/2014
IKHAWAN MUSLIMIM,
Dalam
kekecuhan kita mendengar berita-berita berkenaan anggota masyarakat dan
anak-anak muda kita yang terbabit dalam kegiatan maksiat brkaitan dengan seks,
seperti seks bebas dan seks rambang kes-kes
pelacuran, GRO , UMAH URUT, kelab-kelab malam, vedio lucah (porno) laman web
lucah, pengguran kandungan, pembuangan bayi, rasuah seks, dan pembunuhan. Makan
penyelesaian yang di ajar oleh Islam perlulah di teliti untuk difahami dan
diguna pakai.
Apa yang
nyata terbabitnya seseorang dalam jenayah seks dan penzinaan adalah disebabkan
kegagalan benting diri untuk mengawal nafsu seks yang memuncak. Islam
mengenakan hukuman yang peling berat kepada penzina, iaitu direjam sampai mati
bagi penzina yang pernah berkahwin dan disebatkan 100 kali jika mereka yang
belum berkahwin.
Hukuman
keras yang di jatuhkan oleh Islam itu adalah kerana ia adalah perbuatan yang
menjatuhkan harga diri manusia serta
melahirkan status nisab atau keturunan hina berpanjangan. Pergaulan bebas
adalah punca utama . ketahuilah seorang lelaki yang mendekati wanita bukan
mahramnya dia telah mendekati pintu perzinaan.
Firman Allah
dalam surah Isra’ ayat 32 bermaksud: “Dan jangalah kamu menghapiri zina,
sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat”.
Kita perlu
ingat bahawa orang yang berzina akan menerima azab yang amat pedih di neraka
jahanam. Kepanasan api neraka adalah 70 kali ganda dari panasnya api di dunia
ini. Dalam beberap hadis disebut bahawa di akhirat kelak Allah tidak akan
menegur, tidak menyapa dan tidak memandang orang yang melakukan zina dan mereka
tidak bertaubat nasuha, Ketahuilah
seberapa dekatnya kita dengan pintu perzinaan maka semakin dekat juga Allah
akan menimpa maksiat kepada kita, mungkin ia tidak terkena kepada diri kita
tetapi maksiat akan berleluasa pada anak cucu kita dan mereka mudah terjebak
dengan gejalan perzinaan,
Nafsu seks
adalah fitrah manusia anugerah Allah SWT
kepada manusia untuk mewujukan kasih sayang dan mendapat ketenangan
dalam kehidupan. Bagaimanapun hawa hafsu hendaklah di salurkan secara halal
iaitu melalui perkahwinan yang sah.
Rasulullah
SAW bersabda maksudnya: “ setiap kali seseorang itu bertakbir adalah sedekah,
setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, menyeru yang makruf
itu adalah sedekah, dan menghalang yang mukar juga adalah sedekah, melakukan
hubungan kelamin suami isteri juga adalah sedekah”. Lalu kami tanya kepada
Rasulullah. “ adakah kami mendatangi
isteri-isteri kami baginya mendapat pahala ?’. Baginda bersabda, “ tidakah kamu
sedar jika melakukan sahwat kepada yang haram itu berdosa, maka sebaliknya jika
melakukan perbuatan yang halal itu pastilah mendapat pahala”.(HR Muslim).
Selaras dengan
usaha untuk mengawal pintu nafsu, maka
hukum perkahwinan yang ditetapkan Islam adalah wajib kepada mereka yang
mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh mendorong melakukan perzinaan.
Ibu bapa
disarankan supaya memeberi tumpuan kepada anak-anak semenjak akhir baligh
sehingga umur 30 tahun, kerana di usia golongan ini berada diperingkat
segala-galanya memuncak kecuali kematangan. Kebiasaannya pada peringkat usia
ini nafsunya tinggi, semangat kuat,tengan berlebihan, hasrat ingin mencuba juga
amat kuat, oleh itu ibu bapa perlu perihatin tentang naluri anak dalam usia ini
dan jika telah ada pasangan yang ingin dinikihinya maka permudahkan segala
urusannya.
Segala
amalan budaya dan adat yang menyusahkan seperti meletkakan hantaran yang
tinggi, mengadakan majlis walimatulurus secara besar-besaran dan membazir
hedaklah di hentikan. Marilah kita sama-sama membuat perubahan kembali kepada
ajaran Islam yang mencadangkan supay urusan perkahwinan di permudahkan ,
hantaran kahwin mengikut kemampuan bakal suami, mejalis yang sederhana dan
tidak membazir.
Sumber: MAIK
0 comments:
Post a Comment