Refleksologi ( Urut Tapak Kaki )
Refleksologi bukanlah satu pengubatan. Dalam kaedah urutan refleksologi ini tiada ubat yang dimakan, tiada jarum yang ditusuk, tiada pembedahan yang dilakukan dan juga tiada kesan sampingan. Rawatan melalui kaedah urutan refleksologi ini sangat berbeza dengan sistem perubatan biasa yang kebanyakannya menggunakan dadah dan tidak terlepas daripadanya kesan sampingan. Juga kebanyakannya bukan menyembuhkan tetapi sekadar bertahan dari sakit.
Refleksologi juga bukan mengubat penyakit atau membenamkan penyakit, akan
tetapi membetulkan sistem badan yang tidak betul sekaligus penyebab/punca
kepada penyakit. Apabila punca kepada penyakit sudah hilang, ini bermakna
sudah selesai sakit tersebut/penyakit sudah pun sembuh.
PENGERTIAN URUT REFLEKSOLOGI
Merupakan satu kaedah pemeliharaan kesihatan dan penyembuhan penyakit
dengan cara menekan titik pusat uraf saraf yang ada di badan di mana titik
pusat urat saraf tersebut berhubung dengan organ-organ tubuh berkaitan.
TUJUAN / MANFAAT URUT REFLEKSOLOGI PADA TUBUH
Kaedah rawatan refleksologi ini mempunyai pengaruh terhadap tubuh manusia
dan memulihkan fungsi-fungsi anggta badan yang terganggu dengan cara
menghilangkan penyebab dari gangguan itu sendiri iaitu pengaliran darah yang
tidak lancar dalam badan serta saraf-saraf yang terganggu atau rosak.
Bila pengaliran darah di seluruh tubuh sudah normal dan lancar biasanya
seseorang itu akan berada dalam keadaan sihat. Jadi secara umumnya
tujuan/manfaat rawatan refleksologi adalah untuk memastikan seseorang itu
sentiasa dalam keadaan sihat.
CARA KERJA URUT REFLEKSOLOGI
Organ-organ badan kita mempunyai deria sentuhan pada bahagian bawah tapak
kaki kita. Jika kita mengurut titik-titik ini, kita akan mendapat
kelegaan daripada sakit dan kesakitan yang kita lihat seperti sakit jantung,
pointnya ada pada kaki sebelah kiri.
Gambar di atas menunjukkan titik saraf setiap anggota dan organ badan
dengan kedudukan yang tepat di kanan dan kiri kaki.
Ia sememangnya betul dan semua saraf yang berkaitan dengan organ akan
berakhir di tapak kaki kita. Ini dibincangkan secara terperinci dalam
kajian sains.
Sebagaimana yang diketahui bahawa darah mengalir di dalam tubuh setiap
masa. Bila jantung menguncup, ia memberi tekanan kepada darah sehingga
darah akan pergi ke seluruh tubuh untuk menjalankan fungsinya yang normal iaitu
membawa oksigen dan zat-zat makanan untuk keperluan organ-organ tubuh.
Sebaliknya bila jantung mengembang, darah akan berbalik semula sambil
membawa karbon dioksida serta sel-sel darah yang sudah mati atau kotoran untuk
dihantar ke orga-organ pembuangan. Semua kotoran yang sudah tidak
diperlukan lagi oleh tubuh akan dibuang melalui air kencing. Bila
pengaliran darah ini lancar maka setiap organ akan dapat berfungsi secara
normal. Bila ini berlaku biasanya seseorang itu akan sihat.
Sebaliknya bila pengaliran darah pergi ke seluruh tubuh ( arteri ) tidak
lancar maka penghantaran zat-zat makanan dan oksigen akan terganggu.
Biasanya proses ini berlaku dengan bermulanya penyumbatan pada arteri
yang mana proses ini akan bertambah dari semasa ke semasa. Penyakit
terjadinya penyumbatan pada arteri ini disebut "arteriosclerosis".
Apabila keadaan ini berlaku, iaitu organ kekurangan makanan dan oksigen
maka fungsinya akan terganggu. Apabila fungsi organ terganggu, maka
seseorang itu akan sakit. Begitu juga bila sebaliknya, bila darah balik (
vena ) tidak lancar maka sebahagian kotoran atau toksid tidak akan terbuang.
Bila tidak terbuang kotoran itu akan mendap dalam organ-organ tubuh.
Sebahagian kotoran atau toksid itu juga akan mendap pada saluran darah
balik ( vena ) yang pada akhirnya akan mengganggu fungsi organ-organ tubuh yang
bersangkutan dan akhirnya akan terjadilah penyakit. Penyakit terjadinya
penyumbatan dalam saluran darah balik (vena) ini disebutkan dengan istilah
"varicosevena".
Maka terapi urut refleksologi ini akan menanggalkan kotoran-kotoran
atau sumbatan pada saluran darah pergi ( arteri ) sehinggalah darah dapat
mengalir dengan sempurna ke seluruh organ tubuh yang memerlukannya. Tanpa
adanya halangan, maka organ tubuh akan dapat bekalan yang cukup baik oksigen
maupun zat-zat makanan dan pada akhirnya setiap organ itu akan dapat berfungsi
dan menjalankan kerja-kerjanya dengan sempurna. Ia juga akan menanggalkan
kotoran-kotoran yang melekat dalam saluran darah balik (vena ) sehingga proses
penghantaran darah yang mengandungi toksid samada karbn dioksida ataupun
kotoran ataupun sel-sel yang sudah mati akan berjalan dengan baik, sehingga
semua kotoran yang seharusnya terbuang akan dapat dibuang dengan sempurna.
Kotoran-kotoran ini akan terbuang dengan melalui 4 cara :
1) Kencing
2) Berak
3) Peluh
4) Pernafasan
Diharap dengan penerangan yang ringkas ini dapatlah difahami bahawa
betapa pentingnya penjagaan kedua-dua tapak kaki ini. Gunalah kaedah
urutan ini dalam merawat / memperbetulkan fungsi-fungsi organ dalam badan.
Dengan urutan ini ia akan melancarkan peredaran darah dalam badan
sekaligus menyahkan punca kepada penyakit. Anda boleh lakukannya sendiri
di rumah. Urutlah dengan memberi tumpuan kepada organ-organ yang
disentuh. Ini adalah kaedah terbaik dalam memberi keberkesanan pada
setiap urutan. Walau bagaimanapun, urutan yang berterusan dan buat
sekerap mungkin adalah sangat membantu mempercepatkan pulih dari sakit. Perlu
diingat juga, urutan refleksologi hanya dapat merawat kes-kes ringan sahaja.
Untuk kes-kes berat ia perlu disertai dengan kaedah rawatan bekam.
Maka bekam selepas mendapat urutan refleksologi adalah sangat-sangat
bagus.
Tindakbalas Selepas Urutan Refleksologi
* Kencing lebih kotor atau bau yang lebih busuk dari biasa.
Kadang-kadang ada yang keluar berpasir.
* Bahagian-bahagian tertentu dari anggota akan terasa sakit untuk
beberapa ketika dan kemudian akan hilang dengan sendirinya atau kesakitan itu
akan berpindah ke tempat lain.
* Rasa letih, lesu dan mengantuk.
* Timbul gatal-gatal pada kulit
* Berak cair atau berminyak
* Kepala terasa sakit
* Muntah-muntah
* Banyak buang angin
* Urat darah nampak timbul
* Berpeluh banyak dan kadang-kadang likat
* Rasa lebih ringan dan lebih cergas
Sumber:
0 comments:
Post a Comment