Tip Berdepan Dengan Lelaki Panas Baran
Ada orang kata kalau orang yang panas
baran ni susah untuk kita ubah. Jadi kalau kita susah untuk mengubah mereka,
kita perlu bijak mengawal keadaan apabila berdepan dengan mereka yang panas
baran. Apa yang perlu kamu lakukan apabila berdepan dengan lelaki yang panas
baran? Dalam hati kamu mesti terasa sangat berhati-hati takut benda lain pula
yang jadi.
Jangan Melawan
Sesiapa sahaja yang bersikap panas baran akan mudah melenting. Lebih-lebih lagi jika kamu melawan atau membantah setiap yang diperkatakan mereka. Jika ingin berbuat demikian, perlu tahu cara yang betul untuk bercakap.
Cari Kelemahan
Andai kamu ditakdirkan mempunyai pasangan yang panas baran, cuba kaji tentang sidia. Cari sisi kelemahannya yang boleh melembutkan hati mereka. Menangis bukanlah langkah yang bijak kerena bagi sesetengah lelaki yang panas baran, amarah mereka akan bertambah teruk apabila melihat tangisan kamu.
Rendahkan Nada
Apabila berdepan dengan lelaki yang sedang marah, rendahkan nada suara kamu. Cakap dengan lembut. Dengan cara ini juga akan membuatkan mereka reda.
Sekali Sekala
Ada ketikanya yang kamu dimarah kerana bukan kesalahan yang kamu lakukan. Jadi, untuk sekali sekala beranikan diri untuk menegakkan kebenaran agar si dia akan tersedar. TETAPI jika pasangan kamu berpotensi untuk naik tangan, kamu perlu lebih berhati-hati.
Kaji Dahulu
Untuk mengelakkan kesusahan dalam perhubungan, EH! sarankan kamu kaji atau uji dahulu lelaki yang kamu kenal sebelum pergi ke langkah seterusnya. Betul orang kata, di awal perkenalan sukar untuk melihat true colors sebenar seseorang tapi kamu boleh menguji tahap kesabaran mereka. Jika dia mula menunjukkan sifat panas baran, ambil langkah berjaga-jaga lebih awal, dan seeloknya jauhkan diri darinya sebelum hubungan menjadi serius.
Sumber: EH
0 comments:
Post a Comment