MEMIKAT
HATI LELAKI
Bagaimana anda menambat hati lelaki,
terutama kekasih atau suami sendiri? Manusia memang tidak mampu meneroka hati
dan jiwa manusia. Namun anda boleh belajar mengenal mereka supaya kebahagian
dapat dinikmati bersama.
Disini panduan yang perlu dilakukan
untuk menambat hati lelaki? Terima lelaki agar dia menerima anda Mungkin tiada
perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain ”
Terimalah
lelaki dengan personalitinya:
Terimalah dia sebagai lelaki. Yang
penting untuk anda tahu ialah mengenai sifat-siaft lelaki, dan bukan mengubah lelaki.
Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih atau suami
anda, dia mungkin akan menjadi insan lain dan
mungkin tidak anda sukainya dan dia juga tidak menyukai anda. Fahamilah
tsifaat lelaki agar dia memahami anda. Cuba memahami perangai sedia ada pada sesorang
lelaki dan anda mestilah menyesuaikan
perangai itu dengan diri anda.
Ianya adalah lebih baik dari cuba
mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan
perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya.
Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan
diri anda. Berubah untuk menikmati perubahan.
Sekiranya anda mahu mengubah
perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat
demikian kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia
mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda.
Anda sendiri perlulah sanggup berubah
dan menyesuaikan diri kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan
seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya. Sanggup memberi untuk menerima di
atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi
lebih banyak berbanding apa yang anda terima daripada lelaki. Dengan itu, anda
mungkin akan menerima lebih banyak daripadanya berbanding dengan apa sanggup anda beri.
Saling
Percaya Mempercayai:
Sekiranya anda tidak mempercayai
lelaki, jangan anda mengharapkan lelaki itu mempercayai anda. Hidup ini meminta
pada yang ada, memujuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya
kepada anda bukanlah perkara yang mudah. Punca menyebabkan orang lain tidak
percaya pada anda, tidak susah. Apabila lelaki sudah tidak percayakan anda,
amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya. Oleh itu anda perlu mempunyai
sifat keyakinan tentang kejujuran pasangan anda, dan terlebih dahulu anda
buktikan yang anda adalah seorang yang boleh dipercayai dari segi kejujuran,
keiklasan dan kesetiaan kepada pasangan.
Menangkan
lelaki untuk menang:
Mengenal lelaki bukanlah untuk
mengalahkan lelaki. Dalam sebuah perkahwinan, sepatutnya sama-sama menang dalam
semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa
suami dan kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan menyuarakan.
Kuasa isteri pula adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya
menyalahgunakan kuasa, perkahwinan itu akan menjadi porak-peranda. Sifat
negatif akan membuah kesan negatif,
Ramai wanita yang mencabar dan
celupar terhadap lelaki atau suami sendiri. Ramai juga yang bersifat pendesak,
terlalu banyak meminta, merendah- rendahkan suami, membandingkan suaminya
dengan lelaki lain dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat demikian,
walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita
yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi penyebab mengapa suami anda merasa
tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, bermasam muka dan sebagainya lagi
yang tidak menyenangkan anda.
Sentiasa
senyum:
Senyum itu tanda kasih yang tak
perlu dibayar. Anda tidak perlu membayar
apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada
anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan pada anda itu, begitulah juga
nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyum menyebabkan lelaki
suka pada anda. Senyum adalah sedekah, jika anda membiasakan senyum kepada
suami anda bermakna pada setiap masa anda memberi sedekah dan kesannya mereka
yang murah hati akan memperolehi rezeki daripada Allah dengan tidak terduga
puncannya. Sifat sentiasa senyum anda kepada suami akan membuatkan hati suami
sentiasa teringat-ingat akan wajah anda yang manis dan menawan walaupun dia
berada berjauhan. Ini dapat mehindar suami anda daripada dipengerahui oleh
wanita di luar sana.
Andalah
yang sepatutnya berubah:
Bertanggungjawab dan menikmati kesan
tanggung jawab, sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan
berubah, walaupun dunia ini makin maju. Begitu juga dengan tanggung jawab suami
kepada isteri. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna
sebagaimana yang digariskan oleh agama, anda tidak perlu risau apa pun.
Beri
kepada lelaki apa yang dia mahu:
Dia akan melakukan apa saja untuk
anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh
lelaki (i) kehendak seks, dan (ii) kehendak untuk menjadi penting atau
dihormati.
Setiap orang dewasa mahukan
kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga makan minumnya
adalah penting anda menjaganya pada setiap masa. Rasa dirinya dipentingkan dan
hidupnya bahagia dunia dan akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa
yang boleh anda berikan selagi ianya tidak bercanggah dengan hukum agama..
Tunjuk minat tulin anda terhadap lelaki.
Dia akan menujukkan minatnya yang sejati
terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang
dirinya sendiri, juga mengenai kerjanya ataupun kesukaannya. Lebih berminat
anda padanya, maka lebih berminatlah dia pada anda.
Kritikan
akan membuahkan kritikan:
Kritikan merbahaya kerana ia
menjadikan lelaki defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia
juga bahaya kerana melukakan nilai diri sebagai lelaki. Menjejaskan rasa kepentingan
diri. Dan menyebabkan lelaki merasa kecewa kepada anda dan mungkin akan
mengkritik anda pula. Jika ini berlaku perkara yang kecil boleh jadi isu besar
dan menyebabkan pasangan anda akan berkecil hati dan menyimpan sifat marah dan
dendam kepada anda. Jika ingin memberi pendapat berilah secara bersopan dan
berhati-hati untuk elakkan pasangan anda terguris hati. Gunakan bahasa beralas
dan berlapit. Jika reaksinya negatif cepat-cepat tarik balik dan jangan cuba
tegakkan pendapat anda. Lebih baik megalah pada dasarnya tapi anda menag
haikatnya kerana dapat menjag hati si dia.
Panggillah
lelaki dengan panggilan manja.
Sebagaimana anda mahukan lelaki
memanggil anda dengan nama yang baik dan nada lembut, begitu juga lelaki. Dia
mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat
anda sebagai wanita dan isteri. Hormati dia sebagai lelaki, dia akan
menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya,
dan bertolak ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama
terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan
memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah
menjadi diri lebih terhormat apabila kita menghormati orang lain, lebih-lebih
lagi lelaki yang menjadi suami anda dan bapa kepada anak-anak anda.
Sentiasa
mendekati Allah dan berdoa:
Setelah anda lakukan kesmua perkara
yang dipaparkan di atas, jangan lupa untuk mendapat keredaan dan hidayah allah
anda perlu sentisa mendekati-Nya dengan menjadi insan yang taat kepada segala
perintah-Nya atau dengan kata lain seorang insan yang bertaqwa. Apabila anda
sentiasa mendekati Allah, sudah pasti Allah akan mendekati kita dan sayang
kepada kita. Orang yang menjaga hubungannya dengan Allah akan mendapat
perlindungan Allah pada bila-bila masa dan doanya akan di makbulkan Allah. Jadi selalulah berdoa kepada-Nya untuk
mendapat kebahagian dan kemanisan hubungan suami isteri dan memperoleh
kesejahteraan bukan sahaja di dunia malah akan berpanjang di akhirat hingga ke
Suyurga Jannah, Insya Allah.
Wallahu’alam.
0 comments:
Post a Comment