Thursday, May 8, 2014

Sinopsis buku yang akan diterbitkan



CINTA HINGGA KE SYURGA


Daripada penulis

Tip yang ditulis dalam buku ini adalah berdasarkan pengalaman hampir 15 tahun penulis dalam menghadapi dugaan Allah untuk mengurus dan menjaga isteri yang ditakdirkan lumpuh sebelah tubuh selepas menjalani pembedahan kepala pada 2 Mac 2001. Pembedahan yang dilakukan oleh doktor pakar neurosurgeon adalah satu-satunya ikhtiar yang ada pada masa itu bagi  menyelamatkan nyawa isteri saya yang koma selama tiga hari setelah berlaku pendarahan dalam otak. Mengikut doktor, penyakit yang dihadapi oleh isteri saya ini adalah berkaitan dengan ganetik yang mungkin berlaku atas nisbah 100 ribu hingga 150 ribu orang manusia seorang yang mengalami penyakit ini.  mengikut istilah kedoktoran penyakit ini dikenali sebagai  “Arterio-Venous Malformation” (AVM).

Oleh kerana jalinan cinta dan kasih sayang saya dan isteri teramat sangat jitu, semenjak kami mula diikat dengan tali perkahwinan pada 21 Ogos 1980, dan apabila cinta abadi kami terikat dengan begitu aman damai dan harmoni sekali, Allah yang Maha Mengetahui itu mencuba sejauh mana cinta yang dilafazkan diantara kami berdua adalah ikhlas atau sebaliknya. Dengan itu setelah rumah tanggga kami mengalami tempoh keseronokan dan kebahagian berkeluarga selama 20 tahun. Allah telah memberi kesakitan kepada isteri saya yang tercinta mulai 2 Mac 2001 sebagai satu ujian kepda kami berdua.

Peristiwa trajis ini bermula selepas isteri saya menjalani pemedahan, Alhamdulillah dia telah dapat dipulihkan dari koma hampir 3 hari itu, namun kesedarannya dengan kekurangan sifat semulajadi dimana tangan dan kaki kanan tidak dapat digerakkan dengan sempurna (lumpuh sebelah tubuh). Sungguhpun begitu saya dan anak-anak besyukur kehadarat Allah Yang Maha Berkuasa kerana telah dapat menyelamatkan nyawa isteri saya. Beliau telah dapat untuk terus hidup di dunia ini  sehingga ke masa kini. Anak  masih dapat melihat wajah mamanya dan begitulah juga cucu kami masih boleh bermanja dengan “tokma”  dari masa ke semasa. Lebih-lebih lagi bila tiba hari raya Aidil fitri dan Aidil Adha rumah kami masih riuh rendah dengan gelak ketawa anak cucu. Sungguh membahagiakan….. Kami beryukur di atas Rahmatmu Ya Allah.

Atas kesyukuran itulah saya telah berjanji pada diri sendiri untuk menjaga isteri sebaik mungkin,  untuk membolehkan dianya terus hidup dan dapat terus memberi kasih sayang kepada anak-anak kami seramai 7 orang dan yang paling penting bagi saya ialah untuk memberi kesih sayang dan harapan kepada anak bongsu kami pada masa itu berumur 4 tahun. Peringkat umur kanak-kanak yang belum begitu mengerti apa-apa dan amat memerlukan belaian kasih sayang seorang ibu untuk membesar dengan sempurna sehingga beliau dapat berdikari.
Atas dasar itulah saya bertekad untuk  memberi masa dan tenga bagi menjaga isteri sebaik mungkin, demi kebahagian anak-anak dan keluarga. Saya rela berkoban segala-galanya demi untuk menjaga isteri sepanjang hari, dengan tidak mengabaikan peranan saya sebagai ketua keluarga. Oleh itu saya terus berhidmat sebgai seorang Pengurus Kanan di sebuah syarikt swasta  di samping menjaga keperluan isteri dan anak-anak di rumah. Saya akan menggunakan segala ilmu yang ada di dada, baik llmu duniawi sperti ilmu pengurusan dan ekonomi serta ilmu agama bagi mencapai cita-cita saya untuk menjadi peneraju keluarga serta  mengelakkan saya kecundang di pertengahan jalan. Ya Allah berilah hidayah dah kekuatan mental dan fizikal bagiku untuk meneruskan khidmat bakti ku kepada keluargaku sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Mu ke atas seorang sumi dan bapa.
Alhamduillah, Allah telah kurniakan  hidayah kepada insan yang kerdil ini untuk terus tabah hati dengan menjalankan kedua-dua tugas penting  di rumah sebagai “suri rumah” – melakukan semua kerja-kerja rumah dan menjaga isteri yang sakit dan dua orang ibu yang sudah lanjut usia. Manakala di pejabat pula sebagai seorang Pengurus Kanan  yang bertanggung jawab terhadap  kerjaya pekerja dibawahnya yang pada masa itu berjumlah lebih 500 orang.

Oleh kerana saya begitu komited dengan niat cinta suci kami yang dilafazkan sebelum ini, dan juga komitmen saya untuk menjadi ketua keluarga yang terbaik sebagaimana di anjurkan oleh Islam. Pejam celik-pejam celik saya mengharungi segala kepayahan dan kesusuhan selama 15 tahun.  Alhamdulillah sehingga ke hari ini keadaan isteri bertambah baik dan saya tidak merasa sebarang masalah dan tidak juga timbul perasaan jemu. Malah timbul satu perasaan seronok melakukan kerja-kerja rumah setiap hari dan kini telah menjadi rutin kehidupan seharian. Mungkin semua ini adalah kerana  Allah telah memberi hidayah kepada hambaNya yang kerdil ini atau mungkin juga kerna adanya sikap ikhlas saya untuk melakukan semua itu sebagai satu tanggung jawab yang telah diamnahkan oleh Allah kepada saya sebagai seorang suami, bapa, ketua keluraga dan juga ketua jabatan. Bila difikirkan kembali bagaiman saya mampu melakukan ini semua, saya sendiri kadangkala tidak terfikir ianya akan dapat di capai. Namu suasana dan masa telah membuktikan bahawa Allah Yang Maha Agung, Maha Mengetahui dan Maha Adil, tidak akan memberi sesuatu musibah atau  ujian kepada  seseoranga insan sekcuali dianya mampu untuk menghadapinya.” Allah Huakbar……….”

Sebagai tanda kesyukuran yang tidak dapat saya huraikan dengan perkataan dan tulisan terhadap anugerah Allah kepada saya insan yang kerdil ini, sehingga mampu menjadikan diri ini sebagai seorang suami yang sabar, tabah dan ikhlas untuk meneruskan cinta yang dilafazkan bersama isteri semenjak kami mula berkenalan dahulu sehinggalah kami berkahwin dan beranak cucu.  dan dapat terus memupuk jalinan cinta  suci dan kasih sayang kami sehingga ke hari ini…… Alhamdulillah. Kini  saya dan isteri telah mencapai umur warga emas ( saya 61 tahun lebih dan isteri 56 tahun). 

Oleh itu dengan penuh rendah dirinya saya merasakan amat penting bagi saya untuk berkongsi sama pengalaman suka - duka dan jerik- getir kehidupan kami berdua dalam meneruskan cinta ulung kami sehingga ke Syurga…… InsyaAllah. Semoga dapat ianya di kongsi bersama oleh masyarakat sebagai satu teladan atau sempadan terutama kepada bakal suami dan isteri. Ianya juga  mungkin dapat dijadikan garis sempadan kepada suami atau isteri yang pasanganya menghadapi penyakit kronik yang memerlukan penjagaan sepenuhnya setiap hari. Mudah-mudahan kegembiraan yang kami lalui ini boleh di jadikan pedoman dan mana-mana kelemahan dan ketidak sempurnaan yang telah kami juga lalui itu dapat dijadikan sempadan supaya saadara se Islam lain tidak akan terjerumus ke kancah masalah atau penderitaan yang telah kami lalui itu. Semoga cerita tentang liku-liku kehidupan yang kami alami ini dapat dijadikan sebagai satu sumbangan dari hambanya dalam melahirkan masyarakat Islam yang bahagia di sepnjang kehidupan mereka. Selamat membaca.

Ya Allah engaku teruskanlah memberi hidayah kepada ku untuk terus istikomah dalam menjalankan tuanggung jawab ku sebagai seorang suami dan seorang bapa kepada anak-anak ku. Dan Engkau jauhkanlah dirikua  dari sifat riak dan membangga diri, kerana sifat sebegitu akan menghalang habamu  dari memasuki Syurga Mu yang penuh nikmat. Amin Ya Rabil Alamin,

0 comments:

Powered by Blogger.