Wednesday, May 7, 2014

SUAMI MITHALI: Tip 10 - Bila berjauhan, telefon isteri atau pun hantar SMS (Berdasarkan pengalaman menjaga isteri lumpuh hampir 15 tahun)



TIP 10 :   Bila berjauhan, Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang kita sayang ataupun rindu padanya.

Menjadi kelaziman bagi saya untuk menelifon isteri bila ada masa terluang hanya untuk memberi ungkapan seperti “darling I love You” ‘ I miss You’. “ darling cantik lah”. Malah pernah juga dibuat flash back tentang hubungan intim kami pada malam sebelumnya. Bila ini dilakukan biasanya isteri akan menjawab manja dan dengan penuh kemesraan. Suasana ini menjadikan hubungan suami isteri dalam suasana cinta yang amat kuat dan saling sayang menyayangi di antara satu sama lain. Kedah ini juga adalah amalah sunnah Rasulullah yang sentiasa memuji kecantikan dan kebaikan isterinya. Semenjak isteri telah menjadi lumpuh saya masih teruskan amalan ini, malah lebih kerap lagi perbualan kami melalui telefon pada setiap hari, ianya juga ada kaitan dengan hasrat saya untuk menyelia dan dapatkan kepastian yang isteri makan ubat mengikut jadual, serta juga mempastikan tidak berlakuk situsia depress di dalam pemikiran isteri saya, kerana pernah berlaku bila isteri saya depress dia akan menjadi  ‘fit’ dan tidak sedar diri. Situasi sebegini jika berlaku secara kerap boleh menjejaskan kesihatannya.

Amalan sebegini boleh mejadi penghalang kepada syaitan yang cuba menggoda nafsu si saumi, lebih-lebih lagi apabila berada di pejabat yang kebanyakan pekerja wanita adalah ramai dan mereka ini kebiasaanya berpakaian dan bersolek yang boleh menggoda nafsu lelaki. Jika tidak kuat iman boleh mengoda nafsu untuk melakukan maksiat dan perkara mungkar.

Perbuatan sering menelefon isteri semasa di luar adalah salah satu cara untuk mengerakkan hubung kasih sayang di antara suami isteri. Cuba kita imbas kembali semasa kita masih remaja dahulu, hampir setiap minit fikiran kita sentiasa ingatkan kepada pasangan kita.

Sekali sekala ada juga saya  menghantar masej melalui sms, ini biasa saya lakukan bila panggilan telefon tidak di jawab untuk beberapa kali call yang saya buat, mungkin semas saya panggil melalui telefon isteri saya sedang tidur atau berada di luar bilik.

Menghubungi isteri melalui telefon secara kerap adakan dapat mengeratkan perhubungan di antara suami dan isteri, Ini disebabkan walaupun tidak kelihatan di mata kerana suami ada urusan luar untuk beberapa hari, tetapi dengan adanya hubungan melalui telefon ini tidak terasa sangat berjauhan kerana dapat berbual mesra dan akan terasa seperti ada di sisi. Lebih-lebih lagi dengan kemajuan teknologi kemunikasi pada hari ini, Pengguna vedio call diantara suami dan isteri akan menjadikan hubungan bertambah intim kerana perbualan melalui vedio call ini masing-masing dapat menatap wajah walaupun berada jauh beribu kilomiter jaraknya.

Pebualan melalui telefon ini juga adalah satu alat komunikasi yang paling berkesan digunakan oleh suami atau isteri untuk medamaikan perang dingin  yang mungkin beralku diantara mereka berdua. Kebiasaannya akan ada sediki selisih faham di antara suami dan isteri sekali sekal. Bak kata lagu P. Ramli Seniman Agong Melayu ‘sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri”. Kebiasaannya selepas berlaku pertengkaran suami dan isteri akan cubah menjauhkan diri, pada kelazimannya isteri akan menyediri di dalam bilik dengan menguci diri. Suami kebiasanya akan keluar rumah untuk menyejukkan suasana tegang. Pada masa ini panggila telefon boleh di gunakan untuk mententeramkan suasana. Mungkin pada panggilan awal tidak akan ada jawapan daripada isteri. Oleh itu suami boleh menggunakan pesanan ringkas untuk meminta maaf. Keadah ini saya sering gunakan dan ianya amat berkesan sekali.







0 comments:

Powered by Blogger.